Langit yg gundah gulana...

Salam...

Minggu ni aku menzalimi diriku sendiri... Tak perlu citer la apa yg telah aku lakukan ke atas diriku... Rahsia ni hanya aku dan DIa saja yang tau...

Ntah la... Camne ek...?
Aku rasa aku ni dh takleh diubati lagi...
Wlaupun aku sungguh nk jadi normal, tp payahnya Allah saja yg tahu...
Adakah aku tidak diberi cahaya oleh-Nya?
Ataupun syaitan dah bergayut2 keriangan di segenap celah hati aku ni?

Aku penat...
Kalo boleh aku nk dihidupkan kembali sbg baby dan start semula idup aku spy x byk dosa cam sekarang...
Tapi tak logik la kan...

Aku cemburu tgk org laen yg dilahirkan dgn didikan agama yg sempurna dari kecik lagi.
Aku cemburu tgk member2 aku pndai mengaji dan tajwid, sedangkan aku masih merangkak2 baca Quran... Baru 1 page dh penat terus tutup. Minggu depan pulak baca...

Adakah hati aku dh gelap?
Adakah tiada ruang utk aku kembali ke pangkal jalan....?
Dh macam2 aku usaha utk jadi Muslim yg berdisiplin...
Tapi dh tabiat kot... hangat2 aik ayam jer...

Malam2 aku nangis...
Aku nk sangat dikurniakan seorang suami yg dapat pimpin aku ke syurga...
Tapi lelaki yg mengejar syurga tak sudi nk pimpin aku...
Mgkin sbb muka aku takde cahaya syurga kot, so takde la dorang nak jatuh hati...
Manakala lelaki yg menuju ke neraka plk berebut2 nk tarik aku...
Semua aku tolak, dan aku lari dari dorang...

Tapi kenapa aku masih tak dikurniakan lelaki yg kuinginkan itu...?
Wlaupn aku sgt terdesak....?
Kenapa cam doa aku macam tak didengari jer....
Adakah cara aku berdoa dh salah...
Ataupun Allah pun malas nk amik peduli ngn orang yg hangat2 taik ayam cam aku....?

Jangan la...
Dh kat sape lagi aku nk nagis?
Kat sape lagi aku nk mengadu....?
Kat sape lagi....?

Sampai skrg pn masih belum kawin...
Org sekeliling tanyer, "Bila nak kawin? Awak yg memilih sgt. Xkan la xder org nk kat wanita cun cam awk ni..."
Rata2nya xde org percaya aku ni xder pakwe, Naper ntah...
Mmg takde, xkn la aku nk tipu.... kn...

Mmg la boleh amik sape2 yg ensem beratur nkkan aku...
Tapi layakkah mereka menjadi nakhoda idup aku...
Layakkah mereka utk aku taati, utk aku patuhi hingga ke akhir hayat aku?
Layakkah syurga yg selama ini berada di bawah tapak kaki ibu, tetibe beralih ke tapak kakinya...?
Layakkah dia menjadi contoh utk anak2 ku?
Layak ke lelaki zaman sekarang utk ku jadikan suami?

Takotnyer...
Bila pikir yg bekas suami adik aku tu kaki pempuan n slalu je tdo ngn mane2 pmpn yg dia nak...
Suami makcik aku pulak malas keje, so makcik aku yg tanggong keluarga. Siap bleh arah masak sedap2 lagi.
Makcik tempat aku keje pn suaminya x keje. Siang tdo, mlm kuar ngn member. Makcik tu yg buat 2 job siang malam nk besarkn 5 org anak. Naper tak cerai?? Pikirkan anak jawabnyer...
Mcm2 lagi la...

Bila dipikirn balik, perkahwinan ini adalah sesuatu yg sangat menakotkan...
Dan dalam usia 25 tahun, aku masih tak ready nk menghadapi ketakotan itu...
Tapi tanpa ikatan perkahwinan, idop manusia itu tidak sempurna...
Dulu aku terpinga2 dengar kenyataan itu...
Ape la yg tek sempurnanya...? Ok jer....

Tapi sekarang aku dh paham....
Aku dh faham kesunyian yg Nabi Adam A.S lalui di syurga suatu ketika dulu...
Kesunyian yang tersarang jauh di sudut hati, wlaupn dikelilingi kemewahan syurga...
Lalu Allah pun jadikah Hawa tdur kat sebelah dia. Bila dia bangun, dia terkejut dan serta merta gembira dan tak rasa sunyi lagi....

Tapi Nabi Adam A.S dan aku umpama langit dan bumi (...)
Dia manusia pertama yg dijadikan di syurga dan seluruh malaikat sujud kepadanya...
Aku pula hanya seorang manusia dalam kalangan jutaan manusia yg penuh dgn dosa dan noda..
Manusia akhir zaman pulak tu samapai kalam malaikat pn dan koktot menulis dosa2........

Tapi aku tak boleh sekali-kali ragu terhadap-Nya...
Mungkin ini hanyalah Qada' dan Qadar yg tertulis sejak ku azali lagi...
Mungkin Dia saje je nk test, ignore aku nk tgk aku tensen tak, nak tgk aku mengalah tak...

Ingat...
Kudrat aku adalah milik-Nya...
Akal aku juga milik-Nya...
Jadi, mungkinkah yang menaip ini bukan aku, tetapi Dia....?


5 comments:

  1. Perenggan yg last tu membuatkan roh aku bergetar....

    ReplyDelete
  2. aku pun tidak sempurna..
    aku pun tidak pandai..
    aku pun masih mencari cahaya..
    aku pun masih belajar memperbaiki diri aku..
    aku pun di timpa sejuta macam dugaan..
    tapi Aku tetap yakin dengan Allah..
    Moga Allah beri aku kebahagiaan satu hari nanti..
    ntah bila hari tersebut akan tiba tapi aku tetap yakin yang hari itu akan muncul..

    BIAR KITA TERSUNGKUR DI DUNIA TAPI PASTIKAN KITA TIDAK TERSUNGKUR DI AKHIRAT..
    BIAR KITA DI HINA DI DUNIA TAPI PASTIKAN KITA DI MULIAKAN DI AKHIRAT..
    BIAR PUN KITA TERSISIH DI DUNIA TAPI PASTIKAN KITA TIDAK TERSISIH DARI RAHMAT ALLAH DAN SYAFAAT NABI MUHAMMAD S.A.W DI AKHIRAT..
    BIARPUN KITA GAGAL DI DUNIA TAPI PASTIKAN KITA TIDAK GAGAL DI AKHIRAT..

    aku sahabat mu di dunia dan akhirat:
    ~~kachuu~~

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Taubat

    Taubat Yang paling utama dalam bertaubat adalah
    1. menyesali perbuatan,
    2. memohon ampun kepada Allah dan
    3. bertekad kuat tidak mengulanginya.

    Penyesalan yang dilakukan hendaknya didasari oleh perenungan yang mendalam dan membekas di dalam hati. Bukan sekadar keinginan sesaat yang kemudian sirna dan lenyap.

    Namun untuk kelengkapan taubat itu, ada hal-hal lain yang perlu diperhatikan agar menjadi taubat yang sebenar-benarnya.

    a. Keluar/Pindah Lingkungan Pergaulan Agar taubat itu jangan sampai terulang lagi dengan cara pindah dari suasana dan lingkungan yang selama ini memberikan peluang melakukan itu. Orang yang taubat harus hidup di tengah orang-orang sholeh dan selalu menjaga hukum Allah. Bukan lingkungan yang mendiamkan apabila ada kemungkaran dan kebatilan. Sehingga apapun yang dia lakukan, selalu ada orang-orang yang dengan ikhlas mengingatkan.

    b. Hilangkan Semua Memori Dan Kenangan Selain itu tentu saja orang yang taubat harus menghilangkan semua kenangan masa lalunya. Jangan diceritakan kepada sesiapapun juga. Allah yang telah menutupi aib itu semuga juga menutupi dosa-dosa sebelumnya. Dan mulai kehidupan baru yang lebih baik dan lebih islami.

    c. Kembalikan Hak Milik Orang lain Dan Meminta Maaf Khusus untuk dosa yang terkait dengan hak milik orang lain seperti dosa mencuri atau menipu dan merugikan orang lain, maka perlu permintaan maaf kepada mereka yang telah dizalimi itu. Hal ini mengingat bahawa hak orang lain yang telah diambil secara zalim itu masih tetap akan dituntut oleh pemiliknya kelak di akhirat. Bahkan seorang yang mati syahid sekalipun, tetap akan diminta pertanggung jawab urusan hutangnya yang belum selesai. Padahal orang yang mati syahid itu masuk syurga tanpa dihisab lagi amal-amalnya.

    d. Memperbanyak Perbuatan Baik Yang Lebih Besar Pahalanya Selain itu untuk `menebus’ dosa sebelumnya, sangat dianjurkan untuk menghapus perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik yang lebih besar pahalanya. Kerana Allah berfirman : ”Sesungguhnya amal baik itu menghapus amal yang buruk”.

    Misalnya dengan menyumbangkan harta yang besar untuk fakir miskin, atau membangun masjid, atau membangun madrasah dan lembaga pendidikan atau mewakafkan perusahaan yang produktif agar penghasilannya dapat digunakan untuk kepentingan umat Islam.

    ReplyDelete
  5. mungkin saya tidak mengenali anda,
    tapi Allah mengenali anda lebeh dari sesiapa pn
    di dunia ini.
    jangan berhenti percayakan Allah.
    atas apa yang berlaku,
    mesti ada hikmatnya..
    belajar utk sayang diri sendiri
    walaupn tiada sesiapa yg menyayangi anda.
    Allah sentiasa menyayangi anda.
    jodoh itu ketentuannya,
    sesiapa yang ditetapkan olehnya menjadi pasangan anda,
    itu lah pasangan anda.
    siapakah anda sekarang,
    adalah hasil percaturan hidup anda di masa dahulu,
    tidak perlu menyesal atas apa yg telah berlaku dahulu,
    perbaiki diri anda menjadi insan yang lebeh baek dari hari semalam.
    tidak fasih dan mahir dalam sesuatu hal,
    tidak menjadi halangan utk anda
    menjadi fasih dan mahir di masa akan datang....
    saya juga tidak sempurna,
    tapi kiter perlulah melakukan yg terbaek utk menjadi yang sempurna....

    hehe...dont stop n never give up...
    ~~sahabat ys~~

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers