Ya Allah....

Salam...

Sebenarnya hati ni ikhlas...
Tapi selepas dikhianati, diperbodohkan, dipergunakan, keikhlasan tu hilang sedikit demi sedikit...
Selepas sedar betapa hati kita yang baik ni hanya diambil kesempatan oleh orang yang bermuka2 yang hanya muncul tatkala ingin berkongsi kesusahan; dan langsung melupakan tatkala peroleh kesenangan; sedikit demi sedikit hati ini mula sakit...
Selepas segala tenaga dan ilmu dikongsi untuk memudahkan dna tiba masa kesusahan yang datang melanda dan bantuan diperlukan, kita langsung tidak diendahkan malah dihalau oleh mereka yang pernah bergelar sahabat, hati ni mula berasa dendam...
Kemudian muncul lagi manusia yang seakan2 sejarah hitam tu, hati terus berasa curiga namun dibuang jauh2 prasangka itu dengan memujuk hati, "bukan semua manusia begitu."
Apabila pisang berbuah 2 kali; ia tidak hanya berhenti di situ..
Ia terus berbuah 3, 4, 5 6 dan seterusnya sehingga hati ni semakin hitam akibat rasa sakit akibat luka yang dalam yangterus menerus dihiris...
Kini hati sudah lupa wajah ikhlasnya dan kepercayaan tidak lagi wujud...

Dunia ni hanya satu mimpi...
Segala-galanya ini tidak benar-benar berlaku...
Ia hanya satu perjalanan yang penghujungnya ialah mati...
Dua buah buku akan ditimbang, dan yang lebih berat itulah destinasi terakhir...

Yang mana harus aku nikmati?

Perjalannannya...?
Atau destinasinya...?

Destinasi yang indah; adakah mungkin perjalanannya indah..?
Perjalanan yang indah, adakah destinasinya juga indah...?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

Ya Allah ya Tuhanku...
Saban hari Iblis membisikkan kata2 sesat di telingaku agar hilang kepercayaanku pada-Mu ya Allah...
Dalam keadaan yang sangat getir ini, AKU MAHU PERCAYA yang Kau memerhatikanku dan melihat kesabaranku menghadapi ujian-Mu ini...

Ya Allah...
Adakah aku sombong kerana tidak berdoa kepada-Mu...?
Sesungguhnya aku berasa malu...
Malu untuk menadah tangan dan meminta sesuatu dari-Mu kerana selain cinta aku kepada-Mu; .tiada apa2 juga yang kurang yang tidak Engkau berikan kepada aku...

Ya Allah...
Aku hanya meminta, kau selamatkanlah aku dari diri aku sendiri...

Amin.....

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers