Maghi la Abe Wei....

Salam,

Baru2 ni (dlm sebulan dua ni la) aku perasan sesuatu yg tak pernah berlaku di kampungku sepanjang 25 tahun aku hidup di sini. Iaitu pada waktu malam satu kawasan yg bersebelahan dengan jambatan kecik tu, dikerumuni oleh manusia2 yg bersesak2. Setiap kali aku lalu ngn kete seolah2 kedengaran org sedang membicarakan sesuatu melalui microphone. Pada awalnya aku pikir org jual obat atau ada pertunjukan ular ke, apa ke... Tapi hampir setiap malam org rmai bersesak kat sana... Ini menimbulkan tanda tanya di pikiranku...

Kelmarin, lepas antau adik2 ke umah, aku pn singgah jap kat sana. Org rmai, jangan cakap la... Kereta penuh je kat depan tu sampai terpaksa aku parking jauh la jgk dr spot terbabit. Kete2 yg parking kt situ plk, kebanyakannya buatan bukan Malaysia dan mahal2 plk tu. Dan dari mata kasarku yg ternyata rabun teruk di sebelah kanan dan perfect view di sebelah kiri; rata2 yg mengunjungi tempat tersebut ialah para nelayan yg berasal dari negeri sebelah dan negeri yg sebelah kepada negeri sebelah terbabit (aku takmo sebut negeri apa sbb aku tak bias).

Dlm perjalanan tempat parking kete ke lokasi yg disebutkan tadi, aku dgr suara pompuan nyanyi lagu dangdut dgn loghat sebuah negeri yg suka sgt lagu dangdut. Sampai2 je aku tepaksa berasak2 ngn org rmai yg dtg dulu sebelum aku. Dari celah2 org rmai dapat la juga aku nengok apakah yg menjadi tumpuan rakyat jelata.

Astraghfirullahalazim... Apa yg aku nampak?
Dua org anak dara (tak pasti la masih dara ke tak) tgh pegang mic nyanyi lagu dangdut di atas tikar mengkuang yg dihampar atas tanah.

Sorg tu kurus, ikat rmbut, mekap tebal cam pondan kt lorong blakang Jalan Gambut. pkai blaus ketat, skirt cukup2 utk tutup spender, n pkai sluar ketat sendat smpai paras lutut.
Sorg lg badan gempal, rmbut mengerbang, mekap cam pondan jgk, blaus ketat dan skirt atas lutut, x pkai sluar. Mereka berdua nyanyi dangdut sambil menggoyang2kan bontot smbil disahut dgn sorakan para penonton yg rata2nya satu negeri dgn mereka (yg kebanyakannya pakcik2 termasuk yg membawa isteri dan anak2)...


Sorg pakcik yg berdiri di depan aku tetibe angkat anak dia tinggi-tinggi supaya anak lelakinya yg dlm lingkungan lima tahun itu dapat melihat kakak2 tersebut menggelek2kn bontot di khalayak ramai yg seusia dgn bapanya itu....

Dalam hati aku berkata, maksiat apakah yg perantau2 bawa ke kampung aku ni? Dah tak boleh nk wat konsert kt negeri dier, kampung aku yg suci dan kecil ini dijadikan tempat untuk memuaskan nafsu berhibur mereka. Dan subjek utama ialah nyanyian gadis2 muda. Dan dgn rela gadis2 ini mendedahkan keindahan diri di hadapan lelaki2 yg bukan muhrim ini. dan dgn rela istri2 mereka turut serta malah didedahkan pula kepada anak2 kecil yg tak tau apa2....

Kejap je kat situ, aku dh rasa cam berada di sarang maksiat. Perotku memulas2 dan tekakku loya nk muntah. Seminit selepas melihat kejadian itu, aku mengangkat kaki beredar dari situ, meninggalkan perantau2 bersuka ria bergelumang maksiat.

Hati kecil ku cukup terluka melihat perkara ini di kampung kelahiranku sendiri....

Dimanakah pihak berkuasa?
Tidak mahukah mereka membanteras gejala ini?
Atau adakah mereka menganggap ini bukan apa2 pun, hal kecik je nk kecoh?

Betul ke ni hal kecik?

Aku pn dh hampir tidak dapat membezakan yg benar dan yg batil...
Semoga Allah akan sentiasa melindungi hati dan fikiranku dari syaitan yg menyesatkan...

Amin...



2 comments:

  1. walaweh.. biar btol! minah indon eh? ke bapok2 tu?

    astaghfirullah al azim.. skiamat dah dekat~

    ReplyDelete
  2. Bukan Indon...
    Tp negri di Malaysia yg paling atas sbelah kanan...

    P/S:aku x bias mane2 negi ek... Hanya bercakap mengenai hakikat...

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers