Salam..

Arini dah 20 Ramadhn kan... Ke bukan...
Meaning tinggal 10 hari lagi

Ramadhan VS Merdeka...

Salam..

Arini dah 20 Ramadhn kan... Ke bukan...
Meaning tinggal 10 hari lagi berpuasa, dan malam 10 hari ni la adanya malam Lailatulqadar...
Cam sedih pulak...
Sedar tak sedar tnggal 10 hari je lagi...
Adakah aku gunakan sebaik2nya kesempatan di bulan yg mulia ini untuk mendekatkan diri kepada-Mu...
Walaupun rasa cam dah byk (berbanding bula2 yg laen), tapi masih belum cukup kalo nk dibandingkan dgn apa yg Kau berikan kepadaku...

Macam yg Isa A.S kata, "Umatmu di akhir zaman adalah umat yg malas."
Dan itu terbukti dengan aku...
Aku malas...
Walaupun aku rasa cam dah luangkan byk masa, tapi sebenarnya bukan la byk sgt pun...
Perasan je lebih...
Kalo uk mengaji lama2 aku jadi boring...
Kalo solat lama2 pun aku jadi boring...
Kalo dah kenyang sgt, rasa malas pulak nk berjalan ke surau. Lal cakap, "Taknak la Terawih arini. Esok pi."

Wah!
Tapi kalo time citer Fringe dan CSI, dan NCIS muncul, boleh plk tinggalkan segala2nya demi drama kegemaran tu.
Padahal apakah kebaikan yg aku dapat dari citer tu...
Yup, ilmu pengetahuan byk dlm tu, at least utk aku yg membesar dgn science...
Tapi pas citer tu abes, ape yg aku dpt...
Kalo pi Terawih, dapat exercise, dapat pahala... kan...
Tapi malas...

Syaitan yg kene belenggu gelak je rama2i tgk aku yg bergolek dpn TV, sedangkan orang kampung lain bersujud kpd Allah...

Astraghfirullahalazim... (sori kalo salah eja...)
Kenapa kau malas sgt ni, Langit...
Menitis air mata Rasulullah tgk org macam aku...

Allahualam...

Sebenarnya nak post pasal merdeka esok...
Tapi jari ni gerak sendiri...

Okey, cakap la sket...
Ada satu blog yg marahkan blogger sbb tak letak jalur gemilang dlm blog. Ini menunjukkan kita tak menghargai kemerdekaan yg kita dapat...

Pendapat aku (pendapat aku mmg yg tak macam orang normal)...
Tak kibarkan jalur gemilang, tak bermaksud tak menghargai merdeka...
Dan ada yg mengibarkan jalur gemilang, tapi dia tak tau ape bendenya merdeka tu...

Apa perasaan korang bila nyani Negaraku, seraya bendera Malaysia dinaikkan...
Adakah korang rasa seriau (bulu roma semua meremang..)
Atau korang rasa,"Alamak, boringnya. Cepat la abes.."
Adakah korang nyanyi dgn penuh semangat...
Atau korang gelakkan org yg nyanyi ngn penuh semangat...

Agak2 korang la kan...
Merdeka tu ape...

Wassalam...

P/S: Kenapa aku tak kibarkan jalur gemilang dlm blog aku... Sbb aku tak tergamak turunkannya selepas abes Hari Merdeka...


Cara Culik Budak

Salam...

Entry ni saya copy paste dari Cik Munna.
Sesiapa yg ada anak atau adik kecik, sila baca ni.
Sgt penting, jangan tekan back selagi tak baca...

Ini nak berkongsi dengan teman-teman semua... lebih-lebih lagi sekarang ni sibuk nak shopping untuk membeli keperluan hari raya... yang penting sentiasa awasi anak-anak anda.

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU..

Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA.

Islamkah AKu...

Salam...

Artikel ni aku copy dan paste from blog Otak dan Lutut...
Adalah tanggungjawab aku menyebarkannya....

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,
artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Pelik dan Kelakar


Salam...

Pelik kan...

Macam satu wabak pulak, para remaja lahirkan anak serentak dan buang anak serentak...
Ada pesta seks pada tarikh2 tertentu ke kat seluruh Malaysia ni...

Camne ek, kalau mak kita sumbat kita dalam beg pastu campak ke sungai..

Mesti kita sesak nafas dan meronta2 kelemasan...

Camne kalau mak letak je kita kat tepi jalan dalam keadaan telanjang...

Dengan sejuk dek embun, panas dek matahari..
Semut2 hurung kita yg tak tau apa2... Nak2 semut api...
Mak tak rasa apa2 ke tengok kita camtu...

La ni dicadangkan budak2 skolah pun boleh kawen utk elak gejala buang bayi...

Cerdik ke cadangan ni...
Kalo ikut Islam pun bila akil baligh dah diharuskan berkahwin...
So nape takleh plk kawen time skolah...

Tapi kenapa hati aku kata, kalau kawen time skolah masalah akan bertambah2 lagi...

Adakah kerana remaja tu sebenarnya belum bersedia memikul tanggungjawab sbg suami isteri...
Atau adakah masing2 belum abes enjoy dgn zaman remaja, lepas kawen rasa menyesal plk kawen. Byk tanggungjawab nak pikul..
Atau adakah sbb ibu bapa si suami yg kena menanggung si isteri sbb anaknya tu pun masih besekolah kan...

Ntah la...

Rasa cam takleh blah la cadangan tu...
Rasa cam kita kembali menjadi masyarakat Jahiliah...
Yg buruk, kita agung2kan...
Yg dah terang2 baik, kita bangkang bersungguh2...

Semakin kita menyeru kepada kebaikan, kita dianggap kolot dan tak mengikuti perkembangan dunia...

Semakin kita menentang kemungkaran, kita juga dianggap kolot dan ketinggalan zaman...

Camne ek...

Nak ikot je ke...
Nak berjihad...

Huhuhu...

Ada ke yg berani nak berjihad...
Semua nk nyorok kan...
Asal dapat 20 30 inggit, terus je berpaling tadah...

Camne ek kita nak berhadapan dengan Dajjal, tatkala dia suruh kita murtad...

Berani tak...

Wassalam...

Banner yg Tak Kunjunng Tiba...

Salam...

Wah, makin byk blogwalking, makin byk blog aku singgah...

Dan rata2nya template dorang sungguh mendamaikan hati...
Ada yg comel sgt2, ada yg relax sgt2, ada yg gelap gelita sgt2...

Dan bila msuk ke blog aku...

Wah... Very dull...

FYI, template ni adalah my 1st template time aku mula2 start berblog tahun lepas dan tak penah berubah sejak itu...

Nape ek...
Bukan takde template yg lagi menarik, tapi entah la...
Maybe sebab aku mmg dull kot...

Aku la ni tgh tunggu adik siapkan banner utk diiklankan dalam blog orang laen...

Punya la lama tunggu...
Boring siot...

Aritu try la juga buka aplikasi flash yg dia bg tu...

Konon2 nk wat sendiri...
Hampeh... satu ape pun tak paham...
Stakat ni cma tau guna Paint je.. Dan SAI...
OldSchool betul la...

Sebenarnya leh je nk explore...

Tp sejak tahun ni la kan, aku dah malas nk explore aplikasi ni...
Lebih prefer search knowledge dan isu2 semasa...
Dan baca pendapat para intelektual...
Adakah itu tanda2 penuaan....

TIDAK!!!


Ape la tua pulak...

Mana pernah tua...
Ceh ceh.. Takmo ngaku...

Ape pun aku ingat nk wat sendiri la banner tu...

Maybe akan jadi sgt buruk...
Tapi nak cepat2 iklankan...
Bulan puasa ni takde income, tapi duit kuar nk bli brg buat kuih (dan baju raya sepasang..)
Sehari b4 raya baru duit gedebuk sampai...

Sabar ye Langit, sabar....


Wassalam.....


Scoliodentosaurophobia

Salam...

OK, sape dpt sebut tajuk ni dengan betul aku bagi singgit....

Tadi lepak kat blog Yus jap. Dia bincang pasal phobia...
Suma orang ada phobiakan...
Takot tinggi, takot gelap, takot sempit, takot air, takot haiwan, takot darah..
Macam2 la...

Agak2nya kan phobia apa yg paling pelik yg penah korang jumpa...

Time skolah dulu aku penah jumpa orang phobia pada mancis...
Dia takot nk pegang mancis time nk on dapur. So time nk nyalakan mancis tu dia pegang mancis tu dgn tisu...
Bila aku tanye, "Awat pegang guna tisu...:"
Dia jawab, " Geli la."
Aku terlopong jap...
Serius, aku tak faham...
Tapi tetap menghormati ketakutannya...

Apa pulak phobia aku....
Huhu.. Agak2nya ape ek...
Sebab phobia sgt, tak tergamak aku nk sebut perkataan benda tu...
Yg pasti, kalo nampak "dia" terus sejuk kaki dan tangan.
Terus nafas terhenti dan rasa nak jerit sekuat hati...
Rasa nak pengsan pun ada...

Tapi time search pasal phobia aku ni kat Encik Google, ada gak manusia yg mengejek phobia cam aku ni..
Dorg cakap, " You are such a moron. The Weirdophobia. Phobia of stupid thing."
Wah!!!
Ingat ktorang saje2 nk gedik ke takot "mende" tu...
Kalau la, aku tak takotkan"nya" hidup aku akan lebih aman...

Serious...

Apa pulak ketakutan anda...

Wassalam....





Mak Bunuh Saya. Mak Patut Mati!

Salam...

Kes pembuangan bayi akhirnya dipandang serius. Hukuman mati atau penjara 30 tahun kepada mereka yang dikenalpasti berniat membunuh atau membunuh dengan tidak sengaja...

Ibu terkejut dengar berita ni tadi. "Mana boleh!" kata ibu. "Kalau macam tu perempuan je la yang kene hukum mati. Yang lelakinya lari..."

Aku tergelak. Ibu... ibu....
Lelaki kan mmg macam tu...
Masih wujudkan lagi sifat bertanggungjawab seorang lelaki...

Aku setuju sangat dgn hukuman tu...
Biarlah kalau semua hukuman tu dijatuhkan kepada perempuan...
Lagipun selama ni perempuan jugak yg menanggung malu membawa perut buncit ke hulu ke hilir, sama ada hasil maksiat, atau hasil dirogol...
Perempuan juga yg menangis teresak2 dan hilang pedoman bila terpaksa bawa hasil yg haram itu...
Sekurang-kurangnya perempuan2 tersebut telah menerima hukuman di dunia...
Dan masih sempat bertaubat sebelum hukuman gantung dijalankan...

Lelaki pula..... Senyap.....
Nak tuduh pn takleh, sbb takde ape2 tanda pun...
Mak ayah pun dgn yakinnya cakap, "Anak aku baik! Anak kau yg teruk, ntah tidur dgn mana2 lelaki. Nak tuduh anak aku pula."
Ye mak... Kau nampak ke anak kau pegi mana...
Time anak ko pegi skolah, ko ke yg anta sampai nmpak dier msuk gate skolah.
Time anak ko pi tusyen ko ke yg anta anak ko smpai tusyen n amik lepas abes tusyen...
KO tau ke anak ko pi mana, mak...

Wahai Perempuan...
Tahukah engkau bahawa engkau sangat cantik...
Kerana itulah Allah wajibkan engkau menutup kecantikanmu itu...

Dan tahukah kau...
Kau mampu membuatkan seorang lelaki mencium tapak kakimu dek terpesona dengan kecantikan yg kau miliki....

Jadi kenapa kau murahkan harga kecantikanmu itu dengan mempersembahkan kecantikanmu itu kepada lelaki yg tidak layak menikmatinya...

Sedarlah wahai perempuan...
Lelaki yg tidak sanggup menikahimu, tidak layak menimati kehebatan tubuhmu...

Allahualam...

Wassalam....
Salam...

Nak join Giveaway lagi...

Kali ni dari blog MY SMALL WORLD

Hadiahnya mmg best...
SUKA SUKA SUKA!!!

Syarat2:

1. Sambung Ayat : Rumahku, Syurgaku kerana Hanya Rumahku Tahu Siapa AKu Yang Sebenar dan Ia Tidak Pernah Menilai AKu.

2. Ada blog - Ada2

3. Link kan blogger tersebut - Sudah

4. Upload gmbar GA tu - Siap

5. Tinggalkan komen - Hmm... Jap lagi...

6. Pemenang berdasarkan sambungan ayat paling menarik - Huhu... Mcm tak menarik. Tp ni je yg termampu.

Ada 5 hadiah dari British Home (sebenarnya 4, sbb 1 dh confirm x dpt)

Agak2 boleh menang tak...
Huhu... Tak menang pn takpe... Yg penting kita HAPPY!!

Wassalam...

Jom Ibadat!

Salam...

Esok dah start puasa, cam tak lengkap je kalo tak ucap Selamat Berpuasa kpd semua umat Islam yg membaca blog ni..

Oleh itu aku ingin mengucapkan :

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG MEMBACA BLOG INI...
Wlaupun tak rmai yg m'baca tapi tetap nk ucapkan jugak...

Mulai hari ni, food court tempat famili aku mencari rezeki selama 6 tahun ni akan menjadi kenangan buat selama-lamanya.

Ada pihak yg telah membuat rampasan kuasa dari penguus yg kami hormati selama ini, dan perampas kuasa tu mmg pernah tabur dlm periuk nasi kitorang. Namun rezeki bukan di tanga manusia, Allah menentukan segala-galanya. Kami masih dpt bertahan dan rezeki pn melimpah ruah wlau mcm2 rancangan durjana dan keji dorang buat supaya kami gulung tikar.

Klaka kan, ktorang buka gerai dgn sewa RM800 utk 2 buah gerai danincome sehari tak sampai 600 pn orang nk dengki. Kenapa tak dengki kat KFC ke, Pizza Hut ke yg masuk ribu riban...

Kelakar...

Ayah dan ibu sebulat suara nk stop berniaga dr sana, dan fokus kpd perniagaan Kuih Loyang yg biasanya hanya aktif di bulan puasa...

Aku memohon ke hadrat Ilahi semoga dimurahkan rezeki kami sekeluarga...
Amin...

Dan kepada korang yg betl2 nekad nk beribadat dgn tekunnya pd tahun ini, aku doakan semoga niat korang tu diperkenankan Allah dan diringankan tulang dan dicucikan hati.

Jom sama2 beribadat...

Amin...

Eksperimen Best

Salam...

Td aku terjumpa satu artikel yg menarik kat blog Encik Bujang Kacak...

Bahan : sebiji telur mentah dan dua buah telefon bimbit (kita namakan Tepon A dan Tepon B)

Eksperimen:
1. Tepon A dial Tepon B. Tepon B angkat.
2. Apitkan Tepon A dan Tepon B kpd telur mentah tadi.

Keputusan:
1. Selepas 15 minit, takde apa2 berlaku
2. Selepas 25 minit, telur mula rasa suam2.
3. Selepas 45 minit, telur jadi panas
4. Selepas 65 minit, telur terus masak.

Kesimpulan: Radiasi yang dikeluarkan oleh kedua2 tepon bimbit itu berpotensi untuk mengubahsuai protein dalam telur.

Bayangkan apa yg ia mampu buat terhadap protein dlm otak kita...

Wassalam,,,,

Eksperimen telah dibuat dengan mengapitkan sebiji telur mentah dengan dua buah telefon bimbit.
Dua telefon bimbit tu
Keputusan:
Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers