Salam...
Tadi pi jalan kat umah Rio jap. Tgh borak2 (knon) tetibe jer die emosi...
So utk merungkai persoalan yg membelenggu fikirannyer (belenggulah sgt..) aku tepek la kisah ni.
Ni kisah pn aku jumpa kat SINI...
Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti¦”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat diciptakan wanita, Dia membuatnya menjadi sangat utama.
Diciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Diberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Diberikan wanita keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Diberikan wanita kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Diberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Diberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Diberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, diberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
Wallahualam...
Tak tau la betul ke tidak...
Tp bile baca mcm cakap ttg mak aku...
Wassalam...
betul tu...pasal tu n3 aku cakap...perempuan tu lbh kuat... aku just nak korang berfikir disebalik n3 aku dan aku rasa ko salah sorang yang faham.....hehe
ReplyDeletesangat best! sangat betul!
ReplyDeletepara lelaki, hargailah wanita anda. =)
mmg lelaki ditugaskan untuk memimpin dan perempuan itu lemah lembut...jadi kena hargai ibu atau isteri kita...lelaki dan wanita saling memerlukan..
ReplyDeletetapi itu untuk kaum ibu dan isteri ... cam mana lak yang anak muda remaja yang menanggis atau merajuk sebab BF diorang lupa birthday ?
ReplyDeleteRio: Yup, mari la kte menjadi insan yg memahami...
ReplyDeletePink: Wanita wajar dihargai krn Hawa dijadikan semata2 utk mendampingi Adam yg kesunyian. Tp anak2 Adam pula anggap anak2 Hawa sbg objek seks. Sedih tul...
Black_Mel: Betul tu. Tanpa lelaki, wanita tak berdaya. Tanpa wanita, lelaki tidak bermaya (Cewah!)
Touya: Anak muda remaja ni mengada2 je. Kalo dh merajuk, ko try blanje mkn kepsi ke, eskrim ke, bg coklat cadbury ke. Kalo takmo jgk, ko senyap 3 ari, mesti der contact ko blk.. DOrg nak kan perhatian sebenarnya. Biase la, manja...
siapa kata perempuan je yg mudah mengalirkan airmata... ada juga lelaki yg jenis mudah mengalir airmata... sikit2 nak menangis... tengok drama tv pun boleh menangis... kelakar saya tengok lelaki yg jenis cam gini... tak macho lansung
ReplyDeletetakda shotbox ? entahlah touya pun dah konfius ... nanti touya check lagi ... kenapa kat dashboard takder update
ReplyDelete....................................
no-nonsense mom : citer tu sedih wehhh
No-nonsense mom: Haha.. Ader ke lelaki nangis tgk TV.. X penah jumpe plk.. Mesti dorg tu berjiwa sensitif dan penyayang... Huhu..
ReplyDeleteTouya: Aku xda shoutbox. Dulu ader tp x penah sape2 pn jerit dlm tu.. Haha,,,