Nak Pakai Purdah

Hahahahaha..
Akhirnya dapat pun login..

Aku terlupa email yang aku daftarkan utk blog ni tau..
CUba punya cuba, dapat pun..

Aku nak bagitau satu rahsia..

Aku envy sangat tengok orang pakai purdah..
Aku tengok dorang cantek sangat dan selesa sangat pakai purdah tu..
Aku ada suarakan kat ibu tentang hasrat nak pakai purdah..

Ibu tak bagi..
Sebab aku solat masih lagi lewat2 dan kadang2 tertinggal.
Pastu aku kan panas baran tak bertempat.
Pastu aku ada pergerakan yang kasar..
Pendek kata aku ni macam shrek la senang citer

Lagipun purdah ni utk muslimah yang sempurna cantik luar dalam.
Aku ni dah la hodoh..
Perangai pun buruk..
Buat malu orang berpurdah je nanti..

Pastu aku bagitau suami yg aku nak berpurdah..
Dia tak bagi jugak..
Dia kata, dia bukan jenis yang warak, jadi tak sesuai la kalo isteri dia berpurdah..

Erm....

Aku nak berpurdah bukan sebab nak tunjuk warak..
BUkan nak orang fikir aku ni orang beriman..
Aku nak berpurdah sebab aku rasa selesa tengok dorang berpurdah.
Rasa macam selamat sangat..

Tapi tak dinafikan orang berpurdah ni takde la elok sangat perangai..
Aku nampak sendiri semua kelakuan buruk mereka..
Tengok orang free hair lagi ikhlas perbuatan, lagi elok tutur kata berbanding orang berpurdah..
Memang bukan semua macam tu..
TApi dalam 10 orang yg aku jumpa, 3 orang tu lebih buruk perangainya berbanding aku..

Cuma bila tengok orang berpurdah, aku rasa cemburu.
Hati aku kata, "ala.. nak jugak"
Macam orang takde suami tgk orang yg bahagia bersama pasangan.
MAcma orang takde anak, tengok orang yg ada 3 anak.
Macam orang puasa tengok iklan Yeo's campur.

Camtu la perasaaan aku bila tengok orang berpurdah..

Camana aku nak buat supaya dapat berpurdah?
aku dah belajar jahit sikit2..
Dapat buat blouse dan skirt..
Jubah riau pun dapat jugak, tapi silap terbuat kecik haritu..

Aku nak start jahit blouse labuh, seluar dan jubah..
Pastu jahit shawl labuh dan tudung labuh..
Takde la labuh mana, setakat tutup bahu sikit ok la..

BAju susah sikit nak beli, selalu tak kena dengan badan..
Maklum la shrek kan.. Mana ada baju yang sesuai..

Aku kan naik moto dengan suami aku kalo gi mana2.
JAdi takleh la pakai jubah naik moto.
Tapi baru2 ni aku dah pakai seluar kat dalam jubah tu, aku dah start pakai jubah bila2 masa nak keluar jalan. Yippi!
Pasni nak jahit lagi 2 helai seluar utk pakai dengan jubah lain.

Pastu aku dah start pakai stokin dengan sandal..
Stokin warna warni.. 
Hahaha. Bole gitu?
Dengan aku bole je, bukan ada paparazi nak amik gambar aku n masuk tv mengumpat ramai2 betapa teruknya stail aku..

Cuma shawl tu aku belom ada lagi yang labuh2..
Semua shawl biasa2 je..
Pendek la setakat tutup leher.
Pashmina tu labuh tapi aku malas nak iron..
Teruk kan isteri orang ni..

MAybe aku akan kumpulkan semua shawl aku tu dan buang..
Biar takde shawl jadi terpaksa la pegi beli dan mesti nak beli yang labuh baru betul.
Bila sebut labuh tu bukan la macam ustazah
Takat tutup dada dan tutup bahu je..

Semoga aku berjaya menutup aurat dengan sempurna, pastu baru berpurdah. 
Amin...







Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers