Nak Pakai Purdah

Hahahahaha..
Akhirnya dapat pun login..

Aku terlupa email yang aku daftarkan utk blog ni tau..
CUba punya cuba, dapat pun..

Aku nak bagitau satu rahsia..

Aku envy sangat tengok orang pakai purdah..
Aku tengok dorang cantek sangat dan selesa sangat pakai purdah tu..
Aku ada suarakan kat ibu tentang hasrat nak pakai purdah..

Ibu tak bagi..
Sebab aku solat masih lagi lewat2 dan kadang2 tertinggal.
Pastu aku kan panas baran tak bertempat.
Pastu aku ada pergerakan yang kasar..
Pendek kata aku ni macam shrek la senang citer

Lagipun purdah ni utk muslimah yang sempurna cantik luar dalam.
Aku ni dah la hodoh..
Perangai pun buruk..
Buat malu orang berpurdah je nanti..

Pastu aku bagitau suami yg aku nak berpurdah..
Dia tak bagi jugak..
Dia kata, dia bukan jenis yang warak, jadi tak sesuai la kalo isteri dia berpurdah..

Erm....

Aku nak berpurdah bukan sebab nak tunjuk warak..
BUkan nak orang fikir aku ni orang beriman..
Aku nak berpurdah sebab aku rasa selesa tengok dorang berpurdah.
Rasa macam selamat sangat..

Tapi tak dinafikan orang berpurdah ni takde la elok sangat perangai..
Aku nampak sendiri semua kelakuan buruk mereka..
Tengok orang free hair lagi ikhlas perbuatan, lagi elok tutur kata berbanding orang berpurdah..
Memang bukan semua macam tu..
TApi dalam 10 orang yg aku jumpa, 3 orang tu lebih buruk perangainya berbanding aku..

Cuma bila tengok orang berpurdah, aku rasa cemburu.
Hati aku kata, "ala.. nak jugak"
Macam orang takde suami tgk orang yg bahagia bersama pasangan.
MAcma orang takde anak, tengok orang yg ada 3 anak.
Macam orang puasa tengok iklan Yeo's campur.

Camtu la perasaaan aku bila tengok orang berpurdah..

Camana aku nak buat supaya dapat berpurdah?
aku dah belajar jahit sikit2..
Dapat buat blouse dan skirt..
Jubah riau pun dapat jugak, tapi silap terbuat kecik haritu..

Aku nak start jahit blouse labuh, seluar dan jubah..
Pastu jahit shawl labuh dan tudung labuh..
Takde la labuh mana, setakat tutup bahu sikit ok la..

BAju susah sikit nak beli, selalu tak kena dengan badan..
Maklum la shrek kan.. Mana ada baju yang sesuai..

Aku kan naik moto dengan suami aku kalo gi mana2.
JAdi takleh la pakai jubah naik moto.
Tapi baru2 ni aku dah pakai seluar kat dalam jubah tu, aku dah start pakai jubah bila2 masa nak keluar jalan. Yippi!
Pasni nak jahit lagi 2 helai seluar utk pakai dengan jubah lain.

Pastu aku dah start pakai stokin dengan sandal..
Stokin warna warni.. 
Hahaha. Bole gitu?
Dengan aku bole je, bukan ada paparazi nak amik gambar aku n masuk tv mengumpat ramai2 betapa teruknya stail aku..

Cuma shawl tu aku belom ada lagi yang labuh2..
Semua shawl biasa2 je..
Pendek la setakat tutup leher.
Pashmina tu labuh tapi aku malas nak iron..
Teruk kan isteri orang ni..

MAybe aku akan kumpulkan semua shawl aku tu dan buang..
Biar takde shawl jadi terpaksa la pegi beli dan mesti nak beli yang labuh baru betul.
Bila sebut labuh tu bukan la macam ustazah
Takat tutup dada dan tutup bahu je..

Semoga aku berjaya menutup aurat dengan sempurna, pastu baru berpurdah. 
Amin...







TAU TAK??


Sorang perempuan gemok yg tengah diet yg hanya makan roti, telur dan buah sepanjang hari tiba2 berkata:
Perempuan gemok: Laparnyer...
Lelaki bodoh: Lapar? Kata diet...?
Wei bodoh! Sbb diet la lapar.. Kalo tak diet takde la lapar.. 
Bongok sunggoh!

Perempuan gemok yang tidak makan nasi selama seminggu itu pegi kedai makan bersamam lelaki bodoh.
Perempuan tersebut order Nasi Putih dan Tomyam.
Lelaki bodoh berkata: Nasik? Nak makan nasik? Kata diet?
Wei bodoh? Sape kata diet tu tak boleh makan nasik? 
Bongok sunggoh!

Perempuan gemuk itu goreng telur utk makan dgn roti dan minum air milo pada suatu pagi pada pukul 8 pagi.
Lelaki bodoh berkata: Lapar..?
Wei bodoh! Dah nama pukul 8 pagi. Belom makan apa2 lagi kan. Mesti la lapar.. Sape yg bangun pagi kenyang?
Bongok sunggoh!

Kesimpulannya: Tak payah diet la... Manusia bodoh pikir diet tu bermaksud TAK MAKAN APA-APA SELAMA BERHARI-HARI SAMPAI KURUS BARU BOLEH MAKAN.

Walhal diet bermaksud: MAKAN SEIMBANG DENGAN KUANTITI YANG MENCUKUPI DAN TIDAK BERLEBIHAN SERTA ELAKKAN MAKANAN MANIS.

Tapi utk orang bodoh, definisi ni di repharase kpd MAKAN KARBOHDARAT, PROTEIN DAN SAYUR. MAKAN SIKIT-SIKIT TAPI BANYAK KALI. MINUM AIR MASAK BYK2 DAN ELAK MINUM MANIS SERTA JUNKFOOD.

Ada ke definisi tu cakap JANGAN MAKAN PAGI, JANGAN MAKAN NASI ATAU BAGI LAPAR SAMPAI MATI?
Takde kan..?
Awak ni orang dari planet mana...???????


Tak faham...

Salam...

Sebenarnya saya tak faham kenapa orang tak nampak ape silapnya kerajaan yang memerintah sekarang...
Saya betol2 tak faham...
Saya cuba gak tengok apa yang buat diorang buta, tapi tak nampak la....
Kenapa ek...?

Berita kat TV dah terang2 memfitnah...
Kata2 best yang dilaung2kan oleh para menteri umpama tin kosong, takde fakta...
Bagi BR1M yang menelan belanja berpuluh2 juta; tapi pendidikan percuma tka bole bagi (kos pendidikan cuma kira2 5% dari bajet yang diumumkan setiap tahun...)
Bas2 yang muncul ntah dari mana bawak masuk para pengundi yang entah dari mana...
Undi rosak yang terlalu banyak (sape la yang beratur panjang2 semata2 nak buat satu pangkah pastu nak pulak rosakkan undi tu. Baek takyah datang memangkah..)
Pendatang haram yang dapat pengampuan (pemutihan pati) secara besara-besaran tetibe..
Pendatang asing yang dapat myKas sebagai penduduk sementara (yang akan ditukarkan kpd penduduk tetap)
Kes pembunuhan altantuya yang macam semua orang pun tau sape yang bertanggungjawab tapi semua sudi dengan rela hati menyembunyikan manusia tersebut...
Manusia yang tak habis-habis ucap terima kasih BN kerana bina sekolah la, masjid la macam2 benda satu Malaysia la.. Come on la... Duit tu semuanya duit cukai yang kita duk bayar tiap2 tahun, tiap2 kali makan kfc; bukan duit tabung kebajikan dari ahli BN yang dorang kumpul utk bina semua tu... Para menteri tu pun dapat gaji yang besar, umah free, kereta free, elaun berlambak2, nak melancong dgn alasan urusan negara free, dapat tender yang sendiri bagi kat diri sendiri dan anak2 syarikat keluarga dna kawan masing2; dan bagi sedekahkan kita ciput supaya kita bersyukur pastu ungkin\t2 macam sedekahkan kita duit simpanan mereka...

Kelakar la...
Dorang tak nampak ke...?

Saya betol2 tak faham... -___-"

Ya Allah....

Salam...

Sebenarnya hati ni ikhlas...
Tapi selepas dikhianati, diperbodohkan, dipergunakan, keikhlasan tu hilang sedikit demi sedikit...
Selepas sedar betapa hati kita yang baik ni hanya diambil kesempatan oleh orang yang bermuka2 yang hanya muncul tatkala ingin berkongsi kesusahan; dan langsung melupakan tatkala peroleh kesenangan; sedikit demi sedikit hati ini mula sakit...
Selepas segala tenaga dan ilmu dikongsi untuk memudahkan dna tiba masa kesusahan yang datang melanda dan bantuan diperlukan, kita langsung tidak diendahkan malah dihalau oleh mereka yang pernah bergelar sahabat, hati ni mula berasa dendam...
Kemudian muncul lagi manusia yang seakan2 sejarah hitam tu, hati terus berasa curiga namun dibuang jauh2 prasangka itu dengan memujuk hati, "bukan semua manusia begitu."
Apabila pisang berbuah 2 kali; ia tidak hanya berhenti di situ..
Ia terus berbuah 3, 4, 5 6 dan seterusnya sehingga hati ni semakin hitam akibat rasa sakit akibat luka yang dalam yangterus menerus dihiris...
Kini hati sudah lupa wajah ikhlasnya dan kepercayaan tidak lagi wujud...

Dunia ni hanya satu mimpi...
Segala-galanya ini tidak benar-benar berlaku...
Ia hanya satu perjalanan yang penghujungnya ialah mati...
Dua buah buku akan ditimbang, dan yang lebih berat itulah destinasi terakhir...

Yang mana harus aku nikmati?

Perjalannannya...?
Atau destinasinya...?

Destinasi yang indah; adakah mungkin perjalanannya indah..?
Perjalanan yang indah, adakah destinasinya juga indah...?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

Ya Allah ya Tuhanku...
Saban hari Iblis membisikkan kata2 sesat di telingaku agar hilang kepercayaanku pada-Mu ya Allah...
Dalam keadaan yang sangat getir ini, AKU MAHU PERCAYA yang Kau memerhatikanku dan melihat kesabaranku menghadapi ujian-Mu ini...

Ya Allah...
Adakah aku sombong kerana tidak berdoa kepada-Mu...?
Sesungguhnya aku berasa malu...
Malu untuk menadah tangan dan meminta sesuatu dari-Mu kerana selain cinta aku kepada-Mu; .tiada apa2 juga yang kurang yang tidak Engkau berikan kepada aku...

Ya Allah...
Aku hanya meminta, kau selamatkanlah aku dari diri aku sendiri...

Amin.....

Stress....

Salam...

I am stressed out...
Banyak sangat keje nak dibuat utk kawen ni..
Dalam masa yang sama kene slowkn order sbb nk siapkan brg2 handmade.. dah nama nak wat seme handmade kan.. Haaaaa... Padan muka!!
Kui kui kui...

Duit pon dah kuar macam air...
Masuk tak pulak macam air... Hadoi...
Nak jimat? Takleh...
Loan kete, broadband, ptptn, n my personal loan kene bayar tiap2 bulan...
Duit kurang masuk tapi banyak kuar pun tetap kene bayar seme expenses wajib ni...
Best kan jadi saya...

Hahahhahahahah!!!!

Stress ni rupanya banyak betol menghabiskan tenaga...
Takyah lari2, cuma stress je dah abes satu badan rasa penat yang teramat sangat...
Takyah nak eksesais...
Kalo bole kurus takpe gak...
Nimakin lapar, maken byk plk nak makan...
APe ni...? Teruk betol la....
Kuikuikui....

Okay2... Saya kena tenangkan fikiran... Okay...
Tarik nafas... hembus...
Tarik nafas.. Hembus...

Okay..
Harini 13hb... Nikah 25hb depan..
Bermakna ada lagi 43 hari sebelom hari tersebut...

Keje yang belom siap ialah:
1. Doorgift..
2. Rozek..
3. Kad kawen...
4. Guest book (optional)
5. Hantaran

Okay...
Kad kawen in progress... Jadi sebelom 20hb nak siap dah semua 600pcs ni...
Doorgift kene siap sebelom 31hb
Guestbook bulan 1 baru buat
Rozek 1hb depanbaru buat...
Hantaran dan 90% siap, cuma hiasan kat tas dia belom ada idea lagi.. Jadi bulan 2 nnti baru buat....

Okay, nampaknya tak perlu panik sangat kan...
Semenya under control kan...

Dah buat year end sale kat blog satu lagi utk clear out stock...
Tapi dalam masa yg sama kene dah order stok baru sebab abes je majlis tu kene start niaga balik...
Dah tu nak pindah klang, jadi minta supplier ship ke klang terus...
Mr Wolverine dah readykan satu bilik utk berkraf,,, Yay! Suka sangat.. ^_^_

Pindah ke sana nanti sebennarnya byk keje nak buat... bIlik tu semestinya kosong kan..
Jadi takkan saya nak bawak almari meja krusi ke sana...
Mesti ; abeli kat sana ye tak...

Apapun, bisnes wajib berjalan seperti biasa...
Lain la kalo saya takde loan..
Bole ikat perot dan ikat seme jalan kuar utk wang2 itu...

Chaiyuk! Chaiyuk!

Wassalam...

Beli hantaran kawen

Salam...

Woowoowoowooooo...

Tadi pi bli brg utk hantaran..
Cer teka abes berapa....?
RM800.00... Warghh!!!

Cincin paladium = RM350.00
Kasut jenama LEE = RM189.00
Set perfume Dunhill+Hugo = RM255.00
Set tali pinggang+wallet +pen = RM75.00

Ni adalah hantaran yg saya nak bagi kat Encik Wolverine...
Sebenarnya dah jauh lari bajet ni...
Naseb la pi bli brg ngn Encik Wolverine...
Mmg suruh dia pilih supaya dia suka ngn brg tu...
Tapi tak sangka la plk Encik Wolverine ensem ni rupenyer very branded punyer orang...
Abes duit aku.... T__T

Cincin tu bajet saya cuma RM150.00.. Tapi nmpak paladium ni lagi bermutu jadi saya bole je bagi dia angkat cincin tu...Yg perak tu batunya kaler ijau dan merah.. Saya tak minat.. Paladium ni batu putih.. Mmg cun la wa cakap lu... HUhuhu///

Kasut tu pulak dah awal2 dah saya bagitau, jgn la beli mahal2 ek sebab saya ni duit tak berapa nak ada... Dia kate, "Bole je.." Bila pi kedai, yg murah2 (takde la murah benor, dalam RM70 RM80 gak) takdenyer dia nak tengok.. Terus pi kat rak kasut kulit... Ada promosi tau tadi.. Kasut kulit yg RM190, beli 1 percuma 1. Bole campur kasot lelaki dan kasot perempuan... Cantek, jenama Lee gak cuma design dia plain je la...
Erm.. dia tak nak.. Amik gak yg RM189.00...
Adoi... Seumur idop saya tak pernah beli kasut harga RM100 tau.. Paling mahal RM80 tu pun dalam menyesal tak menyesal je beli... Kalo bole nak cari yg RM25 je,.. ROsak bole beli lagi, jadi kasut sentiasa baru... Pakcik ni, tanpa rasa bersalah pun pilih kasut kulit... Sabar je la...

Pastu masuk Parkson nak beli perfume...
Saya terus je pi tmpat yg dari jauh nampak harga RM99 - RM150.
Saya tak pakai perfume jadi tak berapa tau la jgk harga, jenis dan bau perfume..
Saya suruh dia pilih jenama yg mana dia nak (merujuk kepada area yg berharga RM99-RM150 per pek)..
Pastu dia pi pusing2 gi tempat lain... Tiba2 nampak dia dah kat salesgirl tu..
Dia tanya, "Dunhill ada tak..?"...
Salesgirl tu bg kami bau2 la minyak wangi mana kami suka...
Aku pilih Hugo Boss, dia nak Dunhill...
Kaw tim punyer kaw tim; dapat RM255.00 utk sebotol besar dunhill, gel shower Hugo Boss dan perfume kecik Dunhill... Kalo amik RM285.00 dapat sama gak cuma tambah body spray Hugo Boss..
Pergh.. Dari bajet RM150 jadi ke RM255.00...
Dulu cakap, "tak kesah la perfume mana2 pun saya pakai je.,.." Tetibe arini nak Dunhill gak.. Hampeh!!
Tapi yang bestnye tadi kami test perfume perempuan jgk dan kaw tim punyer kaw tim dapat RM350 utk 2 jenis wangian. Dapat gak losyen bg setiap wangian tu... Dan Encik Wolverine setuju.. Tapi tak beli lagi la.. Dia nak beli next time dia mai sini iaitu time Deepavali nnti...

Yg tali pinggang tu kami pick je..
Rasanya Encik Wolverine tak berapa kesah sgt pasal tali pinggang n wallet sebab nmpak cam tak reti nak pilih jadi saya amik yg murah sekali... RM75.00.. Tgh offer 50% time tu... Owh, dapat gak rebat RM20 time beli perfume tadi, jadi RM55 je, dah jimat sket (walaupun sket)...

Balik umah saya bgtau ibu kesah ni, adik saya mengamuk gaban...
Dia cakap patotnya saya beli je brg saya, n dia beli la brg dia.. Baru bajet x lari...
Pastu dia bebel lagi 4 kawah.. Padan muka saya...
Kami sekeluarga ni jenis suka jimat2 n x penah beli branded...
Tapi tak sangka plk Encik Wolverine anak kawan ayah yg duk tak smapai sekilometer dari rumah kami suka barangan branded...

Tapi saya rsa kalo saya yg belikan brg yg dia suka, barang tu akan jadi lebih valuable...
Dan maybe dia akan sayang lebih kat brg tu...
Dan next time bile beli brg saya plk, saya akan pastikan nilai brg saya tu akan mencecah nilai brg yg saya belikan utk dia.. Baru fair...
Hohohohoho....

Apapun, moral of the story is:
Lepas kawen takpe la saya minta dia belikan barang branded...
Sebab mesti dia akan faham memandangkan dia pun suka branded...
Yay!!! ^_^

Wassalam...

SAlam...

Selamat Hari Raya AidilAdha kpd korang seme...
Ada tak yg sembelih lembu ke, kerbau ke...?
Ada tak yg pi haji...?
Semoga ibadah kita diberkati.. Amin....

Ptg tadi dah poskan dah semua....
100% lega tahap gaban... Kui  kui kui...
Dan esok akan balik kampung beraya.. Tapi hati tak rasa nak raya...
Rasa nak menjaet.. Ada 1 lagi order kene siapkan sebelom 30hb.... Rasa nak nanges la... T___T

Satu lagi nak nanges ialah saya dah maken pelupa...
MUla2 rasa cam lupa2 biasa je, tapi lama2 maken teruk...
Lupa kunci, lupa phone, lupa beg, lupa macam2 brg....
Ingatkan dah buat, rupanya belom buat...
Ingatkan belom buat, rupanya dah buat...

The worse ia lupa letak cincin dekat almari luar...
Tapi kan... Last sekali saya letak kat meja solek ni...
Macm mana leh ad akat luar...
Ibu geleng kepala sebab saya ni asyik lupa, tapi serius saya tak ingat pun ada letak kat situ...
Tanggal cincin time nak mandi je kan, so camana bole ada atas almari luar...

Macam nyanyuk je...
Zaman skolah dulu saya ingat byk sgt benda sampai muka surat dan baris perkataan pun ingat..
Dan ingatan tak terkawal sampai benda2 buruk dan menyaketkan hati teringat setiap masa...
Dan saya pun doa dgn sungguh2 bahawa saya nak lupa...
Dan akhirnya saya maken mudah lupa..
Org buat jahat, org buat benda keji, org tipu2 saya pun seme saya lupa jadi hati pun dah maken senang bila tak ingat dha benda2 buruk...
Tapi maken lama maken teruk pulak lupanya...
macma daya ingatan yang begitu ketara merosot...

Camana nak buat ek..

Tgh search camana nak buat.... :(

K la...
Sebelom saya merepek cam bese baek stop je kat sini dulu...
Next postage ialah Isnin ya...
Dan brg yg pos tadi tu akan dapat Isnin... kenapa Isnin, sebab kakak poslaju cakap macma tu...

Thanx seme.. Bye bye...

Wassalam....

Bajet Best!

SAlam....

Aku rasa pelik la kan...
Org yg sokong sangat bajet 2013 (atau org yg sokong sangat BN) apa masalah dorang sebenarnya...?
Dorang tak nampak ke duit rakyat yang dibazirkan utk bagi sumbangan macam2...?
Sumbangan kpd rakyat?
Bukan ke duit rakyat tu patot dijaga dan dilaburkan sebaik2nya....?

Hepi sgt dapat BRIM...?
RM500, apa yg besar sbg nilai tu..? Dapat bayar bil api dan cerah masa depan..?
Bil api next month sape plk nak bayarkan...?

Ape bezanya BRIM dan subsidi gula...? 20sen  je kan...
SAmpai 20sen pun nak kene tarik balik...
Bole pulak dapat rebat utk beli iPhone5??

Hadoiiii....
Mana keperluan asas, mana kehendak ni...?
Berapa orang yg consume gula...? Berapa orang plk yg beli iPhone...?
Orang bergaji besar yg beli iPhone kan...?
Dah nama gaji besar, takkan nak beli iPhone pun dapat rebat.,..?
Jadi rakyat pun kene la bayar lebih 20sen utk beli sekilo gula gara2 nak kumpulkan rebat utk pembeli iPhone yg rata2nya banyak duit ni...?

Sengalnyerrrrr!!!!

Ni sekor lagi makhluk planet Nameck yg suka sangat menyebok kat wall aku...
Memang manusia ni tahap bodo piang...
Nak cakap sgt tapi cetek ilmu...


Nampak tak list yg panjang2 tu...?Dan satunya dai nampak ialah yg paling blurr.. 
Sebab paling blurr tu adalah yg paling tak penting....

Dia tak nampak yg contoh yang diberikan tu TIDAK LAYAK menerima apa2pun faedah dari bajet 2013 kecuali dapat gula harga mahal sket (tu tak penting)...
Dan ramai tak ingat, sebelom2 ni pun time nak mengundi mesti takde barang naik harga...
tapi  lepas mengundi, minyak naik, petrol naik,gula naik...
Sebab tu BN degelar Barang Naik...

Dan dia ni juga tak berminat dengan kereta murah... Tau tak kereta buatan Malaysia yg dijual di luar negara adalah jauh lebih murah berbanding harga kat negara Malaysia ini sendiri...?
Kenapa?
Adakah sebab dorang poslaju ke negara tersebut?
Atau dorang kurangkan tax export ke negara tersebut...
Tapi.. bukan2...?
Itu bukan penyebab harga kat Malaysia ni lebih mahal...

Cer Google harga kete Honda kat US dan herga kete Honda kat Malaysia...
Pelik tak...?
Google plk kete Proton... 
Pelik tak...?

Dan sapa yang bayar semua ni.?
Kita...
Pekeje swasta yg gaji besar pun sikit punya payah nak wat loan kete...

Dan dia juga tak nampak harga minyak murah...
Malaysia pengeluar minyak kan.,., Kenapa plk minyak kita pun jadi mahal?
Adakah m,inyak kita ni dijual ke luar negara, dan minyak luar pulak yg dibawak masuk dan dijual kpd rakyat Malaysia.?
Pelik kan...?

Dia tak nampak tol sebab Kuantan takde tol..
So maafkan la kenaifan dia tu...

Pendidikan percuma dia taknak jugak...
Dai nak bayar seme hutang pendidikan anak2 dia nanti...
Cam aku loan 20,000 tapi mmg kene bayar lebih dari tu..
Dan yg aku tak penah tau sebelom ni ialah tiap2 bulan ada kos perkig\dmatan sebanyak RM48.00 (atau sumthing like that)..
Aku  bayar RM100 sebulan, trpi sebenarnya aku byr kira2 RM50 je sebulan, sebab kos perkhidmatan tu dia tolak sekali dah...
Best kan idop aku ni.?

Wifi percuma taknak, nak bayar..
Biar pun tenet slow dan mahal, takpe... Dia nak bayar...
Aku pernah terbaca kat celcom punye page.. Sorang Indon tulis kat situ...
Dia cakap, "kenapa internet saya terlalu perlahan. Saya baru masuk Malaysia dan subscribe broadband ni sbb berniaga.  Di Indon broadbandnya lebih murah tapi lebih laju. tolong respond pada report saya."
Aku cari balik komen dia ni, tapi tak jumpa dah...

Gaji mimimum RM1100 pun taknak...
Nnti nak kawenkan anak awak, tanya org tu gaji berapa...
RM700 je gaji saya...
Eh, mana bole.. Gaji kene paling kurang RM1500. Kalo tak ko nak bg anak aku makan ape...?
Aik, pandai pulak nak bg gaji mimum kat bakal menantu..

Hahahahhahaha!!!!

Kalo dorang ni bodo, aku maafkan je...
Perbezaan antara orang camni ngn orang mcm aku, satu je....
Aku baca dan dengar dari kedua2 belah pihak.. Aku baca Utusan dan Harakah
Aku tgk berita TV dan berita Youtube.
aku dengan Najib cakap, aku dgr Anwar cakap...

Sebenarnya aku takde la menyokong pembangkang sangat pun..
Aku pun tak menyokong BN sgt aku...
Aku ikot je sape2 nak pimpin negara ngn molek, aku hepi je.,..

Tapi korang nampak sendiri kan..
Najib dah melampau guna duit negara macam haper je...
Dapat RM500 satu famili pun dah syukur..?
Kalo kurangkan cukai kete sahaja pun dah berapa banyak satu keluarga jimat setiap bulan..?

9 tahun lagi negara akan bankrap kalo gunakan duit sebagaimana BN gunakan sekarang...
Dan time bankrap tu orang yg merompak negara ni pegi mana...? Lari ke luar negara?
dan kte plk ke mana..?
Nak lari pun takleh..

Korang igt negara jirannak terima kta sebagaimana kita terima dorang..
Sorry la...
Malaysia je yg baik hati terima warga jiran yg miskin ni supaya dorg dapat merasai kemananan dan kekayaan milik kita ni... Kerajaan dorang pun xde nak tolong rakyat yg miskin ni kan...
Dorang nak terima kita..?

Nak jual filem ke Indon pun kene melalui 8 lapisan yg ntah hape2 tak berkesudahan...
Dorg senang lenang je mai sini tunjuk muka manis jual filem kaut duit negara pi bawak balik kampung halaman...

Alhamdulillah...
Malaysiaku Aman...

Wassalam....

Kawen...

SAlam..

Isnin lepas (3 Sept 2012) keluarga pakwe aku mai merisik....
Sejuk tangan...

Dan probably ujung bulan ni aku akan bertunang dan akhir bulan January 2013 bernikah... Amin....

Sebenarnya aku nk share hal ni kat blog lagi satu (sebab dah sebati ngn blog tu) tapi pakwe aku follow la blog tu... Hampeh tul...
Karang di abaca plk isi hati aku...  malu la... Hohohoho....

Erm... Tulis kat sini pun ok...

Untuk tunang n wedding ni aku nak sgt wat semenya handmade...
Bermula dari pelamin, hantaran, bekas telur ut k tetamu, doorgift from ibu dan ayah; da apa2 je la...
Seme nak wat handmade...

Tapi bila ingat balik kalo jadi wat bulan 1 ni, aku cuma ada 4 bulanje nk prepare seme.. Camana ni...?

Tadi akuborak2 ngn dia kat tepon dan dia cakap, beli je la kat kedai.. Wat simple2 je takyah byk fikir...
Alaaaaaaaaa!!!
Tak bestnyer.... :(

Mayne dia takmo aku penat tapi kan wedding ni sekali je kan...
Aku nak la wat ikot kehendak dan kepuasan hati...

Aku ingat takmo bgtau dia...
Aku nak try sedaya upaya wat semenye handmade.. Hohohohoo..
Kecuali bunga telur sebab aku tak suka buat bunga...

So apa kita nak wat sekarang...?
Ok, pasal bertunang dlu...

BERTUNANG...

1. Kaler - kuning coklat..
2. Tema - bunga @ buttons - nnti decide
3. Baju - ibu jahit - kain dah ada - settle
4. Hantaran
    - por - kene beli.. :(
    - alas por - satin kuning corak coklat
    - decorate hantaran - bunga@ buttons
    - pelamin kecik - background coklat, awan kuning, tepi kuning
    - kusyen aku duduk - coklat - mana tau kot2 nak letak kerusi cam adik aku dulu...

Hari BESAR
1. Kaler - coklat, cream, putih
2. Tema - belom pikir lagi.,..
3. KAd jemputan - design tiket - mgkin wat sendiri n print kat kedai.. Aku nak kertas yg cam coklat2 tu tp xtau la ada ke tak kat kedai tu... Nnti check
3. Bekas telur - uncang handmade
4. Doorgift ibu n ayah - belom pikir lg
5. Guestbook - belom pikir
6. Bunga pin yg pakai kat baju tu - belom pikir...

Hal kenduri ayah akan uruskan.. Lagipun dia tukang masa kenduri kawen family nijadi takde masalah la pasal kenduri tu nanti.. InsyaAllah...

DAn satu je yg aku alergic sket...
Bese kat kalo kawen mesti seme benda guna kain berkilat cam satin dan organza..
Dan hiasan pun akan guna bunga yg crowd juga dgn kain satinm n organza...
Seriously aku tak suka...
Seme tu wat aku rasa semak je...

HArap2 kali ni takde org suruh aku wat camtu...
Kalo bole aku nk guna belacu, cotton dan felt...

harap2 menjadi...
Amin ,....

Wassalam...

P/S: Bertunang probably ujung bulan ni tau.. Dalam 30hb.. Korang rasa sempat atk.. Stau apa pun tak buat lagi ni... T___T

Kerenah

Salam...


Tak paham ape masalah perempuan ni...
Dah 3 minggu bermesej ngn dia berkaitan hal beli brg tapi masih lg nak bermesej2...

Nak byr cara pos...
Bila reply bole, cakap nak bankin plk...

Dah tu watpe request by post...
Bodonya aku layan perempuan bodo ni...

Bye

The Unpublished Entry...


Salam...

Sy nak cakap sesuatu yg kasar sekarang...
Dah byk kali dah cakap baek2...
Tapi bila diberi betis nak paha pulak kan...

Untuk pengetahuan semua, harga bulk order yg saya bg ialah harga yg sebenar...
Itu bukan harga yg saya sengaja naikkan skit semata2 nak tggu awak bargain lagi...
Itu ialah harga yg betul...

Sama ada suka atau tidak tu awak punya pasal...

Untuk pengetahuan awak, setiap biji yang saya hasilkan perlu melalui 6 proses iaitu:
1. Tekap - dgn tangan
2. Potong - dengan tangan
4. Tampal - dengan tangan
5. Jahit - dgn tangan
6. Touch-up - dgn tangan

Takde satu biji pun yg skip mana2 proses di atas...
Dan takde satu biji pun yg guna apa2 machine yg cuma perlu press button dan ia buat keje dgn sendiri...

Sekiranya biji yg pertama tu saya amik masa setengah jam utk siapkan bermakna setiap biji yg lain juga amik masa setengah jam utk disiapkan... Jadi utk 50 biji amik masa 30minit x 50 biji = 1500minit. Iaitu 25 jam... Takkan kurang dari ni.. Lebih mungkin sbb dah penat...

That is why it is called HANDMADE...
Paham tak...

Ke tak paham lagi...?

Kalo awak cakap, "Handmade la patot bole murah.." Lebih baek awak packing baju dan pindah ke planet Nameck sebab planet bumi bukan dicipta utk makhluk tidak berakal seperti awak.

Kenapa brg kilang lebih murah dan lebih berkualiti?
Sebabnya.. Hadoi... takkan la awak takpandai pikir sendiri...?
Nampaknya awak mmg betul2 perlu berpindah ke planet Nameck...

Brg kilang lebih murah sebab:
1. Ada machine duplikasi. Dengan hanya press satu button terus bole buat 100pcs serentak... Handmade mana ada mesin ni.,.. Kalo ada takde la nama handmade.. Tu namanya machine made... -___-"

Jadi kalo bij yg pertama perlu amik masa setengah jam, biji2 yg seterusnya juga amik masa setengah jam... Jadi utk siapkan 50 biji perlu amik masa maximum setengah jam... Sebab semenya buat serentak... Kalo tak paham sila baca sekali lagi.. Jangan malas..!

2. Beli byk baru murah kan... Kalo beli 50 biji dapat la murah beberapa posen.. Nak murah kene beli la beribu2 lemon...

Owh.. dah tau amik masa lama nak siapkan kenapa tak upah org je...? Cepat je bole siapkan...

Amboi.. Sedapnyer cakap...
Kalo senang sgt awat tak buat sendiri... Kan sekejap je bole siap..?

Saya penah upah org jahit keychain... Cuma jahit tepi je.. Tampal2, riben, corak seme sy dah siapkan.. Upahnya 50sen sebiji... Jahitan buruk pulak tu...
Sy naikkan ke 70sen sebiji supaya dia semangat sket...

Tapi jahitan masih buruk!!!!!
Pastu komplen... Upah murah sgt n penat.. Tak berbaloi...

Nak lebih dari tu mmg tak bole...
Cuma jahit tepi je kan... Bukannya kene potong, kene tampal, kene ape ke... Jahit insang pari je pun..

Sebenarnya berbaloi je sy bg 50sen.. Sebab jahitan kasar n tak kemas...
Serius, saya buka balik kesemua 30 biji tu dan jahit semula...
Takkan nak jual brg comot2 camni...

Saya juga yg rugi upah org jahit comot2 camni pastu kene tetas n jahit semula.....
Muahahahahaha ha!!!!!

Kesimpulannya...

Barang handmade mmg mahal..
Kalo nak murah gi la beli brg kilang...

"Brg kilang taknak sebab kat mana2 pun jual brg kilang yg sama... Nak yg lain dari yg lain..."

Amboi...
Dah nama lain dari yg lain mmg ler mahal...
Kalo tak mampu wat la cara tak mampu..
Jangan nak berlagak diva plak....

Kalo tak mampu sgt beli kain jahit la sendiri...
Bukan susah pun... Kejap je kan.. (mcm yg awak cakap..)

Nak tgk gak awak jahit ngn cepat dan cantek tanpa perlu bersengguk2 dan menangis..
bestnyer kalo dapat tengok kan...

Muahahahahahaha!!!!!

Ini adalah entry yg aku nk tulis dlm blog satu lagi...
Tapi kewarasan aku tak sanggup nak publish sbb itu ialah blog perniagaan...
Bestnyer la kalo dapat publish kan...
Mesti ramai crafter teringin nak publish macam  ni...

Wassalam...

Gantt Chart

Salam...

Ni la gantt chart aku utk bulan Jun (kononnyer... la....)
Hahaha.. Tengok, eja pun salah...


So mulai 1hb aku akan wat 1 item dan pastikan ia siap at the end of the day...
Walaupun confirm tak berjaya buat seme tp aku akan berusaha sedaya updaya.. 

CHAIYUK!!!!

Wassalam...

P/S: This is not an actual gantt chart. Tapi konon2 je la ek.... So jgn plk ada org komen "Ni bukan gantt chart la asma. Google la lenkali" Seperti yg pernah terjadi kat blog aku yg satu lg...



Nak je reply: "Hahahaha... Bukan "lenkali".... Lain kali la coki.... Gi Google kalo tak tau lain kali ek..."

Ni ialah contoh benar bg manusia yg baca komik "debik sekali terpelanting ke bulan" dan kemudian komen mengatakan itu ialah sangat tak logik lalu membentangkan 110 dalil mengapa perbuatan itu tak logik...

Wassalam....

T___T

Salam...

Erm...
Kehidupan pun maken kucar kacir..
Terlalu banyak menggunakan masa dan tenaga ke atas kedai yg tidak membawa sebarang profit...
Ya, mungkin profit akan muncul selepas 6 bulan berniaga, tapi aku takde masa 6 bulan...

Bila pikir balik kan, sewa kedai tiap2 bulan tu lebih baik aku gunakan utk restock brg...
Duit minyak kete yg aku gunakan utk ulang alik tu pun lebih baik aku gunakan utk restock brg...
Dan masa yg akui habiskan 20min pegi sana dan 20 minit kembali ke umah lebih baik aku gunakan utk check email...
Dan masa dari kul 8-10.30 malam setiap hari duk kat kedai wat keje2 sket lebih baik aku gunakan utk duk umah packing brg atau siapkan order atau tgk TV citer kegemaran aku...

Mungkin org pikir aku kedekut kan...
Tp ini adalah pendapat aku sbg seorang peniaga...
I'm wasting my time n money for nothing in return...

Ok,
sewa: RM125 shj
minyak kete ulang alik setiap hari : RM30 (seminggu) x 4 minggu = RM120
mkn mlm : RM5 (sehari) x26 hari = RM130

Jumlah = RM375

Okay, sekarang korang dah paham kenapa aku berkira...
RM375 yg aku bole save setiap bulan ni bole digunakan utk beli stok brg.. Betul tak...?

Sebanrnya ini bukan masalah besar sekiranya kedai tu profitable..
Sbg contoh kalo aku dpt RM10 sehari pun; selepas 30 hari aku leh dapat RM300
Dah lepas sewa n duit minyak...
Tul tak...

Tapi profit bulan ni cuma RM30 shj...
bulan lepas RM120...

So camne ek...

Secara logiknya mesti la aku kene bertahan,.,,
Tp i'm getting exhausted...
Disebabkanm kedai fizikal ni aku abeskan byk tenaga utk packing brg2 kecik2 utk display...
Dan abeskan masa kat saya..
Dan mengabaikan checking email, FB dan updating n promoting/....

Dan disebabkan aku share ngn sorang crafter lagi, of course aku mesti menghormati beliau...
Haritu dia ada cakap nk wat kelas nk ajar wat purse...
Aku punsokong la usaha dia n aku sebut, "aku nk ajar wat ape plk ek...?"
Pastu kan... Dari ujung mata aku ni, aku nampak dia mencelang mata tengok aku..
Pergh...

Dalam ati ni tertanya2 jgk...
Kenapa...? AKu takleh ke join dia wat kelas...?
Atau dia kene mengajar sorang2...

Sejak tu aku tak sebut dah hal2 kelas lg...
Takot...

Dan my partner ni kan..,..
Setiap kali berjumpa dia akan menceritakan kisah rakan2 crafternya yg lain...
Iaitu sorang yg jual craft supply; sorang lag pun jual craft supply dan sorang lagi jual craft product (sepecially bantal)...
Org yg pertama tu disifatkan sebagai tamak, nak bolot semenye sorang diri dan takmo share ngn orang lain...
Orang yg kedua ni baik sgt2 dan selalu bg brg kat partner akuni ngn harga borong (tak amik untung pun)
Orang yg ketiga ni ialah jahat kerana suka memburuk2kan crafter lain atau macam melaga2kan crafter la... Camtu la lebih kurang...

Dan partner aku pulak.. Apa yg orang ke3 ckap ttg orang pertama; dia citer kat orang pertama...
Apa orang pertama ckp ttg orang kedua, dia citer kat orang kedua...
Apa yg org citer kat dia, dia citer kat orang lain...
Sehinggakan aku yg tidak kenal mereka bertiga tu pun, diceritakannya jugak kesah2 hitam mereka...
Aku nak klasifikasikan partner aku ni sebagai apa ek...

PAstu aku mula la pikir...
Ntah2 hal aku pun dia citer kat orang...
Dan maybe aku buat sesuatu yg dia tak suka, tapi dia berpura2 suka pastu dia citer kat orang lain...
Aku rasa dia ni menakotkan la...
Hohohohoho....

Dia pun penah cakap bahawa dia tak suka ramai orang kat tempat keje tapi terpaksa berpura2 suka demi kerja...
Aku pun terpikir ntah2 dia tak suka aku tp berpura2 suka jer,,,

Ntah la.,..
Aku nak bersangka baik tp tak sedap hati...
Aku perasan gak...
Tiap kali dia memerlukan aku; dia akan muncul ngn muka ceria dan berbunga2...
Dan aku ni mcm biasa la kan...
Akan berusaha sedaya upaya membantu rakan yg didalam kesusahan...

Contohnya dia muncul urgent nk felt merah saiz besar 2pcs...
Actually, felt besar cuma ada 1 je, dan demi kawan; aku buka semula 3 pek starter pack dan kuarkan kaler merah; dan gantikan ngn kaler lain (of course kene mention kat customer kaler merah dah abes..); dan ami scrap merah nk bg kat dia supaya cukup dia siapkan order orang.. Dan aku drive pi anta umah dia pukul 10 mlm sbb dah urgent sgt nk guna... Dan aku bg harga borong je kat dia....
Dia amik felt tu n cakap "Thanx" dan terus masuk umah."

Tapi time aku memerlukan dia, contoh aku nak felt pink urgent; dia cuma jawab "TAKDE. SORI".
Dan aku tanya, "Orang yg kedua tu ada stok pink tak.." Aku tanya dia sbb aku tak kenal org tu dan aku takde no dia. Jadi aku assume dia akn tanyakan atau bg no org tu kat aku....
Dan partner aku jawab, "TAK TAU LA. ADA KOT. TANYA LA DIA"

Perlu ke aku reply utk minta no phone org tu.,...?
Sedangkan dia snediri tau aku tak kenal pun sape orang tu.. Orang tu kan org ofis dia....
Sbb aku rasa cam ayat dia tu langsung tak menghiraukan kesusahan aku ni...

Last2 aku cakap kat customer yg stok dah abes...

Cuma kalo aku berada kat tempat dia, secara tanpa sedar aku akan terus contact org lain yg aku kenal utk tolong member aku menyelesaikan masalah.. ATau aku terus bg no tepon org yg mungkin ada strok felt tu...
Tak.. tak...
Aku takkan bg no tepon ..
AKu akan contact n deal snediri ngn org tu utk tolong kawan aku yg urgently need me...

Camtu jgk bila dia msg2 tanya aku sesuatu info yg diperlukan...
Selepas aku explen ngn panjang lebar...
Dia terus senyap...
Tak reply....

Bila time aku yg nak info dia jawab, "TAK PASTI LA. CER TANYA ORG LAIN"

SKrg ni aku sendiri pun ala2 hipokritgak ngn dia....
Byk info yg aku keep by myself...
Sbb nnti terlepas cakap dia jaja citer aku pulak...

Dan aku ni kan x suka buka citer ttg diri sendiri kat sape2...
Tak ramai yg tau aku jual on;ine...
Dan rata2 igt perniagaan aku tak laku sbb aku tak nampak cam bz pun...
Ala...
Takkan kita nk citr kat seme orang betapa bz nya hari kita ni.,...
Takkan nak tnjuk kat org yg kita ni penat sgt.,..
Walhal otot2 aku ni saket Tuhan je yg tau...

nnti byk2 sgt citer, bertukar jadi rungutan...
Dan byk sgt rungutan Allah tarik balik rezeki...
Takmo2...
Aku takmo kene tarik...
Biar banyak takpe... hahahahha <--tamak haloba.. :P

Errrmmmm.....

Sebenarnya kan,....
Aku pun rasa kecewa ngn diri sendiri...
Ada waktu bila bz sgt aku terlepas order orang n tak pos brg tu..
kadang2 aku delay pos brg sbb tak sempat sgt//./
Kadang2 akulupa masukkan baki...
Kadang2 aku silap masukkan brg...

Ntah la..
Bila bz sgt mmg seme pun tak dan...

Sbb tu la kalo bole aku nk focus kat online ni mcm dulu...
Maybe aku lebih sesuai duk kat studio ni je berbanding pi sana sini jual brg kat orang...

Cuma aku duk dilema camne nak cakap kat partner aku yg aku takmo dah kedai tu...
Dilema betul beta...

Wassalam....




Tido la Langit....

Salam....

Bila aku kembali menjadi Langit Pertama, tiba2 aku rasa puas kerana kembali menjadi diri sendiri yg berani, out-spoken dan transparent...

Tapi dalam masa yg sama gak, aku tak sukakan situasi ni...
Sebab aku tak dpaat deal ngn baek ngn customer...

Untuk pengetahuan korang, berurusan dgn perempuan mmg sgt menyusahkan...
Nak2 yg suka bargain (walhal beli 5 paket je); suka tukar2 order, suka merengek2... Suka komplen, suka survey harga, suka tanya banyak2 pastu tak beli pun...
Aku tak paham nape dorang suka buang masa aku....

Time aku jadi Asma, aku dpt handle orang camni ngn baek...
Aku layankan jer...
Pastu kalo yg byk2 komen tu aku minta maaf je la (walaupun bukan salah aku)..
Yg bargain tu alku leh cakap elok2 yg minimum quantity mesti la byk kalo nk bargain/..

Sampai ramai customer puji Asma sebab beliau seorang yg sangat mesra dan baik ati...

TAPI!!!!!!!!

Asma dah tido...
Yg menaip skrg ialah Langit Pertama....
Dan Langit Pertama ialah makhluk yg suka sangat menyampah kat sape2 yg lalu di hadapannya...

Kalo orang tanya byk2, aku terus ignore email dia...
Yg bargain tu aku terus kata, "tak bole"
Yg nk free-gift tu aku terus kata "tak bole"
Yg compare2 harga tu aku terus menyusahkan dia dgn soalan demi soalan yg tak berpenghujung...
AKu tulis byk sgtr entry yg warning, komplen, luahkan perasaan tak puas ti kat customer yg sangat2 menyusahkan ni; tapi naseb baek aku tekan save in draft.. Jadi belom publish lagi...
AKu review balik entry tu dan cuba alter supaya jadi sopan; tapi Langit Pertama takmo alter entry2 tu..
Perasaan marahnya kian membuak...

Sangat menyakitkan konflik antara Asma dan Langit Pertama ni...
AKu rasa nak nanges...

Aku elakkan diri post sumthingkat wall dan entry blog sbb takmo merosakkan perniagaan yg aku bina ni...

Apakah punca Langit Pertama terbangun...???

Tak pasti la...
Tapi yg pasti ia berlaku sejak bulan 4..
Bermula dgn dapat customer yg bukan2...
Pastu dapat customer yg menyusahkan idop aku tapi suka merengek2 mcm mak nenek...
Pastu kedai nasi lemak aku ni yg jadi mangsa hasad makcik gila kedai sebelag tu.,..
Pastu kekecewaan dan kerugian event kat Klang....
Kelesuan akibat kedai kecik yg aku buka ngn member aku...
Kerugian yg besar sebenarnya kat situ...
Duit dah kontang dan bulan ni x dapat byr loan kete...
Sales yg slow akibat aku dah jarang online utk promot bisnes...

Wow!!!

Bertimpa2...
Kelesuan Asma buat Langit Pertama terjaga...
Dan Langit terlalu byk membazirkan tenaga badan ni kerana beliau sentiasa dalam keadaan marah...

Ya Allah....
Kau buka kan la jalan penyelesaian bg masalah yg bertimpa2 ni...
Ini semua aku anggap sbg dugaan yg Kau berikan demi tidak membiarkan aku alpa dgn kesenangan yg Kau limpahi,...
Sesungguhnya hanya Engkau la yg Maha Mengetahu segala sesuatu...
Amin....

Wassalam...

P/S: Setiap masa baca ayat Kursi dan pasang Yasin demi menidurkan Langit... dan in seme sgt meletihkan... :(



anak dara tua...

Salam....

Ciri2 anak dara tua ialah:

"ASYIK NAK MARAH JER"....

Serius, kalo korang masih belom kawen dan takde pakwe dan asyik nak marah jer, confirm korang dah masuk dalam golongan ANAK DARA TUA...

Dan sejak akhir2 ni aku pun asyik nak marah je..
Pasai ape ntah....

Sebelom ni asyik nak marah sbb PMS tapi skrg ni dah 2x period takkan PMS lagi kot...

AKu pun hangen nak mampos bila ada orang tanya...
"Dah kawen ke belom???"
--> belom....
"Dah nak tunggu sape?"
--> tunggu orang la bodo.. Takkan nak tunggu kanggaroo plk... ???

Tolong la...
Kalo aku tanya orang, "Ko ni bila nak mati??" Agaknya org sentap tak...?
Takde la.. AKu bukan nk wat sentap...
Aku tanya jer.. Lagipun aku betul2 nak tau bila dia nak mati./...

Soklan ni confirm dimasukkan ke dalam kategori soklan kurang ajar kan...
Walhal jawapan bagi soklan itu ialah ---> "mana la saya tau... Maut tu di tangan Allah.."

Aik...
Tau pulak maut di tangan Allah...
Dah tu takkan tak tau jodoh tu pun di tangan Allah.. Mana la tau masa bila baru dipertemukan jodoh.,..
Boile tak aku panggil orang tu dgn gelaran BODOH?
Mmg bole sgt tapi kesian la kat dia...
Dah la bodoh, dipnggil pulak bodoh..
nnti kecik ati plk...

AKu kecik ati takpe... Dah biasa dah...

Penatnya la melayan orang bodoh.. Serius penat...

Satu lagi aku menyampah tahap babun betul bila aku jerit kat wall pastu muncul la ntah sape2 yg tak penah2 nak LIKE atau KOMEN post aku tetibe je muncul dgn kata2 hikmat la kononnya...
Kalo betul2 kata2 hikmat takpe gak...
Ni kata2 yg dah dicedok dari buku motivasi mana ntah bg kat aku..

Mekasih je la...
Aku malas nak dengar motivasi ni sbb aku tak memerlukannya...
Ayat2 macam.. "Sabar la". "Redha la..." "Kuatkan semangat".."Tei\rima la dugaan.." Dna amcam2 lagi la...
Sorry sgt2.,, Aku dah dgr ayat tu sejak skolah rendah lagi...

memang la di alam nyata aku SABAR...
Aku REDHA...
Aku PASRAH
dan aku terima QADA n QADAR,,,

Tapi aku saja2 je nak jerit kat wall tu nak tnjukkan yg aku tak suka... Ok...
Logik la kan...
Takkan aku nak lempang org laju2 kalo org tu tanya "Bila nak kawin"
Aku cuma keluarkan kata2 extreme demi menunjukkan aku benar2 tak sukakan soalan tersebut...

Ada pulak la makhluk yg igt aku betul2 nak lempang orang...
Hadoi...
Tak komik langsung la orang itu....

Dalam komik kan ada tunjuk yg orang debik sekali terus org tu berpusing2 melayang ke bulan....
Pastu reaksi pembaca mesti ------> GELAK BERSUNGGUH2...
Ada ke pembaca yg memeberi reaksi ----> "Kesiannya, orang tu gurau sket je dah kene baling ke bulan. Lagipun mana logik sekali tumbuk dan melayang ke bulan.. Lagipun kat kat luar bumi ni takde graviti. Macam mana bolesampai ke bulan.,. Secara logiknya dia cuma bole terapung kat luar atmosfera... Dan disebabkan takde graviti juga takde daya yg dapat menolaknya atau menariknya ke bulan... Dan satu lagi takde oksigen.. Belom sampai ke bulan pun orang tu dah mati sbb tak bole bernafas... Dan lagi satu kalo dia dah sampai bulan, macam mana dia bole muncul semula di baba yg seterusnya.. Tak logik kan...."

Serius... Ada ke orang bagi respond gini bila baca komik.,..?
Kalo takde, kenapa orang yg sama ni  bagi respond gini bila baca status aku...
Kamon la....
Tak komik langsung la korang ni...

Lebih baik orang tu LIKE aje demi menunjukkan dia sudi meluangkan masa beberapa saat baca status tak guna aku tu dari sebok2 nak aku kembali ke pangkal jalan...

Apapun suka hati dorang la....

Konon nk post kat wall bg ilang stress...
maken stress pulak jadinya...

Wassalam...

p/s: Aku masih tertanya2... Kenapa aku stress sgt ni... ?


Exhausted

Salam....

Aku penat giler...

Kul 7 dh ada kat gerai jual nasi lemak
12pm balik umah, packing n pos brg.
Siapkan order, check email, promoting, packing2 utk pos...
Packing2 utkj display kat kedai.
8mlm pi kedai n wt keje kat sana
11mlm blk umah check email n update apa2 yg patot...

Seriously, ini seme sungguh memenatkan...

Aku amik kedai tu share ngn kwan aku utk start jual secara offline...
Tapi akibatrnya aku yg selalu shot duit...
Sebab kedai tu aku x dapat apa2 profit...
Profit 100% dr online tapi expenses maken byk dgn kos ulang alik, parking n belanja makan..
Selain lokasinya yg tak strategik, aku pun cuma buka kedai tu malam...
Siang kadang2 buka kadang tak sbb org lain yg jaga...

Aku nak try, balik dari jual nasi lemak terus pi kedai tu..
Tapi takleh la...
Kedai tu kan jauh...
Bila balik umah confirm keletihan n terus nak rehat2 dulu, mkn nasi dulu dan lain2 sebagainya...
Pastu packing n pos barang...
Kat bandar ni bole pos brg kul 5, kat sana tak leh..
Paling lewat kul 3 sbb van poslaju mai kul 3...

Tetiba aku rasa sangat exhausted...

Satu lagi hal ialah pasal org yg letak brg time event kat Klang...
Aku offer letak brg saje2 nak memeriahkan booth di samping tolong2 crafter.
Tapi jualan kat sana sangat menghampakan...

Skrg aku plk pening nak menjawab soklan dorang "Kenapa brg saya tak laku?"
Nak aku jawab jujur ke kenapa brg2 tu tak laku?
Aku jawab jujur karang korang terjun sungai pulak....

So aku jawab, "Saya tak pasti la kenapa.." Camtu je la kan...

Walhal jawapan yg sebenar ialah:
1. Tak laku la sebab tak cantik. Jahitan bengkang bengkok, gam senget benget n comot2, kaler tak menawan hati. Kalo aku pun takmo beli brg camtu."
2. Harga brg RM5. Komisen aku 30sen... Baek aku jual brg aku sendiri dapat gak RM3 bole wat balik modal sewa...
3. Harga org lain RM5; harga ko RM8... So pikir sendiri la org prefer nak beli yg mana...

Sebenarnya antara 12 org yg anta tu.. 4 dpdnya tak dapat jual apa2...
Sebab sperti yg aku cakap kat atas la...
Tak menarik perhatian...

Tensen gak aku asyik nak salahkan aku jer...
Padahal ada ke aku minta sewa letak brg..?
Aku bayar sewa pun RM180 utk 2 hari.. Komisen 1 brg 30sen... Abes seme brg pun x lepas sewa gak...

Ingatkan dapat tolong orang, rupanya makin menyusahkan aku pulak dah...
Maybe aku mmg tak patot tolong sape2 pun sejak awal2 lg...

Learned from lesson...

Kedai kecik tu rasa cam nak tolak jer..
Tapi takleh biarkan mmber aku tu terpinga2 kesorangan...
Sian plk dier sbb aku yg sanggup time dia offer dulu...
Jadi tanggung je la akibatnya...

Tapi kan...
Aku rasa sebenarnya aku tak sekun ngn kedai tu sbb berkongsi kot...
Lagipun kan....
Camne nak cakap ek...

Partner aku ni kan..
Aku rasa cam ada satu perasaan yg dalam2 dalam ati yg cam ada sesuatu tak kena ngn dia...
Dia baik, ramah, byk ckap, kuat gelak n suka tolong org.,..
Tapi cam ada sumthing wrong somewhere....

Adik perempuan aku cakap, dia nampak cam nak amik kesempatan...
Mak aku cakap, dia nampak berpuara2...
Aku pulak tak nampak apa yg dorang cakapkan tu...
Tapi aku dapat rasa bahawa, aku takleh share apa2 ngn dia ni sbb dia ni takleh dipercayai....

Tapi kan.. Takde apa2 peristiwa pun yg berlaku yg boleh membuktikan bahawa dia takleh dipercayai..
Jadi aku takmo prejudis atau berburuk sangka...
Tapi kalo bab pura2; aku pun rasa senyumannya tu very fake...
Tapi aku takmo berburuk sangka...

Banyaknyer la TAPI...
Hahahahahahahahaha....

Erm.. aku rasa nak ada kedai sendiri la...
Yg tak share ngn sape2...

Atok penah pesan; kalo nk berniaga kenen elakkan 3 perkara:
1. Perempuan (rasanya tak applied kat aku bab ni)
2. Judi
3. Berkongsi...

Keturunan aku tak sesuai berkongsi sbb kami baik hati... Kami byk mengalah... Kami rela rugi dari bergadoh n menang ngn cara kotor... Kami takkan minta hutang... Kami cepat percayakan org.. Kami mudah ditipu.... Jadi keturunan kami ni mmg tak sesuai berkongsi...

K la...
Dah ngntok dah,,,
Tdo dulu el..

Nite2,,,,,


wassalam.....

Tak pernah teringat....

Salam....

Erm...
Nak ckap aper ek...
Tak tau la... Hihihi...

Ok.. ok serius sket...

Seriously, siang tadi cam ada idea je nk tulis apa..
Tp skrg lupa plk...

Tau tak... Langit dah terbangun dari tido...
Akibat dari tekanan sekekliling kot...
Aku tgh berusaha menidurkannya semula..

Chaiyuk2!!!

Tau tak apa yg aku terpikir arini...?
AKu terpikir...
Aku tak pernah ingat pun yg aku pernah jadi sperm...
Dan cam tak percaya je aku la sperm yg pertama dan mungkin satu2nya sperma yg jumpa telur tu...
Hebat gak aku ni ek...
Satu dalam berjuta,...

Hohohohoho....

Ciptaan Allah yg tak tercapai dek akal....

Wassalam....

Eh, mana leh chow tanpa letak gambar...

Yg aku wat aritu...
dah terjual dah pun kat budak UMP aritu...

Nak wat lagi...
Nak wat lagi...

Yippi!

Wassalam....

Projek..?.... Haha....right.....

Salam....

Pada asalnya aku nak poskan dia sesuatu yg istimewa...
Sesuatu yg aku jaet sendiri utk ucapkan selamat tinggal...
Tapi rupa2nya org yg aku berkawan selama 3 tahun ni rupanya bukan seorang manusia...

Rupanya ia hanyalah satu kolaborasi antara beberapa orang manusia yg menjalankan projek tersebut...
Aku pun tak tau apa benda la yg dorang buat selama 3 tahun ni mempermainkan orang ramai dengan kewujudan manusia istimewa tu...

Tapi, apapun....
Aku tak percaya ia hanya satu projek...
Projek tu cuma satu alasan utk dia stop dari alam maya ni...

Walaupun aku tau dia byk mereka2 citer....
Tapi ye la.. Nama pun citer-jo...
Huhuhu....

Ingat tak keje yg tak siap semalam...?
Tengok!
Dah siap.... >_<


Sukanya hati akuuuuuu....
Yippi!!!

Ok, esok nak wat ape plk ek...

Wassalam....

Puzzle....?

Salam...

Rasanya aku dah mengguris perasaan kawan aku ngn ayat aku kat FB tempoh hari...
Dan juga salah satu entry aku baru2 ni...

Apapun itu adalah pandangan peribadi aku...
Dan aku menghormati pandangan dia; kerana aku tau dia melihat dari atas, aku pula melihat dari bawah...
Tak mungkin dia nampak apa yg aku nampak...
Dan tak mungkin aku nampak apa yg dia nampak..

Blog dia pun dah tutup...
Walaupun sepatutnya masih ada baki lebih 100 hari lg...
Dan aku tetap ikuti blog dia yg satu lagi...

Dia tgh sedih dan sunyi semula; seperti sebelom ni....
Aku nak sangat komen entry tu dan bagi kata2 semangat, seperti sebelom ni...
Tapi aku takot...

Aku takot kalo dia tau aku follow blog dia ni; mungkin dia akan tutup gak blog tu kan....
Dan abes la connection aku ngn dia.,..
Aku plk x pndai nk menyamar jadi org lain nk bg kata2 semangat supaya dia tak sedih macam ni....

Sebenarnya aku tak rasa dia berbeza ngn orang lain..
Aku rasa kan, cuma dia dibesarkan dalam suasana yg lack of love...
Jadi dia tak pandai nak curahkan kasih sayang sbb tak pasti apa tu kasih sayang....

Kalo la dia ada dekat sini, nak je aku peluk dia erat2 ngn cakap, "Walaupun ko dah tak suka n marah kat aku lagi; aku tetap sayang ko... Walaupun pandangan ko sngt kontra ngn aku; tapi aku tetap sayang ko... Dan kehilangan ko dalam idop aku; buat aku rasa seperti separuh diri aku hilang"

Harap dia takkan buang blog yg lagi satu tu supaya aku bole tgk dia dari jauh...seperti yg selama ni aku buat...

Ingat...
Walaupun seluruh dunia menolak kepingan puzzle yang tak padan dgn mana2 jigsaw ni, tetapi aku amik dia, sangkut ngn tali dan ikat kat tengkuk aku sbg rantai... Patu bawak dia ke mana2 aku pergi...
Hahaha.. Kalo la dia betul2 puzzle... :P

Wokep...
Jom tgk ape aku buat...

In progress...
harap esok siap...

Wassalam...



SAlam....

Rasanya mmg confirm xde org dah baca blog ni...
Bagus2...
Tetibe rasa cam ada privasi plk (kecuali Encik Anon yg tetibe nak meminang aku... Cakap je pandai..)


Langit Pertama dah lama tido dan nampaknya takkan bangun dalam masa terdekat ni...
Dan blog kesayangan aku ni pun dahlama terabai...
Maybe aku patut start pos sumthin secara konsisten kat sini plk...

Apa kata start ngn raksasa ni....


Hahahaha...
Sayang giler aku kat raksasa daun ni...

NAper tak post gambar ni kat blog satu lg....?
Sebab ramai peniru...

Walaupun cam tak caya je ada org nak meniru mende2 simple cam gini...
Tapi itu la hakikatnya....
Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers