Aku Percaya...

Salam....

Aku percaya bahawa kisah idop kita ni dah tertulis, chapter demi chapter...
Dan aku percaya dalam idop kita ni ada beberapa fasa yg wajib kita lalui; cuma tak tau bila fasa yg seterusnya itu akan muncul...
Aku percaya fasa itu muncul berupa sebuah pintu; dan kuncinya berada di tangan kita.
Dan aku percaya hanya kita yg bole buat keputusan untuk buka pintu misteri tu dan terus melalui ke fasa berikutnya tanpa mengetahui adakah ia berakhir dengan buruk, ataupun baik...
Dan aku percaya kita juga bole amik keputusan untuk tidak mahu membuka pintu itu; lalu meneruskan perjalanan dalam fasa yg sama ini sehingga terjumpa pintu yg seterusnya dan sekali lagi perlu membuat keputusan...

Aku percaya kisah idop aku ni dah tertulis sejak aku masih berupa roh...
Dan aku percaya Allah mampu memadamkan apa yg Dia tulis; dan menggantikan dengan kisah baru; jika Dia menginginkannya...

Kerana Dia berkata; "Kun Faya Kun: Bila Aku Kata JAdi, maka Jadilah..."

Oleh itu, kenapa aku harus takut dgn masa depan; sedangkan Dia sentiasa memerhatikan aku...
Dan Dia tak akan membebankan hambanya dengan ujian yg tidak layak dibebaninya...
Kerana Dia Maha Mengetahui....

Wassalam....



No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers