Merepek Sbb Takleh Tdo...

Salam...

Aku takleh tdo, so aku merepek...
Klaka la....
Bila dh lama tak menulis, blurr je nk tulis aper...
Bila dh start menulis, tetibe ader je idea nk menulis...

Knp adik lelaki perangainyer sama ngn adik lelaki laen...
Knp adik pmpn plk, sama perngai ngn adik pmpn lain...
Knp adik lelaki n adik pmpn tak sama perangai....

Knp aku susah2 pkir hal ni...

Sbb aku tak suka idop adik2 aku kusut, resah, bermasalah gara2 cinta...
Perlu ke cinta kalo ia meresahkan dan mengganggu aktiviti idop....
Bukan ke cinta itu seharusnya memberi kita semangat utk menyelusuri hari; dan bermatlamat tatkala bangun pagi...
Bukan ke cinta itu adalah sebab utk memulakan hari dgn senyuman dan melalui hari dgn keriangan...

Tp kenapa tanpa cinta kita merasakan dunia ini kosong...
Tapi dgn adanya cinta idop ni rasa seperti terpenjara dan merimaskan...

Adakah cinta itu yg bersalah...
Atau org yg memberi dan menerima cinta itu yg bermasalah...

Atau it's a mothernature...
Pemarah dapat pasangan yg tak berperasaan...
Pendiam dapat pasangan yg bercakap tanpa henti...
Pemalas dpt si rajin...
Bodoh dapat si bijak pandai....

Persoalannya, aku akan dapat siapa...
Siapapun yg aku dapat, yg pasti beliau menjadikan idop aku ni lebih bosan... dan merimaskan....

Seriously, byk yg aku tak faham dlm perhubungan...
Maybe krn aku seorang diktator...
Dan mungkin adik2 aku dh terbiasa dgn diktator menyebabkan mereka tertarik dgn diktator juga....

Tapi aku tak biasa tgk adik aku tunduk kpd org lain selain aku...
Wah, No. 1 diktator nampaknya...
Paling mengejutkan bila salah sorg adik yg lain turut merasai hal yg sama...

Walaupun aku selalu menyampah dgn perangai pelik adik2 aku (sebagaimana mereka menyampah dgn perangai singa aku); tapi semakin aku dewasa, semakin aku memahami peribahasa "cubit paha kiri, paha kanan pun terasa beb."

Kpd pencinta adik2 aku; Korg jgn main2 ngn perasaan adik2 aku dan jgn sesekali buat dorg sedey atau tetiba tumbuh janggut byk cam drama Melayu (part lelaki putus cinta, mesti tak shave janggut)...

Mmg seronok nmpak adik lelaki dh ada pasangan (walaupun pelik knp adik beradik pmpn payah nk dapat pasangan).. Tapi biasa la, independent n strong woman mmg payah nk jumpa yg sesuai b'cos of our hi-taste (look goes to her, and intellectual for me)... Lgpun who REALLY needs man anyway....

Aku nk kawen pun semata2 sbb dh bosan org duk tanya bila nk kawen, pastu korek2 nk tau dh ada pasangan ke, dh bertunang ke, dan mcm2 lg soklan pelik... Pastu tetiba bg ceramah panjang lebar dgn 1001 dalil, "Mengapa kamu harus berkahwin."

Dan aku ada 1 je dalil "Mengapa aku tak perlu berkahwin". Kerana aku belom jumpa lelaki yg sesuai menjadi ayah kpd anak2 aku... Pengalaman aku melihat ibu, ayah dan adik2... serta pemerhatian terhadap keluarga saudara mara dan kawan2 ditambah lagi dgn temubual eksklusif ngn moyang aku, tatkala aku masih kanak2; membuatkan aku berjaya menghasilkan manuskrip, "Cara2 Mendidik Anak Supaya mereka Menjadi Manusia di Dunia dan di Akhirat." Manuskrip ni tak dapat aku lisankan atau tuliskan krn ia masih berbentuk fragment2 di dalam memori aku....

Aku mengimpikan utk melahirkan Imam Mahadi, supaya anak aku tu boley pi syurga lebey cepat dari aku... Dan mungkin beliau boley doakan supaya semua dosa2 lampau aku diampunkan dan hukuman ke atas aku diringankan sket.... Minta2 aku dapat lahirkan 5 org Imam Mahadi... AMIN.....

Lebey baek aku tak lahirkan Imam Mahadi; daripada melahirkan pengikot Dajjal....

Kesimpulannya: Aku pun tak tau ape aku merepek ni... Mungkin gara kecewa krn aku ni dari element api, pemarah, diktator dan sgt tak fleksibel... Walhal itu semua adalah benar, tapi sebenarnya aku nk jadi lemah lembut dan tak bebulu dan tak bermisai seperti wanita laen...


Wassalam...

2 comments:

  1. ... dan semuanya gara2 Joan Lennon... hehehe...

    ReplyDelete
  2. HUhu...
    Jo, camne ko tau Joan Lennon tu aku...
    Igt nk bg misteri sket.. :(

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers