Menegangkan Kulit Muka
Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di
sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan
kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.
Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.
Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan
keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghaluskan Kulit Muka
Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa
ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.
Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah
tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong
ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka
yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas
minit. Selepas itu barulah dibilas.


Menghaluskan Kulit Badan
Petua 2 : Kisarkan dua biji kelapa dan tuangkan ke dalam bekas
mandi. Berendamlah di dalamnya selama 15 minit. Gosokkan badan anda
dengan santan dan hampas kelapa itu. Amalkan petua ini seminggu
sekali untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus.


Menghilangkan Bau Badan
Petua 1 : Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian
makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Petua 2 : Ambil beberapa helai daun limau nipis yang masih muda,
tumbuklah hingga hancur. Kemudian, gentel-gentelkan kecil-kecil
supaya mudah ditelan. Telanlah 3 kali sehari.

Melembutkan Rambut
Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.
Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan
lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika.
Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga
halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan
seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda
lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.

Menghilangkan Parut
Petua 2 : Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk
ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk.
Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut.
Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur
hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik
hitam dan jerawat di wajah.
Petua 3 : Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan
sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg
berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu
malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan
parut.
Petua 5 : Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.
Petua 6 : Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang
putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan
dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan
kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah
itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan
mendapat hasil yang memuaskan.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan
rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan
rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu,
petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Menanggalkan Daki Pada Badan
Amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan badan untuk
menanggalkan daki dan sisa kotoran terutama sekali di bawah ketiak,
leher dan di pangkal paha. Untuk kaki yang kasar dan pecah, hampas
kelapa perlu dibungkus dan gosokkan tumit ke atasnya.

Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah
Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg
berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap
hari hingga tumit sembuh semula.
Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg
kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit
kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok
tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama
beberapa minit.


Mencerahkan Ketiak
Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba petua ini. Campur
sedikit kapur sireh bersama perahan limau nipis. Sapukan pada ketiak
setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan
cerah dan tidak berbau lagi.

Menghilangkan Bulu Ketiak
Petua 1 : Langkah pertama ialah dengan mencabut bulu ketiak
keseluruhannya. Kemudian, ambil ibu kunyit dan celupkan ke dalam
kapur sirih dan gosok pada ketiak. Kemudian basuh. InsyaAllah dgn
cara ini, bulu ketiak akan hilang.
Petua 2 : Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus. Gaul
rata dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah
bercukur, setelah disapu beberapa kali ia akan berhasil.
Petua 3 : Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur
barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak
setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur
dengan sendirinya.

Menghilangkan Bau Ketiak
Petua 1 : Ambil hampas teh dan garam halus. Campurkan kedua-dua
bahan ini dan sapu pada ketiak. Ia hendaklah dilakukan 2 kali
seminggu.


Mengilat Kuku Kaki
Petua 1 : Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada
kuku kaki sehingga kelihatan berkilat. Buat sekerap yang anda mahu.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan
pada muka dan seluruh badan. Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan
harum.

Mencantikkan Kulit Muka
Petua 1 : Sapukan putih telur ke muka anda dan biarkan selama 10
minit. Cuci dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.
Petua 2 : Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan
basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih. Lakukan
sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.
Petua 3 : Amalkan mencuci muka setiap pagi dengan daun teh yang
sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka anda, 10 minit kemudian
cucilah dengan air bersih.

Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir

Caranya
:Perah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau
sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir. Selamat mencuba

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke
tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Mencantikkan Kuku Tangan dan Kaki
Letakkan 5-10 asam keping dan garam halus ke dalam sebesen air suam.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian, rendam tangan atau kaki anda ke
dalamnya selama 20-30 minit . Amalkan sebelum anda masuk tidur.
InsyaAllah kuku anda akan kelihatan cantik.

Mengatasi Bulu Roma Lebat
Jika anda mengalami masalah bulu roma yang lebat tentu anda risau
dan tidak selesa, terutama bagi kaum wanita. Untuk mengatasi masalah
ini, sediakan 2 sudu besar air limau nipis, campurkan dengan sedikit
gula pasir, kacau hingga sebati. Setelah itu sapukan pada badan yang
ditumbuhi oleh bulu roma itu, biar kering di badan selama setengah j
am setelah itu barulah dicuci. Lakukan cara ini sekali sehari.
Insya-Allah bulu roma anda akan gugur

Memerahkan Bibir
Petua 1 : Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk
tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti
memakai gincu.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers