Salam,
Time mula2 start blog ni, sekadar suka2 je.
Tak pernah terfikir ada org boleh termasuk ke blog ni. Mcm blog syok sendiri la. Buka mcm2 citer padahal takde org baca pun.
Smpai skrg pun everytime post topik, tak check ada org komen ke tak. Tu pasal lambat je reply komen.
Dan tak faham knp org suka singgah2 blog orang laen tp tak baca pun blog tu. Dan semua org minta klik iklan. Mmg tak faham.
Kemudian, aku start buat blogshop dan dari situ la aku faham knp org blogwalking tanpa baca entry, knp org follow aku padahal tak pernah jenguk pun blog aku dan kenapa lepas dorang follow, dorg paksa aku follow plak... Mmg terkejut time semua org pun suruh follow. Dan bila aku tak follow, dorang stop following. Tak kesah la.. Bg aku, mmg takde sebab nk follow org kalo takmo baca blog dia...
Dan mula dari sini la aku start baca entry yg bagus2. Contohnya entry yg KOMPLEN:
- blogger yg buat blog syok sendiri dan tak memberi manfaat dan takda motif berblog
- blog yg guna shortform dan tak guna bahasa standard dan ayat tunggang langgang
- blogger yg tak ikot etika berblog (spt blog tak berilmu, blog marah kerajaan, blog citer pasal pi berkelah tadi, blog yg selalu tak update, blog yg tak share knowledge, blog yg asyik2 copy paste takde pun nak wat ayat sendiri, blog yg takde iklan, blog yg takde gambar, blog yg background hodoh, blog yg takde widget
- blogger yg tak reply komen
- blogger yg beratus2 follower tak reply komen takpe sbb tak larat
- blogger yg pos komen tapi bukan under application yg ditetapkan oleh blogger blog tersebut
- blogger yg spelling ada je typing error, tak profesional langsung.
Aku juga kagum dgn blogger yg selalu bagi nasihat kpd blogger lain supaya:
- selalu update entry setiap hari supaya traffic jam
- reply setiap komen supaya follower suka blog anda
- klik2 iklan supaya org lain pun klik iklan anda
- post entry yg bermutu, bukan sekadar tangkap muat sahaja
- blogwalking setiap hari dan spam shoutbox supaya org mai blog anda
- dan mcm2 nasihat berguna
Tapi aku juga tersangat2 kecewa bila blogger yg kuat komplen orang ni melakukan perkara berikut:
- keluarkan kenyataan yg dia tak pernah tgk dashboard (aka notification blog yg dia follow)- jadi apa point dia follow orang sana sini
- Dalam satu hari 10 kali update blog
- dan setiap blog yg diupdate tajuk power giler smpai aku tak sabar2 nk baca. Tp bila dh baca, tersangat la hampeh...
Cth:
Tajuk : Cara Menggunakan Aplikasi Googledotcom Untuk Pencarian yg Lebih Efektif
Caranya ialah anda buka link Google.com (search enjin) dan taip "Pembunuhan Sosilawati". Tekan Enter. Sekarang sila klik "image" dan anda terus nampak gambar pembunuh tu. Selamat mencuba...
Ya, info ni sgt berguna. Cuma ntah kenapa aku rasa kecewa....
- Ayat bukan maen lagi panjang dan skema dan bahasa yg tinggi, tapi isi ciput dan tak detail...
cth:
Malaysia adalah negara yg aman, harmoni, makmur dlm. Demi menjaga kedaulatan negara kita, integriti dalam menjalankna tugas dan tanggngjawab yg dipikul perlu la ada dalam jiwa rakyat Malaysia. Satu Malaysia adalah aspirasi yg menjadi nspirasi setiap rakyat, yg mengharapkan kemakmuran dan kemajuan yg pesat selaras dgn Rancangan Malaysia ke-10 utk mencapaikan Malaysia menjadi negara maju. Namun, aspirasi satu Malaysia ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa jati diri yg kuat dari rakyat Malayais sendiri yg masing2 mengharapkan kemajuan yg pesat dari sehari ke sehari. Sumbangan dari semua rakyat adalah amat perlu untuk memastikan Malaysia sentiasa makmur dan aman. Tanpa kerjasama rakyat Malaysia kemajuan yg kita impikan hanyalah angan2...
Ya, betul. Semua ayat di atas adalah betul dan sangat cantik. Tapi ayat berpusing2 dan takde satu point pun aku jumpa....
- Entry perangkap yg link kan nama2 terkenal (tak tau ape point letak link nama terkenal. Katanya cara ni boleh tarik trafik jam)
cth:
Untuk menjadi blogger yg bagus kita perlula mempunyai pengetahuan ttg apa yg kita blog kan spt blogger terkenal BenQ Sahari (link). Dan template yg menarik dan sedap mata memandang spt The Blue Papa (link). Selain itu follower yg ramai spt Sarjan (link) juga perlu. Untuk mendapatkan tips Cara dapatkan follower yg ramai, sila terjah ke blog Si Punai (link). Selamat Berjaya
Kemudian the next entry:
Saya sangat kagum dgn BenQ Sahari (link) krn beliau sgt berpengetahuan dlm apa yg beliau blog kan. Blog yg paling saya suka kunjungi pula ialah blog The Blue Papa (link) krn templatenya sgt menarik smpai rasa nk makan template tu. Sarjan (link) pula adalah blogger yg paling saya salute kerana follower beliau bagaikan batalion askar yg boleh serang Amerika. Tidak ketinggalan juga Si Punai (link) yg ada berkongsi cara2 dapatkan follower dgn ramai.
Mcm sama je dua entry yg sebelah menyebelah ni...
- Share resepi macam tak ikhlas.
Cth:
Cara Buat Kek Coklat
Pukul telur dan mentega hingga kembang. Masukkan gula dan tepung dan esen vanila. Masukkan serbuk koko. Bakar sehingga masak.. Selamat mencuba...
Komen : Langit - berapa sukatan mentega, telur, gula dan tepung....
Tak reply komen, terus ada entry baru...
- Buat kuiz tapi jawapan haprak...
Cth:
Soalan: Pada pendapat anda apakah hukuman yg wajar dikenakan kpd pembunuh Sosilawati...
Jawapan Langit : Dia bunuh org, so kene gantung sampai mati la yg paling wajar.
Skema Jawapan Dia : Pembunuh seharusnya ditangkap dan dibicarakan seadilnya kemudian hukuman yg setimpal dikenakan.. (Mana jawapannya...)
Pemenang : Kawan baik Dia...
Aku bukan nk ngutuk sape2 (takmo mengaku). Dan hal ni dh lama sgt dah berlaku sampai everytime tgk dashboard, penuh je nama dia dgn tajuk yg GEMPAK GILA BABAS.
Tapi entrynya ada la dua perenggan dan tetiba dah penutup.
Lepas komplen sana sini dan tnjukkan betapa hebatnya dia dlm dunia blog, tetiba keluar kenyataan yg tak serupa bikin (mungkin dlm tak sedar kot).
Apapun, korang jangan bimbang...
Korang bukan salah seorang blogger yg aku maksudkan...
Bloggers tu mmg tak pernah jenguk pun blog ni, walaupun aku adalah pengkomen kedua paling aktif dlm blog dia. (Pengkomen paling aktif mesti la kawan baek dia)..
At least blog dia jauh lebih baek berbanding blog aku ni.
Blog aku mmg tak mencapai piawai mana2 agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Tapi takpe, sbb blog aku mmg takde nilai komersial dan tak berminat utk mengkomersialknnya.
Tak pandai paksa diri update blog...
Ops... blog yg lag satu tu mmg nk komersialkan...
Tapi nk org masuk secara ikhlas... (Iyolah tu...)
Wassalam....
Setuju...tp itu mungkin cara dia menulis kot..dia suka orang tertanya2 so orang akan datang balik mencari jawapan..bila datang balik pun xde jawapan,so esok mesti datang lagi dan lagi dan lagi..
ReplyDeleteHuhu...
ReplyDeleteMungkin juga.. Dan aku la salah sorang mangsanya tu...
blog yg letak kuiz tu takleh blah... hahaha...
ReplyDeletehehe...aku pun selalu fiir camni...pasal tu kadang2 aku buat jgk...sebab baru aku tau kenapa dorang buat...
ReplyDeletejadi kalau aku pun buat...ko jgn marah tau...itu aku nak test ngan blog pemes...lawan keyword...hehe
Jo: Ha.. Jgn tak tau hadiah die bg topup RM30 kpd pemenang. Aku jwb punya la bijak, tp tak diterima sbb jawapan kena traf SPM. Jwpn taraf U tak diterima.. Sabor je la...
ReplyDeleteRio: Ko wat ape Rio.. Wlaupn ada cheat post, at least aku sronok baca blog ko. Nak2 yg citer kat pangkin feat. Pakcik Zack.. Dan ko pun mesra ngn peminat...
duss duss dusss.. heheh ada gak yg kena mengena dgn ciklinn nih... bagus2... info menarik kadang2 kita tak sedar kan... ok ciklinn cuba perbaikkkan mana yg salah nanti.. TQ na kerana saling mengingati..
ReplyDelete