Salam...
Kekasihku...
Aku nak tinggalkan ko...
Kerana aku tau ko berdusta...
Kerana aku tau ko mengelak setiap pertanyaanku...
Kerana aku tau ko keliru tentang perasaan ko terhadapku...
Kekasihku...
Aku nak tinggalkan ko...
Kerana aku tau ko dilema....
Aku muncul dikala ko kecewa...
Dan dia kembali tatkala ko bersamaku...
Dan cintamu padanya mula segar kembali...
Dan ko merasakan cinta ko terhadapku adalah satu kesilapan...
Kekasihku...
Aku nak tinggalkan ko...
Kerana aku mencintaimu...
Kerana aku mau ko bahagia...
Kerana aku takmo ko terus menipu lagi...
Terus mengelak lagi...
Terus susah ati lagi...
Aku mau ko kembali riang seperti mula2 dulu...
Kekasihku...
Aku takmo berteka-teki...
Walaupun ko taknak ngaku...
Tapi aku paham dah...
Tiada cinta , tiada rindu dlm suaramu...
Tiada keriangan dlm gelak tawamu...
Dan aku terkilan...
Kerana itu semua adalah salahku...
Kerna muncul meluahkan isi hatiku...
Di saat ko dirundung duka...
Kekasihku...
Aku takmo terus memandang telefon...
Menunggu panggilanmu setiap malam...
Dan tertido kehampaan...
Kekasihku...
Aku takmo menelefon ko semata2 utk mendengar ko bertanya, "kenapa tepon?"
Aku takmo masing2 mendiamkan diri... kelu kerana tiada apa utk diutarakan...
Aku takmo mendengar ko mengeluh kebosanan mendengar soklan yg sama dari mulutku setiap mlm...
Aku takmo mendengar ko berkata, "dah la tu ye", isyarat utk ku meletakkan tepon...
Kekasihku...
Jika perginya aku dari hidupmu dapat meringankan beban yg bersarang di hatimu...
Maka aku rela...
Selamat Tinggal ....
Kekasihku....
Lagu latar : Pemuja Rahasia (SO7)
No comments:
Post a Comment