Orang yang MEnyusahkan...


Salam..

Jom aku bg contoh manusia yg menyusahkan..

Situasi : Aku ada 2 buah homestay yang jauhnya 15 minit dari rumah dan 15 minit dari bandar Kuantan.

Pada suatu malam iaitu pukul 11.59 malam, Encik J tepon aku untuk booking homestay pada hari esok petang. 
Esoknya pada pukul 2 ptg, beliau tepon aku bagitau dia bertolak pukul 4 ptg dan sampai selepas dlm 7.30mlm.

Malam tu pukul 8 dia masih tak kol, tapi aku pun bertolakjuga la ke homestay tu. Pernah ada guest yang bila dah sampai depan rumah baru tepon, jadi terpaksa la tunggu 15 minit pula untuk aku sampai. Sbb taknak susahkan orang aku pun mesti la sampai sana dulu sebelum guest sampai...

Aku stop makan murtabak kat area situ. Pukul 9.20 mlm baru Encik J kol. Beliau baru sampai Kuantan dan nak pergi dinner dengan Dato' dulu, jadi lewat baru nak pi umah. Beliau minta aku hantarkan kunci kat dia sebab taknak susahkan aku tunggu lama-lama.

So, aku pun patah balik ke bandar KUantan utk anta kunci kat bandar tu. Kat Restoran Horizon, sebelah Kemaman Kopitiam. 

Sampai kat sana, dia terus minta kawan dia bayar dan amik kunci dengan muka sombong. Aku rasa pelik gak. AMik kunci ni tau ke katne umah. Dia cakap, "Tau, kat Tanjung Lumpur." 
"Bukan, kat SUngai Soi," aku betulkan. Kemudian dia bagitau ,"TAkpe. Saya ada kawan orang Kuantan".

Gasak kau la. Aku pun minta diri. Tanpa pandang aku, dan tanpa senyum, dan tanpa ucap TQ, dia terus je dia masuk ke dalam restoran semula... Wah, berlagaknya... Apa kejadahnya nak berlagak...

Aku balik umah dan dengan happynya amik gambo2 keychain yg baru siap tu...

Pukul 11.07 malam Encik J kol. Dengan lemah lembut dia minta aku tunjukkan jalan ke homestay. Pulak dah. Tadi cam terer sgt. Aku tanya sama ada nak aku bg direction atau nk aku bawa dorang ke sana. Of course la nak suruh aku bawa kan...
Dia minta jumpa kat CIMB, aku refuse. Jumpa kat Tunas Manja Tanjung Lumpur lagi senang...

Sampai Tanjung Lumpur, aku nampak dia merokok kat luar kete. Bila nampak aku, terus je dia masuk dlm kete. APa ke hal la mamat ni. Awat tak bertegur sapa ngn aku dulu... 
Memandangkan aku ni mmg teruk aku pun terus je jalan, tak tegur juga..

Tgh jalan tu Encik J kol minta aku stop sbb nk tunggu 2 keta lagi...
Okey, kalo nk tggu member awat tak tegur time aku turunkan cermin kete...

Pastu sambung jalan...
BAru 5 minit kemudian, dia kol lagi tanya, "Jauh lagi ke..."
Dalam 1km lg...

Sampai kat homestay, Encik J wat muka sombong je ngn aku...
Dan bila aku minta diri, dia takde respond. Pandang tempat laen cam tak kenal aku plk...
Takde pun cakap TQ ke (sbb aku sudi hantarkan kunci dan sudi datang semula tunjuk jalan. Cma bodo je. Baek takyah bg kunci) , senyum ke, atau at least cakap OK...

Tapi ada sorg pakcik ni senyum kat aku. AKu minta diri, then dia cakap OK dan angguk...
Ha...
Susah ke nk bagi respond macam pakcik tu buat...

Then aku pun blah...

Let me explain:
1. Check-in umah kul 1 pagi tu BUKAN menyusahkan... Ada gak guest yg check-in kul 3 pagi and still tak menyusahkan..
2. Minta tunjukkan jalan tu TIDAK menyusahkan. Ia dah tanggungjawab tuan rumah..
3. Minta hantar kunci pun TIDAK menyusahkan, malah memudahkan tuan umah...

Yang menyusahkan ialah. 
1. Janji nk jumpa kat umah, tetiba minta anta kunci kat tempat laen plk
2. Suruh anta kunci dan berlagak cam tau je katne umah tu...
3. Konon suruh hantar kunci sbb takmo menyusahkan, tetiba kol kul 11 minta tnjuk umah pulak...
4. Buat muka tak bersalah dan berlagak tak pasal2.Dan aku tak nampak 1 pun sebab utk beliau berlagak..
5. Tak ucap terima kasih pun setelah deal; dan tak ucap sama-sama pun  selepas aku ucap terima kasih...

The Best Solution sekiranya Encik J tu waras..
1. Bagitau nk chek-in kul lewat mlm (mcm guest lain buat); atau
2. Discuss ngn aku schedule dia n leh aku suggest pilihan yg ada- cam guest lain buat.. (dan tak perlu aku abeskan waktu dgn sia2 semata2 nk tggu dia yg tak muncul)

Apepun, aku tak marah kat Encik J.
Aku rasa nk gelak je sbb dia nampak cam rusa masuk kampung...
MAybe ni 1st time jumpa Dato' kot...

Takpe la..
Dimaafkan...

Dan sebenarnya, ENcik J ni bukan menyusahkan...
Cuma dia tak pandai berkomunikasi dan jenis tak nak bincang...
Wat keputusan sendiri dan keputusan tu pula bodoh dan menyusahkan..
Apapn, Encik J boleh terus maju jika boleh belajar berkomunikasi dan belajar senyum n ucap TQ pada orang laen...

Dalam byk2 guest, guest yg paling aku suka ialah guest yg berpelajaran..
Sebelum bertolak dia inform, sampai Gambang dia inform dan minta direction...
Sampai umah, dia senyum dan bagi salam... 
Bila aku minta diri, dia ucap TQ...
Setengah jam sebelum check-out dorang inform...

Susah ke nak beradap...
Kene masuk kursus ke baru pandai beradap...

Wassalam...



1 comment:

  1. AKu ada 2 sikap buruk yg menyusahkan orang...

    1. Bila nk menulis, tak tau nk tulis apa...
    2. Bila dh start menulis, tak tau nak stop camne...

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers