Salam...
Dah rasa muak sangat2 dah nengok berita semenjak dua menjak ni.
Fungsi berita pun macam dah tersasar jer...
La ni cam jadi medium iklan pulak...
Dan juga medium untuk berita mengumpat...
Sepanjang idup ni, aku ingatkan berita tu fungsinya untuk menyampaikan fakta yang disahkan kesahihannya...
La ni berita dah jadi cam tempat untuk Encik A mengata buruk hal Encik B. Pastu tak tnjuk pulak Encik B buat buruk atau kata apa...
Contoh ek (Ni contoh je ni tau. Tapi gaya beritanya mmg cenggini la):
Selalu aku dengar berita cakap camni:
Encik B telah meluluskan projek membina stesen bas yang bernilai RM2 juta yang dijangka akan mula dibina pada Ahad depan. (Kemudian muncul video Encik B cakap, "projek stesen bas tu akan mula dibina Ahad depan. Sebab projek tu dah saya luluskan." Pemberita tanya, "Berapa nilai projek tu." Encik B cakap, "RM2 juta."
Tapi sejak akhir-akhir ni, berita dah jadi macam ni:
Encik A menyeru rakyat supaya jangan terpedaya dengan kata-kata manis Encik B berkenaan dengan projek stesen bas yang bernilai RM2 juta. Beliau berkata dalam ucapannya awal pagi tadi, Encik B sengaja memancing rakyat dengan menjanjikan stesen bas di bandar itu akan dibina Ahad ini, sedangkan projek itu tidak pernah diluluskan. Beliau juga berkata, nilai RM2 juta itu juga, tidak wujud dalam Budget 2010. (Pastu tunjuk ENcik A cakap, "... tak pernah. Projek tu tak pernah diluluskan. Lagipun mana ada budget RM2 juta nak bina stesen bas..")
Sebelum tu takde pun berita pasal Encik B nak bina stesen bas. Selepas itu juga takde pun berita pasal Encik B explen atau balas kenyataan Encik A.
Tetiba dalam blog Encik B muncul kenyataan, "Bila masa pula saya habaq nak bina stesen bas dgn 2 juta... Saya habaq, akan bina bustop di seluruh wilayah saya, semua tempat yang takdak bustop atau bustopnya dah nak roboh. Pembinaan keseluruhan 70 biji bustop tu jumlah belanjanya mungkin mencecah 2 juta. Yang dia duk cita hal laen tu pasai pa..Hahaha.." Tapi cuma orang yg buka blog Encik B je tau hal ni...
Berita pun dah jadi cenggini juga...
Encik C dalam satu temubual berkata, beliau sanggup buat apa saja untuk memenangi kerusi di DUN itu termasuklah meminta bantuan syaitan. Beliau berkata demikian setelah mendapati masyarkat setempat sudah mula tidak yakin dengan kreadibiliti Encik C menguruskan hal-hal rakyat. (Pastu tunjuk video, Encik C disoal pemberita berkata, ....kalau syaitan nak tolong...")
Bukan ke berita sepatutnya yang A cakap, yang B pun berpeluang nak membetulkan kenyataan...
Baru la berita...
Kenapa berita tu jadi yang A kata B tipu, yang A kata B jahat; yang B tak penah kata apa-apa...
Kelakar la, cam budak2...
Adakah ini semua fitnah...
Bukan...
Memfitnah tu kalau yang A cakap benda tak betul..
Ni kita tak tau betul ke tak apa yang A cakap tu...
Inilah namanya menuduh..
Mengumpat...
Mendakwa tanpa orang yang didakwa dapat hak pembelaan...
Ni namanya berita berat sebelah...
Boring la, tau tak...
Aku pun tak faham cane orang boleh tgk berita dan baca berita bila dah disumbat dengan bende2 camni...
Telinga ni panas je, hatinya ni muak je dengar orang mengata dan mengumpat dan menggosip ni...
Agaknya rakyat Malaysia ni pakaian je cm up-to-date, tapi pemikiran masih dalam tempurung...
Dah la TV pun tak abes2 sajikan masyarakat dengan citer pasal orang kaya nk rampas harta, perempuan semua sexy dan gedik baru ada class, pasal orang nk membunuh anak saudara sendiri untuk dapat harta mak bapak dorang, citer perempuan kampung yg jadi perempuan simpanan tapi dianggap mulia oleh orang sekeliling siap jdi rebutan lelaki yg warak (warak ler sgt), citer lelaki kacak (tapi bodoh) pi jadi pak sanggup pastu biar je diri diperbodohkan oleh orang sekeliling, citer perempuan miskin yang tak abes2 nk nangis je kejenya sbb dibuli oleh orang sekeliling.
Adoi...
Muak betul la...
Nak tukau chanel tak boleh, ibu suka sgt tgk...
Sampai ibu sruh aku pi jauh2 sbb aku byk sgt mengkritik...
Ye la, jalan citer merepek tahap gaban...
Dah tau jadi pak sanggup, ceraikan je la istri tak guna tu...
Kenapa nk bodoh sgt mengikut jer...
Kenapa la tak buat citer budak cacat yg kuat semangat dan tempuhi dugaan smpai lebih berjaya dari orang tak cacat.. (mcm Si Capek)
Atau citer siswazah menganggur yg ternak lembu smpai org kampung pun mengata, "Ceh, blaja tinggi2. Tapi jaga lembu. Bdak tak skolah pun boley buat." 5 tahun kemudian dia dah ada ladang lembu dan export daging halal ke luar negara. Tak ke positif citer cenggitu. Tapi, orang Melayu mana minat citer positif2 ni. Semua nk tgk citer yg ada org jahat berhati busuk baru best...
Hm.. Nampaknya terpaksa la aku nengok citer org putih jugak...
Paling latest aku ikot ialah:
- Supernatural (yg positifnya ialah mereka berusaha tanpa kenal putus asa. Tipu! Sebenarnya nk tgk si abg yg kacak je);
- The Mentalist (positifnya: bijak sgt),
- Fringe (positifnya: Walter tua tu bijak sgt- teori luar biasa yg logik),
- Flash Forward (positifnya: takde. Cuma misterinya best),
- Desperate Housewife (positifnya: kisah benar ttg kehidupan seharian manusia yg buat kita berfikir. Pelakonnya sgt hebat),
- CSI (positifnya: semua dlm tu bijak, dan lelaki tua tu kacak sgt),
- Movie di TV2 dan TV3. Ada waktunya best sgt cam citer Copycat baru2 ni...
La ni ngah kumpul duit nak beli Series Dexter...
Dulu tak nengok sbb keje malam..
La ni dh benti keje mlm, citer tu pun dh takde...
Huhuhu....
Wassalam...
aku dah lama tak tgk berita...citer sebelah pihak je mana best...tgk wrestling lg best,,,
ReplyDeleteerrr...syyyy...donlod jele...hehe
HUhu...
ReplyDeleteTakleh tgk wrestling la...
Berdosa nmpak aurat lelaki...
Kui kui kui...
yang penting ada sesetengah encik a ker b ker c ker..lidah dia bercabang..dah cakap tp bila kena bidas cakap x penah cakap....bila terkantoi video ucapan dulu senyap jer...aku pun tak paham..
ReplyDeleteBetul tu Black_Mel...
ReplyDeleteLast2 aku pun tak tau nk percaya sape dah...
Semua pun nk manipulate masing2..
Kena le tgk berita utk tau isu semasa... tapi aku sarankan korang tgk berita dlm Astro Awani dgn RTM lg baik... Buletin Utama TV3 dgn TV8 ntah ape2 ntah... makin pelik aku tgk... Al-Jazeera pun dah mula jadi pelik semcm...
ReplyDeleteSlama ni aku tgk Berita TV3 je. Mmg dh makin pelik. Tgh baca brita pun boley beriklan lg...
ReplyDeleteBerita TV1 la paling boring, tapi paling straight to the point dan paling bermaklumat. Tapi mmg boring la...
Huhuhu...