Depend

Salam,

Aritu aku borak2 ngn sorg cikgu kt YS. Dia tanya camne nk ajar sorg murid die umo 12 thn yg x pandai baca lg? Aku bg cdangan ikot experience sekolah rendah ku dulu... Tp sume cara tu dia dh guna...

Aku check kt internet kalo2 ada apa2 yg bleh membantu. Dan aku msuk jgk ke blog dia. Aku dapati cikgu ni dh ada terlalu byk ilmu ttg mengajar budak2 lemah. Tp xkan masih xleh nk handle budak yg sorang lg nie... Aku wonder...

Dlm masa yg sama sorg lg member YS aku, bakal lawyer tak bersetuju bila aku katakan budak tu tak ada keyakinan diri dan tak rasa ada makna nk buat apa2 pn dlm hidup dia. Sbbnya member aku pun slalu xda keyakinan diri tp dia dapat pulihkan melalui muhasabah diri...

Dlm menjawab pelbagai soalan di YS, ada org tegur aku yg aku ni slalu jawab 'depend' je. Depend pd diri masing2, depend pd tu, depend pd ni... Aku tanya diri blk, btul ke aku asyk jwb depend jer?

Mmg betul... Aku selalu jwb depend. Bg aku, manusia ni berbeza. Dilahirkan oleh ibu bapa yg berlatar belakang berbeza, suasana kediaman yg berbeza, budaya berbeza, mentality berbeza... Yg penting jalan cerita hidup kita jg berbeza.

Berbalik kpd kisah td, mungkin bagi sesetengah orang, kita kena sentiasa positifkan diri bila kita sedar yang hidup kita sentiasa dirundung duka. Tp aku tak cakap tentang kita... Aku cakap tentang orang yg benar2 dirundung duka. Bila kita nk selamatkan seseorang, kita mesti meletakkan diri di tempat org tersebut... Bukan meletakkan org tu di tempat kita...

Aku pernah pergi sesi kaunseling dan kaunselor kata "jangan jumpa saya utk cerita masalah peribadi. Sy cuma nk dengar masalah pelajaran awak je." Masalah peribadi? Masalah pelajaran? Pendapat aku, bukan ke semula masalah adalah bermula dr keperibadian seseorang tu?

Bila kita bercakap tentang manusia, xde sorang pun dapat bagi manual ”Bagaimana mengatasi masalah ...”, kerana manusia itu sendiri susah untuk ditafsirkan keperibadiannya, dan cara mereka bereaksi terhadap sesuatu masalah juga berbeza...



No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers