TAU TAK??


Sorang perempuan gemok yg tengah diet yg hanya makan roti, telur dan buah sepanjang hari tiba2 berkata:
Perempuan gemok: Laparnyer...
Lelaki bodoh: Lapar? Kata diet...?
Wei bodoh! Sbb diet la lapar.. Kalo tak diet takde la lapar.. 
Bongok sunggoh!

Perempuan gemok yang tidak makan nasi selama seminggu itu pegi kedai makan bersamam lelaki bodoh.
Perempuan tersebut order Nasi Putih dan Tomyam.
Lelaki bodoh berkata: Nasik? Nak makan nasik? Kata diet?
Wei bodoh? Sape kata diet tu tak boleh makan nasik? 
Bongok sunggoh!

Perempuan gemuk itu goreng telur utk makan dgn roti dan minum air milo pada suatu pagi pada pukul 8 pagi.
Lelaki bodoh berkata: Lapar..?
Wei bodoh! Dah nama pukul 8 pagi. Belom makan apa2 lagi kan. Mesti la lapar.. Sape yg bangun pagi kenyang?
Bongok sunggoh!

Kesimpulannya: Tak payah diet la... Manusia bodoh pikir diet tu bermaksud TAK MAKAN APA-APA SELAMA BERHARI-HARI SAMPAI KURUS BARU BOLEH MAKAN.

Walhal diet bermaksud: MAKAN SEIMBANG DENGAN KUANTITI YANG MENCUKUPI DAN TIDAK BERLEBIHAN SERTA ELAKKAN MAKANAN MANIS.

Tapi utk orang bodoh, definisi ni di repharase kpd MAKAN KARBOHDARAT, PROTEIN DAN SAYUR. MAKAN SIKIT-SIKIT TAPI BANYAK KALI. MINUM AIR MASAK BYK2 DAN ELAK MINUM MANIS SERTA JUNKFOOD.

Ada ke definisi tu cakap JANGAN MAKAN PAGI, JANGAN MAKAN NASI ATAU BAGI LAPAR SAMPAI MATI?
Takde kan..?
Awak ni orang dari planet mana...???????


Tak faham...

Salam...

Sebenarnya saya tak faham kenapa orang tak nampak ape silapnya kerajaan yang memerintah sekarang...
Saya betol2 tak faham...
Saya cuba gak tengok apa yang buat diorang buta, tapi tak nampak la....
Kenapa ek...?

Berita kat TV dah terang2 memfitnah...
Kata2 best yang dilaung2kan oleh para menteri umpama tin kosong, takde fakta...
Bagi BR1M yang menelan belanja berpuluh2 juta; tapi pendidikan percuma tka bole bagi (kos pendidikan cuma kira2 5% dari bajet yang diumumkan setiap tahun...)
Bas2 yang muncul ntah dari mana bawak masuk para pengundi yang entah dari mana...
Undi rosak yang terlalu banyak (sape la yang beratur panjang2 semata2 nak buat satu pangkah pastu nak pulak rosakkan undi tu. Baek takyah datang memangkah..)
Pendatang haram yang dapat pengampuan (pemutihan pati) secara besara-besaran tetibe..
Pendatang asing yang dapat myKas sebagai penduduk sementara (yang akan ditukarkan kpd penduduk tetap)
Kes pembunuhan altantuya yang macam semua orang pun tau sape yang bertanggungjawab tapi semua sudi dengan rela hati menyembunyikan manusia tersebut...
Manusia yang tak habis-habis ucap terima kasih BN kerana bina sekolah la, masjid la macam2 benda satu Malaysia la.. Come on la... Duit tu semuanya duit cukai yang kita duk bayar tiap2 tahun, tiap2 kali makan kfc; bukan duit tabung kebajikan dari ahli BN yang dorang kumpul utk bina semua tu... Para menteri tu pun dapat gaji yang besar, umah free, kereta free, elaun berlambak2, nak melancong dgn alasan urusan negara free, dapat tender yang sendiri bagi kat diri sendiri dan anak2 syarikat keluarga dna kawan masing2; dan bagi sedekahkan kita ciput supaya kita bersyukur pastu ungkin\t2 macam sedekahkan kita duit simpanan mereka...

Kelakar la...
Dorang tak nampak ke...?

Saya betol2 tak faham... -___-"

Ya Allah....

Salam...

Sebenarnya hati ni ikhlas...
Tapi selepas dikhianati, diperbodohkan, dipergunakan, keikhlasan tu hilang sedikit demi sedikit...
Selepas sedar betapa hati kita yang baik ni hanya diambil kesempatan oleh orang yang bermuka2 yang hanya muncul tatkala ingin berkongsi kesusahan; dan langsung melupakan tatkala peroleh kesenangan; sedikit demi sedikit hati ini mula sakit...
Selepas segala tenaga dan ilmu dikongsi untuk memudahkan dna tiba masa kesusahan yang datang melanda dan bantuan diperlukan, kita langsung tidak diendahkan malah dihalau oleh mereka yang pernah bergelar sahabat, hati ni mula berasa dendam...
Kemudian muncul lagi manusia yang seakan2 sejarah hitam tu, hati terus berasa curiga namun dibuang jauh2 prasangka itu dengan memujuk hati, "bukan semua manusia begitu."
Apabila pisang berbuah 2 kali; ia tidak hanya berhenti di situ..
Ia terus berbuah 3, 4, 5 6 dan seterusnya sehingga hati ni semakin hitam akibat rasa sakit akibat luka yang dalam yangterus menerus dihiris...
Kini hati sudah lupa wajah ikhlasnya dan kepercayaan tidak lagi wujud...

Dunia ni hanya satu mimpi...
Segala-galanya ini tidak benar-benar berlaku...
Ia hanya satu perjalanan yang penghujungnya ialah mati...
Dua buah buku akan ditimbang, dan yang lebih berat itulah destinasi terakhir...

Yang mana harus aku nikmati?

Perjalannannya...?
Atau destinasinya...?

Destinasi yang indah; adakah mungkin perjalanannya indah..?
Perjalanan yang indah, adakah destinasinya juga indah...?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

Ya Allah ya Tuhanku...
Saban hari Iblis membisikkan kata2 sesat di telingaku agar hilang kepercayaanku pada-Mu ya Allah...
Dalam keadaan yang sangat getir ini, AKU MAHU PERCAYA yang Kau memerhatikanku dan melihat kesabaranku menghadapi ujian-Mu ini...

Ya Allah...
Adakah aku sombong kerana tidak berdoa kepada-Mu...?
Sesungguhnya aku berasa malu...
Malu untuk menadah tangan dan meminta sesuatu dari-Mu kerana selain cinta aku kepada-Mu; .tiada apa2 juga yang kurang yang tidak Engkau berikan kepada aku...

Ya Allah...
Aku hanya meminta, kau selamatkanlah aku dari diri aku sendiri...

Amin.....
Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers