Men

SAlam...

AKu nk post komen ni, tapi tak sampai ati pulak...
Takot aku jadi macam makcik aku...
Pos komen yg tak pasal2...


Walaupun tangan aku gatal sangat nk tekan ENTER...


** The nice men are ugly.
** The handsome men are not nice.
** The handsome and nice men are gay.
** The handsome, nice and heterosexual men are married.
** The men who are not so handsome but are nice men have no money.
** The men who are not so handsome but are nice men with money think we are
only after their money.
** The handsome men without money are after our money.
** The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual don't
think we are beautiful enough.
** The men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice
and have money are cowards.
** The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and
thank God are heterosexual are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!!!!!
** The men who never make the first move, automatically lose interest in us
when we take the initiative.
NOW... WHO REALLY UNDERSTANDS MEN?

Tak Pasal2...

Salam...

Bole tak korang tolong explen ape bende yg makcik aku komen ni...
Aku tak paham langsung...

1st komen dia tu buat aku blurr sebab tak paham menatang ape yg dia maksudkan...
Dan second komen dia tu dah buat aku marah sebab aku masih tak faham ape bende yg dia cakap tu...

Hadoi....

FYI, aku cari penggantung keychain sejak December 2010 (kat Kuantan).. Dan semalam baru dapat selepas berkali2 tanya kat kedai tu, "Ada jual penggantung keychain tak", sejak 10 bulan yg lepas...

Mungkin ada antara korang yg waras dan bole faham betapa gembiranya aku bila berjaya mendapatkannya...
Selama ni aku display keychains kat atas board di mana aku gantungkan dgn tali dan dawai "S"...
Mulai minggu ni dapat la aku gantung keychains tu sebagaimana kedai2 lain display produk dorang...

Dan sekarang aku mmg betul2 marah tahap gaban kat makcik aku yg suka komen mende yg tak pasal2...
This is not the 1st time dia komen camni...
Lagipun selama ni takde org pun komen wall aku kan..
Jado kenapa dia nak buang sampah kat wall aku, buang la sampah kat wall sendiri...

Seriosly, aku sangat2 hangen...
Maybe aku tgh PMS jadi cepat jer naek angin...

Aku harap dia tak ganggu wall aku alagi..
Dan aku kalo dh benci kat orang, selama2nya aku benci..
Wassalam...





Wordless Wednesday...

Salam...

Wordless Wednesday kene letak gambar je kan...
Aku letak video...


Enjoy .....


Banned Statement

SAlam...

Kenyataan yg tak bole dikeudarakan kat FB...

Saya tak minat lelaki Melayu..
Sebab:

1. Mereka kolot
2. Mereka kuat menganjing
3. Mereka mengongkong
4. Mereka nak kita ikot cakap mereka walaupun apa yg mereka cakap tu sangat bodoh
5. Mereka tak bagi kita kuar umah selepas pukul 10 mlm, (walaupun mereka bawak kita keluar smpai pukul 4 pagi takpe.. dan kalo kita nak balik awal mereka akan merajuk...)
6. Mereka suka membanggakan diri, sampai bg seringgit kat beggar pun nk berlagak
7. Mereka bayarkan segala2nya pada awal perkenalan, pastu minta pinjam RM300 utk tukar tayar kete
8. Mereka nak kita layan mak mereka dgn baek.. (Hello, mmg la aku akan layan mak kau ngn baek, takyah suruh pun takpe..)
9. Mereka nk isteri yg berkerjaya, ada duit sendiri, keje government (supaya kita leh wat pinjaman kete, umah dan pinjaman peribadi utk tujuan modal perniagaan mereka)
10. Selain bekerjaya, isteri mereka juga mesti pandai masak, kemas umah, basuh baju, iron baju dan lain2 sebagainya supaya mereka tak perlu hire pembantu rumah.
11. Dan kalo bole, isteri mereka juga perku bijak supaya bole ajar anak2 dan tak perlu antar anak ke tusyen
12. Mereka tak kacak.

Walaupun tak minat lelaki Melayu, tapi jodoh aku mesti la dgn lelaki Melayu jugak..
T___T

Wassalam....

^__^

Salam...

Huhu...
Tgk! Ada lagiii... ^___^


Aku rasa nak freeze ke skrin ni...
Aku rasa sayang sgt nk click BACK
Aku rasa sayang sgt nk click mana2 LINK
Aku rasa sayang sangat kat dia...

Ya Allah yg Tuhanku... Kau bukakan la hatinya untuk aku...
Amin.. ya Rabbil A'laminnn.... 
T__T

Wassalam....

P/S: ENtry selepas ni rasanya korang dapat agak dah aper dia kan.. Maafkan aku... Tak dapek nak nolong ati yg mabuk cinta ni wehhh....


Lagi...

Salam....

Yay! Naek lg...
Suka sangat!  >_<
.


Wassalam...

2nd

Salam...

Godek2 entry lama is not a good thing actually...
Aku pun dah teringat mende2 yg tak baek dan kesemuanya cam coming back to me...
Oh, man!!!

Takpe2... Lepas tdo ni lupa la kot...

Dh dpt buat video ke-2...


Lepas dgr ni baru sedar yg suara aku sengau...
Dan arini baru idong rasa sumbat...

Next video ni aku nk wat tutorial la plk..
Tutorial simple2..
Huhuhu...

Wassalam....

My 1st Video Ever...

Salam...

Aku jeles sgt ngn Jo yg pndai lukis dan kini beliau dh buat byk video yg mmg tersangat comel...
Aku pun nk gak...

Pastu aku godek2, cari cara nk rakam suara dan try n error guna movie maker...
Maka terhasil la experiment pertama ini...
WooHooo!



1. Ia mmg sgt teruk sebab ni 1st time aku buat dgn try n error..
2. Suara aku tu mmg sgt teruk sebab itu ialah suara aku dan aku rakam tgh2 malam.. Malu plk nk nyanyi kuat2 time seme org tgh tdo...
3. Aku tak reti nk wat backgroud msic, jadi ni versi unplugged jer la ek..

Aku tgh wat video yg ke-2... TApi mcm tak jadi la plk...
Music tu dlm 2 minit jer, tapi bila drag ke timeline jadi 3 minit...
Lps saved n tgk balik, lps 2 minit music stop, tapi gambar jalan lagi...
Rasa nk baling je lappy ni...

Sabar2.. Byk lg nk kene blaja ni...
Huhuhu...

Actually aku nk wat video tutorial utk craft aku ni.. (Bertujuan utk promot blog..)
Tpi kene wat testing2 dulu kan...

Hadoi...
Nmapaknya kau semakin terkebelakang berbanding teknologi...

Wassalam....


Anak Tiri...

Salam...

Aku baca entry lama2...
Nampaknya blog ini telah dianak tirikan...
Selepas aku buat blogshop aku yg satu lg tu, dan aku dah semaken bz dgn kehidupan (dan bsnes aku) dan aku jadi lebey bahagia... Kini aku dah hampir2 melupakan blog ni.. Blog yg diwujudkan utk jerit segala kemuraman hati...

Kini hati tak muram,. Maka tak jerit la...

Tiap kali buka blog ni aku klik "new entry" dan taip "Salam"

5 minit kemudian aku close tab sbb tak tau nk tulis apa...

Hampir kesemuanya kini aku suarakan kat blogshop...
Dan blogshop it mmg jauh lebey sopan dari Langit Pertama...

Persoalannya kini...

ADAKAH LANGIT PERTAMA MASIH WUJUD... ATAU DIA SUDAH TIADA LAGI...

AKu tertanya2...
Adakah aku masih org yg sama seperti dulu; yg sgt suka memberontak...
Ataupun kini aku dah semaken matang menilai dan bereaksi...
Yg nyata aku kini lebey hepi dari sebelomnya...

Aku pernah buat permintaan yg besar; iaitu: AKU NAK LUPA...

AKu mempunyai daya ingatan yg sgt kuat di zaman sekolah dulu.. dan semaken buat bila aku masuk U...
Semuanya aku igt termasuk yg aku takmo ingat...

Kini.. doa tu dah termakbul..
AKu kini seorang pelupa...
Atau mungkin aku takmo ingat...

KIni aku menggunakan 75% otak kanan berbanding dulu, hanya 45%...
Dan mereka yg kenal aku dulu menganggap aku kini lebih bodoh berbandng dulu...
Aku dah tak pandai mencongak.. dan aku tak lagi berasa syak...
Aku penat memikirkan perkara yg kritikal dan kerja aku dah tak organized...
Bahasa Inggeris aku kini pun dah bercampur aduk kesemua grammar n vocab...

Tapi, yg pasti aku lebih gembira kini...
Lupa ialah sesuatu yg bagus juga...
Walaupun aku amik masa 5 minit setiap kali nk kuar rumah gara2 terlupa katne letak kunci kete tadi..
Dan ibu cakap, "Hai.. belom tua dah nyanyuk.."

Ibu masih tak berubah.. Dia mash tak faham bahawa kata2 itu adalah satu doa...

Wassalam....

Munge2... ^_^

Salam...

Hadoi.. aku dah gila bayang kat mamat yg aku crush 5 tahun lepas...
Walaupun aku sgt suka dgn perasaan yg berbunga ini; tapi aku tak sepatutnya terbawa2 dgn perasaan yg unreal ni..
In reality, aku dan dia takkan ada apa2 hubungan walau apa pun yg berlaku...

Penat la....

Penat asyik berbunga2 dlm diri...
Actually, perasaan berbunga ni is a good thing...
Sebab ia buat aku bersemangat utk bangun pagi.. dan sambil2 buat keje aku asyik senyum teringatkan dia...
Walaupun hakikatnya dia langsung tak kenal aku...

Org nasihatkan aku bg hint kat dia; mana la tau kot2 dia sangkut kat aku kan...

Well, it will not gonna happens...
Aku takkan spoil kan perasaan cinta aku ini akibat dari respond dari dia..
Sama ada dia akan:
- wat tak tau jer dgn hint aku...
- dia cakap TAKMO!
- dia cakap NAK!
- masih tak sedar aku ni wujud...

Neither way pun aku takmo.. Sebabnya; aku suka dgn perasaan aku skrg ni...
Perasaan cinta yg tidak mengharapkan apa2 balasan...

Aku penah luahkan cinta dan penah ditolak mentah2; diterima sekadar amik ati dan di'dump; dan pernah juga iterima dgn sepenuh ati dan aku yg dump dia...

Actually mencintai dgn seseorang yg misteri dan perasaan misteri yg tidak mengharapkan apa2 balasa ni sgt seronok...

Erm.. Takpe la kalo tak paham..
Aku ni mmg pelik...
^_^

Wassalam...


EMO

Salam...

I never get jealous when I see my ex with someone else because my parents always taught me to give my used toys to the less fortunate.


Statement kawan aku kat fesbuk...
Kawan aku ni seorang leleki yg lembut dan sensitif...

Adakah korang pun mempunyai pendapat yg sama dengan beliau...
But for me this statement sounds jealous tapi takmo ngaku yg beliau jeles...
Dan ayat pedih ni memandang rendah orang yg pernah kita sayang sehingga menganggapnya sebagai used toys yg kte nk buang atau bg kat orang lain yg lebih kesian dari kita...

Hati2 ngn apa yg korang cakap, sebab Allah Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa ke atas sesuatu...
Kalo his ex baca statement ni dan terluka kerana dihina sedemikian rupa (apa lagi  ramai member2 lelaki tu tau siapa yg lelaki tu maksudkan); hanya Allah yg mampu tunjukkan balik bagaimana rasanya dilukai dan dihina...

Ingat la, kawanku...
Ko tu baru bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi...
Bertunang ni pun tak semetinya akan berkahwin; dan berkahwin pun ada kemungkinan utk bercerai...
Dan walau kat mana ko pusing pun, ko tetap EX seseorang gak...

Kalo ye pun ko berdendam dengan ex ko, patutnya ko dah lupakan dah kesah2 lama tu bila dah berjumpa dgn kekasih hati yg bakal jadi isteri ko...
Awat ko nk emo, bila nampak your ex ngn her new bf dgn keluarkan statement yg berbau jeles tapi takmo ngaku...
Emo time mula2 pisah dah ler, skrg ni dh bertahun2 patutnya dh lupa dah pun...
Malah ko patut doakan kebahagiaan dia.. Sebagaimana ko doakan kebahagian ko...

Aku tak terkejut kalo perempuan yg emo, sebab mmg perempuan ni dah gifted dgn emosi..
Dan lelaki yg gifted dgn rasional dpt mengimbangi her emosion...
Tapi kalo lelaki yg emo, aku tak tau la camne pasangannya nk handle...

Wassalam....



Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers