Bebel tak Abes2,,,

Salam...

Jo ada masalah fluctuated feelings...
Dan aku pulak tak dpat nk komen ape2...
Sebabnya aku tak pernah berada dlm situasi beliau skrg...
Jadi aku tak rasa aku ni layak komen ape2...

Camne nk bagitau seseorang tu, "Dun worry, everthing's gonna orait.."
Sedangkan aku sendiri tak pasti adakah ia akan berakhir dgn baek...

Apapun aku teringat kat salah satu citer sorg wanita jumpa Rasulullah dan tanya tentang kewajipan seorang isteri... Dan Rasulullah menjawab bahawa walau suami tu seteruk mana pun, sejahat mana pun, sefasik mana pun, isteri tetap mesti mentaatinya dan mendampingi walau ia sgt pahit (of course la asalkan tak melanggar akidah n hukum Allah)...

Dan perempuan tu cakap, "Klao gitu baik aku takyah kawen.... Wat susah idop aku jer.."
Dan Rasulullah berkata, "Berkahwin la, kerana itu lebih baik..."

Dan ayah penah cakap,"Walau seburuk mana pun suami awak sehingga awak menanges setiap hari, tapi awk tetap memelihara hatinya, maruahnya, anak2nya, perutnya dan tempat tidurnya; maka awk akan beroleh syurga"

Memang betul...

Salah satu short-cut utk masuk ke syurga ialah dgn mentaati suami...
Dan bukankah itu tujuan kita hidup...
Utk mengharungi dunia yg teruk ni lalu dihisabkan sama ada kita layak ke syurga atau neraka...

Sebenarnya aku nak sgt masuk syurga, tapi aku tak cukup baik utk ke syurga...
Sebab tu aku nk suami cepat2...
Aku nak mentaatinya dan membahagiakannya supaya aku dapat masuk ke syurga...

Kalo aku citer ni kat org lain, mesti seme gelakkan aku sbb kata2 aku ni cam budak tadika...
Tapi tu la hakikatnya....
PAstu aku nk lahirkan anak...
Kalo aku mati time lahirkan anak tu, dapat la aku syahid.. Dan akan ke syurga,,,
Dan aku nk anak ramai, supaya kalo ada sorg darinya adalah anak yg soleh dan sentiasa mendoakan aku, bermakna aku dah ada salah satu harta yg dibawa ke mati...

Tapi aku selalu terbayang2 yg aku sebenarnya tak ditakdirkan berkahwin sbb aku selalu ada masalah cepat bosan ngn pasangan aku... Last2 aku buat hal dan dia tinggalkan aku.. Pastu aku rasa lega sbb dier pegi..Pastu aku rasa rindu pulak sbb dier pegi terus tak kembali lg.....

Mungkin ni la yg dinamakan Perempuan Gila....

Sejak akil baligh aku selalu kene tindih....
Umah yg aku tinggal ni ialah umah yg dibina sebelom zaman jepun lg,,,,
Dan bilik aku duk dr kecik smpai skrg ialah bilik org berubat utk buang makhluk halus yg merasuki badan ahli keluarga aku sejak zaman dulu lagi...

Time akil baligh tu aku selalu sgt kene tindih kaw kaw pnyer,,,
Smpai aku takot tdo malam..
Yg aku perasan aku kene tindih kul 3 pagi...
Dan yg best kalo aku masuk tdo kul 11, jgn harap dapat tdo smpai kul 3 pg tetibe mengantok macam haper jer..
Pastu kene tindih...
Suka sangat la "dorg" tu tindih aku....

Time matriks lecturer science aku cakap takde term kene tindih.. Itu namanya mati otot...
Sebab time tu otak berfungsi dan hantar maklumat supaya otot bergerak...
Tapi akibat kepenatan atau faktor2 lain, otot tak dapat terima maklumat tu..
Tu pasal tetiba kita rasa badan takleh gerak langsung....
So takde kene mnegena ngn makhluk halus...

Aku tak obses ngn makhluk halus...
Tapi aku tau beza kene tindih dan mati otot sebab aku penah mengalami kedua2nya....
Mati otot bila aku tertido akibat kepenatan... Pastu bila bangun dlm keadaan terpaksa macam tetiba terinagt nk siapkan sesuatu e, tetiba badan takleh gerak langsung... Time ni biasanya aku akan tergigit lidah., Tak tau la nape jadi camtu.. Dalam 19 mnit gak la paralized tu...

Tapi kene tindih tak serelax tu...
Tiba2 ada suara mengulit kat telinga, kalo pasang radio, time tu gelombang radio jadi lain macam...
Slow2 badan kebas dari hujung kaki ke atas... Dan rasa cam ada mebde2 merayap naik ke badan...
Kalo cuba ut buka mata time tu, sekeliling masih lg tempat g aku tdo; tapitetiba ternampak sesuatu yg sebenarnya takde pun dlm bilik tu,,,
Kadang2 mende tu bergerak... Kadang2 ia statik dan kadang2 ia beralun2...

Time tu ayat kursi pun tak ingat dah camne..
Mungkin sbb aku bukan org yg beramal, jadi cepat je lupa time2 panik gini....

Apepun, skrg aku dah tak kene tindih dah.,...
Sebab aku dah terim ahakikat yg umah aku ni mmg berhantu...
Ibu cakap, sbb tu la kami tak rasa seram sejuk atau meremang cam org lain bila lalu kat tempat yg keras,,,
Sebab umah kami ni dah keras...

ayah penah sebut yg aku ni ada pendamping...
Kalo dah kawen nnti susah sket sbb pendamping tu cemburu..
Selama ni aku tdo sorang, lps kawen tdo ngn suami la kan..
Pendamping tu akan buat aku rasa benci pd suami dan akhirnya berpisah,...

AKu gelak2 je time ayah citer tu.,..

Tapi skrg aku tak gelak dah.....

Sebab aku perasan yg semua org yg penah jadi kawan baik aku, akhirnya kami gaduh dan aku bencii dorang tahap takleh tgk bayang dorang langsung...

Dan setiap kali ak ada hubungan ngn lelaki, lama2 aku naik bosan dan menyampah kat dorang...
Pastu lama2 aku rasa benci sgt walaupun hanya ada sedikt je masalah...

Sebenarnya ak takm percaya ngn kata2 ayah,,,
Tapi ada waktu kata2 tu bermain2 dlm pikiran aku,....
Nak2 bila aku berpisah ngn org yg paling aku sayang...

Kalo ikotkan ati, aku mmg takmo kawen sbb aku tak pandai sesuaikan diri ngn idop org lain...
Ayah pun penah cakap aku mmh susah nk masuk idop org..
Sbb aku berfikiran bebas dan tak ikot normal masyarakat...
Aku selalu ikot logik dan emosi dan tak fleksibel....

Tapi kalo ikotkan hati juga, aku nak kawen...
Sbb aku nak dicintai....
Dan aku nak mengandng dan timang baby..
Pastu aku nk seorang atau beberapa org manusia yg separuh genetiknya adalah milik aku..
Dan aku nk muka dorang ada iras2 aku dan iras2 lelaki yg aku cintai...
Aku nak,....

Aku harap ia tak mustahil....

Amin.....

Skrg aku tak tau nk letak tajuk apa utk entry ni...
Bebel tak abes2 iaah yg paling sesuai....

4 comments:

  1. sy rasa awk ni kena gi kepada perubatan islam sebelum kawin..tak kawin pun kena jugak pegi ni. sebabnya bahaya jika betul ada pendamping.kalu ada, buang sekarang agar tak nyusahkan hidup kita kelak...ni cadngan sy..sebab kwn sy salah seorang pengamal perubatan islam...dan bahayanya tu bila dah kawin, tak dpt anak sebab dalaman rahim dah ditutup.dan bila nak 'bersama' dengan suami, jadi tak boleh.sebab dah ditutup pintu nafsu tu...alhamdulillah skarang ni dah boleh dah.sebab dah berubat dengan perubatan islam.

    bahaya benda2 ni...effect sekarang dan kelak di masa dpan..

    p/s : ini cdgn sy...cdgn dari seorang shbat.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Yeke... Takot la pulak... Aritu ada org offer nk check kalo ada jin dlm badan n minta sy contact dia blk.. Tp sy takot la pulak kalo betul2 ada... Nmpknya sy kene contact dier jgk la kot...

    Mekasih Sahabat... ^__^

    ReplyDelete
  3. a'ah..kena jugak buat dari sekarang...nanti dia effect rumah tangga...sangat2 bahaya.. =_= pengalaman depan mata sendiri, disebabkan jin, suami isteri bercerai, yang kawan sy ni, tak bercerai lagi sebab dapat diselamatkan..alhamdulillah...ada lagi...kalu nak lagi cepat, tengok kat bawah ni. ini email dari pihak perubatan islam Zamdurrani yang diasaskan oleh ustaz sharhan safie tu.

    kami sarankan utuk yang pertama kali berubat sila hadir
    untuk sessi kaunseling dan perbincangan (MENGETAHUI PENYAKIT
    SCAN AKAN DIJALANKAN) boleh hadir ke pejabat
    urusan kami di 12-1 dataran velodrom bandar tun razak cheras (berdekatan
    dengan down town cheras dan restoran hassan ayam kampung.) SETIAP HARI
    RABU DARI 11am - 6pm. pada hari isnin - jumaat 11am - 6pm (bersama
    pembantu kanan ustz sharhan dan selepas itu akan di beri appointment
    bersama ustz sharhan.) harap maklum dan sabtu dari
    11am - 4pm (jualan produk dan appointment).(kos pendaftaran RN15 di
    cheras)


    Harap maklum : (Jika datang terus ke pusat rawatan utuk rawatan di USJ21,
    perbincangan agak sukar dilakukan kerana jumlah pesakit yang terlalu
    ramai. Kami mahu pesakit berpuas hati dengan mengetahui sakit yang
    dialami dengan lebih terperinci.) Selepas itu baru boleh membuat
    appointment utk ke pusat rawatan. Appointment juga dilakukan di pejabat
    urusan.

    InsyaAllah appointment bersama ust. sharhan akan diberi pada setiap hari
    sabtu (tarikh yang ditetapkan sahaja) di USJ 21/11, subang jaya
    jam 9.30am - 5.30pm utk
    makluman semua mulai bulan may ini rawatan di adakan setiap hari sabtu pd
    waktu yang sama.

    2. Harap maklum. (JIKA PESAKIT TIDAK DAPAT HADIR SILA WAKIL HADIR(UZUR
    BERJUMPA DENGAN UST. BERBINCANG UTK MENGADAKAN RAWATAN DI RUMAH).JIKA
    PERLUKAN RAWATAN SECARA PERSONAL SILA NYATAKAN SEMASA PENDAFTARAN.(SUAMI &
    ISTERI)

    (SILA LAYARI
    LAMAN WEB KAMI DI
    www.zamdurrani.dumei.com

    p/s : sy harap maklumat ni dapat membantu naa...insyaAllah bila usaha dari sekarang, baru dapat tau and kesan..nanti kawin, and mati pun agak susah bila ada pendamping...tu je.. gi berubat naa... ^_^

    ReplyDelete
  4. Ok2... SY akan pi...
    Mekasih Cik Kembaq, sbb forwardkan maklmat berguna ni... Seram plk bila CIk Kembaq citer gitu...

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers