Jangan Baca Jika Anda Gembira Dengan Hidup Anda....

Salam...

SOALAN:

Apa perasaan seorang anak apabila dia dapati ibunya seolah-olah menganggapnya sebagai satu beban dan menyesal kerana melahirkan anak seperti ini....

A. Rasa sedih dan sangat tersinggung. Menangis setiap hari dan membenci dirinya yang sangat menyusahkan itu.
B. Tak ada perasaan pun. Nasib ibu la kalau ibu nak rasa gitu.
C. Membenci dirinya sendiri. Lebih baik bunuh diri dari membebankan perasaan ibu.
D. Membenci ibunya kerana ibu yang tidak pandai mendidik dirinya supaya menjadi insan yang cemerlang, gemilang, terbilang. Jika ibu tak pandai mencorakkan kain putih tu, kenapa nak marah bila kain tu nampak hodoh dan memalukan.

JAWAPAN:

Jawapan yg logik dan sepatutnya : B - kerana tiada manusia yang sempurna.Seorang ibu mahukan anak yg sempurna dan dapat membanggakan dirinya. Seorang anak pula mempunyai karakter tersendiri dan tidak dapat memenuhi kehendak ibunya 100%

Jawapan aku secara jujurnya dari dalam hati: D - Masa masih rebung tak nak ajar. Suruh rebung tu fikir sendiri dan buat keputusan sendiri. Bila dah jadi buluh pun masih tak nak ajar. Asyik menyindir, padahal takkan tak tau anak dia ni tak paham org menyindir. Nak anak keje macam anak orang lain, bila anak keje ayah pula tak suka. Ayah suka anak berniaga. Bila anak nk mula berniaga, mak pula anggap anak ni beban sbb bisnes tak maju2. Macam mana nk maju, mak... Duit kedai semua masuk poket ayah. Anak kau ni gaji pun tak dapat. Bila anak nak kawen, ibu ayah tak berkenan sbb duda tua kaya. Bila tak jadi kawen, menyampah pula tengok anak di ni tak kawen2...

Ntah la mak. Aku tak faham apa kau nak. Sebenarnya aku faham. Kau nak aku keja pejabat macam anak orang lain dapat gaji bulan2 samapai usia anak kau ni 55 tahun. Tak pun kau nak anak kau ni kawen dan berambus dari rumah ni selama-lamanya. Tapi mak, anak kau ni tak nak dua-dua. Anak kau ni nak berniaga tapi tak bermotivasi sebab beribu2 gajinya dalam poket ayah. Nak minta memang tak sampai hati. Anak kau ni pun tak nak kawen. Dia cari duda tua tu pun sebab dah menyampah orang duk mengata. Tapi kau pula tak suka, mak. Orang muda mana nak kat anak kau ni. Anak kau ni pelik otaknya. 
Dulu tak jadi mati. La ni idop wat menyusahkan kau je, mak...

Sorry ye mak. Kalau kau saket jiwa, kau saket jiwa la sorang2. AKu tak larat nak nangis dah dengar kata2 pedih kau tu. Kadang-kadang aku pikir gak, camne leh munculnya anak derhaka. Agaknya apa yang berlaku sampai anak sanggup menderhakai emaknya...

Wassalam...

2 comments:

  1. Faham... dulu aku dlm kategori A. Skg aku dlm kategori B sebab aku dah bosan dengan hidup dan mak aku.

    ReplyDelete
  2. Aku pun tgh usaha jadi kategori. Tapi cam susah sgt la...

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers