Banned Statement

SAlam...

Kenyataan yg tak bole dikeudarakan kat FB...

Saya tak minat lelaki Melayu..
Sebab:

1. Mereka kolot
2. Mereka kuat menganjing
3. Mereka mengongkong
4. Mereka nak kita ikot cakap mereka walaupun apa yg mereka cakap tu sangat bodoh
5. Mereka tak bagi kita kuar umah selepas pukul 10 mlm, (walaupun mereka bawak kita keluar smpai pukul 4 pagi takpe.. dan kalo kita nak balik awal mereka akan merajuk...)
6. Mereka suka membanggakan diri, sampai bg seringgit kat beggar pun nk berlagak
7. Mereka bayarkan segala2nya pada awal perkenalan, pastu minta pinjam RM300 utk tukar tayar kete
8. Mereka nak kita layan mak mereka dgn baek.. (Hello, mmg la aku akan layan mak kau ngn baek, takyah suruh pun takpe..)
9. Mereka nk isteri yg berkerjaya, ada duit sendiri, keje government (supaya kita leh wat pinjaman kete, umah dan pinjaman peribadi utk tujuan modal perniagaan mereka)
10. Selain bekerjaya, isteri mereka juga mesti pandai masak, kemas umah, basuh baju, iron baju dan lain2 sebagainya supaya mereka tak perlu hire pembantu rumah.
11. Dan kalo bole, isteri mereka juga perku bijak supaya bole ajar anak2 dan tak perlu antar anak ke tusyen
12. Mereka tak kacak.

Walaupun tak minat lelaki Melayu, tapi jodoh aku mesti la dgn lelaki Melayu jugak..
T___T

Wassalam....

4 comments:

  1. SAYA!
    AKu sebut SAYA!

    Langit Pertama tak sebut saya...
    Asma je yg sebut saya...

    ReplyDelete
  2. Kes kecelaruan identiti versi apa lak nie? :P

    ReplyDelete
  3. Haha... Kes Kecelaruan Identiti versi ke 457... X__X

    ReplyDelete
  4. ooo...cenggitu eh...aku takde fb so tak tau nak komen apa...hehe

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers