Hukuman yg Ngeri...

Salam...

Adoi...
Aku ngeri la tgk video2 yg teruk2 berleluasa kat mana pun...
Mcm video pijak anak kucing sampai mati, video perempuan direjam sampai mati, video org terjun pastu pecah muka. Dan terbaru td gambar2 tangan budak kena gilis sbb mencuri...

Sebenarnya aku tak tgk pun video dan gambar yg aku sebutkan tadi...
Biasanya adik2 aku citer atau aku tgk sket je tak dan nengok part ngeri...
Sbb tak boleh la...
Ngeri la...
Adoi, tak leh.. Nka muntah...
Dan teringat2 setiap masa...

BUkan tu yg aku nk cakap sebenarnya...

Sebanarnya nk cakap tentang Hukum Hudud...
Mencuri hukumnya mesti potong sebelah tangan...
Kalo mencuri lagi, kene potong pula sebelah kaki...
Huih! Kejamnya...
Kalo curi roti pun  kene potong tangan...

Tak!

Sebelum hukuman potong tangan dijatuhkan kpd pencuri, kene wat penilaian dulu terhadap 2 perkara...
1. Orang yang mencuri
2. Barang yg dicuri

Orang yg dicuri:
- Kenapa dia mencuri - sbb lapar - tak kena potong tangan
                                  - sbb nak kaya juga - akan dipertimbangkan potong tangan
                                  - sbb nak memiskinkan orang yg dicuri - akan dipetimbangkan porong tangan

Barang yg dicuri:
- NIlai barang - sekeping roti, semangkuk nasi, sebungkus air, buah mangga atas pokok jiran - tak kena potong tangan sebab dia nak makan je kan...
                      - RM4 juta - akan dipertimbangkan potong tangan

- Tempat barang yg dicuri - dalam peti besi bank - akan dipertimbangkan potong tangan
                                        - dalam beg kat bus stop ada duit 4 juta - tak kena potong tangan (dh sape suruh cuai)...

Sebenarnya byk lagi pertimbangan yg perlu dibuat utk orang yg mencuri sebelum hukuman potong tangan dikenakan...
Yg aku senaraikan ni adalah antara yg ustaz aku citer time skolah dulu...

Cuma aku rasa jengkel sgt bila org cakap Islam ni kejam sbb kalo mencuri je kene potong tangan, berzina je kene rejam sampai mati dll... Padahal bukan macam tu...

Berzina pun orang yg dah kawen je yg kena rejam. YG belom kawen sebat 100 kali. Dan seblom hukum tu kene didatangkan dengan 4 orang saksi lelaki yg jujur dan mereka nampak kemaluan lelaki dimasukkan ke dalam kemaluan wanita tesebut. Kalo ditangkap berdua2an di bilik hotel tapi tak nampak kemaluan masing, tak boleh kena rejam...

Sabar je la...
Islam tu bukan agama yg zalim...
Kita la yg zalim kerana membuat spekulasi berkenaan...

Allahualam...

P/S: Kalo kene hukum kat dunia, kat akhirat dah tak kena dah. Seksaan api neraka tu jauh lebih pedih dari kita dibakar hidup2.. Ingatlah, sakit itu penghapus dosa...

Selepas Pembedahan Plastik

Salam...

Tengok!
Okey tak background terbaru aku ni...
Huhu.. BAru lepas wat pembedahan plastik...

Ha... Sama jer...
Huhu... 
Sebab kaler biru jugak...
Cuma bezanya ada awan2....
Header and Footer tu masih kekal backgroundnyer...

OKey la kan...
Berubah angin sket...
Huhuhu...

Wassalam...

Salam...

Dah la...
Hati saya saket sangat la...
Saya tak tau nak buat apa...

Apa ek cara bunuh diri yang paling cepat dan tak menyakitkan...
- Tahan nafas sampai abes oksigen - tak mungkin berjaya
- Masuk kepala dalam air penuh baldi dan bernafas dengan sedaya upaya - saket duh...
- Gantung diri - takot....
- Potong urat nadi - orang kata ni cara yg paling tak saket...Macam logik je... Tapi lambat mati...Nanti sempat menyesal...
- minum arsenik - saket perot...
- sembelih diri sendiri - tak tergamak....
- suruh orang sembelih - ape la libatkan orang. Tak baek....

Bunuh diri tu dosa besar la! Dah la belom abes ganti puasa. Lagi nak bunuh diri. At least biar la mati lepas dapat S#X (yg halal).. Baru bermakna idop ni...

A'ah kan...

STOP!

Lepas publish ni, terus tido...
Jangan merepek cam mak nenek lagi...
Menyampah, takde orang nak baca segala negativity ni...
Okey...

Set....

Wassalam...

Kenapa Awak MAcam Ni...

Salam...

Aku suka sangat orang berterus-terang dengan aku...
Tapi perlu ke berterus terang dengan muka penuh menyampah macam muka Fauziah Nawi dalam iklan Ribena tengah tengok kuih muih kat umah Maria dan berkata, "Biasa je kuih dia". Ha... Tgk tak mimik muka dia time tu...

Kenapa bila nak berterus terang kena buat muka camtu...
Dan kenapa bila menyindir punkena buat muka camtu...

Takleh ke wat muka biasa2 je time berterus terang...
Buat dengan cara yang berhemah...
Tak boleh ke hah...

Bila aku pelik tgk muka camtu, aku pun tanya,"Apa maksud awak ni..."
Dia pun jawab, "Tak ada apa2."
Aku ada gak tanya,"Awak menyindir saya ke..."
Dia jawab,"Eh, tak de la..."

Kenapa yak nak ngaku...
Pening la...
Kalo nak cakap apa2, cakap je la...
Nape nak berselindung, menyindir2, pastu tak nak ngaku...
Cakap dalam hati ingat orang dengar ke...
Bila kita tak paham,dia pun cakap kat orang laen, "Tgk la tu. takkan tak paham2 orang nyindir dia."
Dah, aku tak paham nak buat camne...
Kalo aku berprasangka buruk, jadi jahat pulak aku ni...
Kalo nak aku berteka teki pun, wat penat otak aku jer...
Jawapannya tak pernah ada...

Apapun, Allah Maha Mengetahui...
LAst2 Dia reveal jugak...
Lepas reveal pun, masih lagi tak nak ngaku...
Bodohnya awak...

Kesian awak...
Saya sangat bersimpati...
Nanti awak tua, saya hantar awak umah orang tua...
Biar berkawan kat situ...
Tengokmuka saya hari2pun bukan awak akan gembira kan...
Saya sangat memahami awak....

WANITA API ini tengah menjulang dengan MARAKNYA....

Salam...

Terjumpa satu entry menarik kat blog MISS STRAWBERRY...

Kat sana aku telah mendapati bahawa aku ni WANITA API...
Ha... Elok la tu...
Ingatkan nak sejuk kan hati... Makin terbakar ada la...

Jom cekidaut betul ke tak aku ni WANITA API...

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

- Dilahirkan sebagai pemimpin - tak kot...
- Mempunyai kekuatan diri - tak kuat, tapi buat2 kuat...
- biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar - Haha.. Memang betul. Ego kuat nak mampos...
- Seorang yang artistik - sifat2 artistik yg terkurung dek terpesona dengan realistik yg rupa2nya hanya satu ilusi...
- sukar dijangka - mmg sengaja takmo ikot jangkaan orang. Sebok je nak jangka apa aku nk buat..
- biasanya romantis - Ya, tapi sifat ni diambil kesempatan oleh jantan tak guna. 
- tidak pemalu - tidak benar. 
- mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi - Ya, memang tak dapat diubati lagi...
- tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya - Ya. Tapi sesuatu yg disukai biasanya tak disukai oleh orang laen. Eh, naper orang laen suka sebok hah!
- Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris - Ya, sangat tepat. Tiada yang lebih tepat dari yang ni...
- Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar - Memang ler, tapi tak lancar2...
- Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan - ruang mende pulok mung nih.. Cakap bior jelas sket...
Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan - Memang, aku suka sangat biarkan kerja tergendala kalo orang tu byk sgt bebel...

Okey...
Jawapan apa paling banyak...
Jawapan YA...

Waaaaaaaa.....
Memang sah aku ni WANITA API...
Kenapa benda yg baek2 takmo mai kat aku....

Wassalam....

Bwahahahaha!

Salam...

ADOI!

I want to get rid of this unhealthy feeling!
Help me, God...

Arghhh...
Bencinya perasaan ni...
Cepat2 la keluar....


P/S: Sejak akhir2 ni selalu je berprasangka dgn ibu dan ayah. Selalu juga menyampah giler pada sesiapa yg berbual lama2 ngn aku. Dan juga malas nk buat apa2 kerja pun. Semalam tak ikot pun family gi umah terbuka. Dan sekarang tak ikot punibu ngn ayah jenguk nenek kat kampung. Mesti ayah ingat aku dah gila. Bagus juga. Sumbat aku ke umah orang gila tu takyah tgk muka aku lagi. Baru puas hati depa... (Tengok, berprasangka lagi. Padahal ayah takcakap ape2 pun..)....

P/S ke 2 : Agaknya tgh PMS ni kot... Ditambah pula ngn kata2 nista mak aku semalam...
                Darah, cepat2 la keluar. Keluar sekali ngn perasaan buruk ni...
                TYVM....

P/S ke 3: Hoi, Encik Syaitan! AKu tau ko tgh gelak guling2 tgk aku terpedaya ngn mulut busuk ko tu. Tapi ini semua takkan bertahan lama. Lepas darah ni keluar, ko nangis la guling2 sampai kurus. Bwahahahahaahahahaha!

Wassalam....

Suka Kerang Mesti Baca...

Salam...

Yuck! 
Gelinya baca artikel kat umah Encik Bujang Kacak tadi...
Korang baca la ek...
Aku tepek kat bawah ni...

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging. - Harian Metro

Jangan Baca Jika Anda Gembira Dengan Hidup Anda....

Salam...

SOALAN:

Apa perasaan seorang anak apabila dia dapati ibunya seolah-olah menganggapnya sebagai satu beban dan menyesal kerana melahirkan anak seperti ini....

A. Rasa sedih dan sangat tersinggung. Menangis setiap hari dan membenci dirinya yang sangat menyusahkan itu.
B. Tak ada perasaan pun. Nasib ibu la kalau ibu nak rasa gitu.
C. Membenci dirinya sendiri. Lebih baik bunuh diri dari membebankan perasaan ibu.
D. Membenci ibunya kerana ibu yang tidak pandai mendidik dirinya supaya menjadi insan yang cemerlang, gemilang, terbilang. Jika ibu tak pandai mencorakkan kain putih tu, kenapa nak marah bila kain tu nampak hodoh dan memalukan.

JAWAPAN:

Jawapan yg logik dan sepatutnya : B - kerana tiada manusia yang sempurna.Seorang ibu mahukan anak yg sempurna dan dapat membanggakan dirinya. Seorang anak pula mempunyai karakter tersendiri dan tidak dapat memenuhi kehendak ibunya 100%

Jawapan aku secara jujurnya dari dalam hati: D - Masa masih rebung tak nak ajar. Suruh rebung tu fikir sendiri dan buat keputusan sendiri. Bila dah jadi buluh pun masih tak nak ajar. Asyik menyindir, padahal takkan tak tau anak dia ni tak paham org menyindir. Nak anak keje macam anak orang lain, bila anak keje ayah pula tak suka. Ayah suka anak berniaga. Bila anak nk mula berniaga, mak pula anggap anak ni beban sbb bisnes tak maju2. Macam mana nk maju, mak... Duit kedai semua masuk poket ayah. Anak kau ni gaji pun tak dapat. Bila anak nak kawen, ibu ayah tak berkenan sbb duda tua kaya. Bila tak jadi kawen, menyampah pula tengok anak di ni tak kawen2...

Ntah la mak. Aku tak faham apa kau nak. Sebenarnya aku faham. Kau nak aku keja pejabat macam anak orang lain dapat gaji bulan2 samapai usia anak kau ni 55 tahun. Tak pun kau nak anak kau ni kawen dan berambus dari rumah ni selama-lamanya. Tapi mak, anak kau ni tak nak dua-dua. Anak kau ni nak berniaga tapi tak bermotivasi sebab beribu2 gajinya dalam poket ayah. Nak minta memang tak sampai hati. Anak kau ni pun tak nak kawen. Dia cari duda tua tu pun sebab dah menyampah orang duk mengata. Tapi kau pula tak suka, mak. Orang muda mana nak kat anak kau ni. Anak kau ni pelik otaknya. 
Dulu tak jadi mati. La ni idop wat menyusahkan kau je, mak...

Sorry ye mak. Kalau kau saket jiwa, kau saket jiwa la sorang2. AKu tak larat nak nangis dah dengar kata2 pedih kau tu. Kadang-kadang aku pikir gak, camne leh munculnya anak derhaka. Agaknya apa yang berlaku sampai anak sanggup menderhakai emaknya...

Wassalam...

Lagu Yang Seriau...

 Salam...

Penah tak korang tgk TV tetibe seriau je rasa... Mcm darah berderau, atau bulu roma tetiba meremang...
Penah tak dengar lagu, tetiba rasa seriau jer...

Huhuhu...
Sebut je seriau mesti teringat pocong ke, pontianak ke...
Takmo, takmo...
Nak lebih realistik dan positif...

Lagu yg paling seriau penah saya dengar ialah...

BUDI BAHASA BUDAYA KITA VERSI BERBILANG KAUM

Huhuhu...
Yg CT nyanyi tu cam basa jer...
Tp yg versi ramai nyanyi tu kan...
Yg ada Iban, Bidayuh, Semai dll tu.... Pergh!!!
Mmg tak bleh blah...

Tiap kali dengar mesti seriau abes seluruh badan...
Nak2 tgk muka2 penyanyi2 yg nyanyi dgn semangat gila tu...

Yg Bidayuh tu suara sexy giler...
Paling best suara pasangan Benggali ke ape, yg keturunan India tu...
Perempuan tu suara mmg merduuuuuuuu sgt....
Aku yg perempuan ni pun terpesona dengar...
"Sachey sachey Malaysia walley" lebih kurang gitu la...

Adoi..
Tiap2 hari aku mesti nk dengar...
Paling aku minat jejaka semai tu...
Huhu.. Bleh tahan la kacaknya...

Puas cari video tu dlm tenet, tak dapt2...
Yg dpt pun lirik versi Melayu...
Takmo!
Nk versi berbilang kaum...
Suka sangat la...
Suka sangat sampai takleh tahan...

Huhuhu...
Jom la... Nyanyi sama2...


Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia
Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria
c/o
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita

Wassalam...


Tabah la Anis...

Salam...
Tadi tgh pulun packing order, tetiba Angah panggil dan tunjukkan something kat FB Anis (adik bongsu yg darjah dua). Ruang dia chat ngn member skolah suatu hari tu, belom terpadam lagi..

Nur Faaliha : hi
Saya           :  hi :(
:(Nur Faaliha : kenape?
Saya           : huuu
Nur Faaliha : kenape?
Saya           : huuuuu. xde pe2. ::(
Nur Faaliha : ohh
Saya           : :(:(. anis x ska la kak.....
Nur Faaliha : x suke ape? x suke kakak ke?
Saya           : org ckp anis miskin. huuuu........:(.
Nur Faaliha : sape ckp?
Saya           : liyana
Nur Faaliha : ni nk kene ni? drjh?
Saya           : thun2
Nur Faaliha : kels same ke?
Saya           : xyah lah buat dia. nanti dia masuk neraka kan
Nur Faaliha : mane leh kene jugk x kesh
Saya           :  ye kelas sama
Nur Faaliha : a'ah. die ade fb x?
Saya           : xde
Nur Faaliha : die tu kaye sgt ke?
Saya           : anis ckp, betul ke awk ckap saya miskin....dia cakap mane de. dia tipu jugak kan'
Nur Faaliha : tapi betul ke die ckp anis miskin?
Saya           : dia lagi banya dose kan. ye.. anis ni org biasa je...
Nur Faaliha : a'ah x miskin pun.. xpe jgn ckp ape2 nnti die dose
Saya           : emm. anis percaya kan akak... :)

Pergh....
Tetiba semua kenangan lama time aku skolah kat sana dulu kembali satu persatu...
Time kawan baik aku ejek muka aku buruk...
Time classmate aku tak ngaku aku ni kawan dia (padahal dia pernah pinjam duit nk beli air)
Time kawan baik aku tak bagi aku rehat sama sbb kawan barunya takmo berkawan ngn aku.
Dan laen2 yg aku takmo ingat dah....
Miskin sangat ke adik aku ni....
Tak, kitorang kategori biasa2 jer...
Kitorang duk umah papan peninggalan nenek ayah dan umah tu masih kukuh dan normal...
Kitorang ada 3 kereta, Saga lama, Viva dan MyVi (buatan Malaysia je yg mampu)...
Kitorang jarang makan kat luar sebab ayah tukang masak dan tak suka makan Ajinomoto dan belacan...
Kitorang jarang shopping dan beli baju baru (kecuali Angah) sebab ibu dan ayah tak penah shopping kecuali utk raya dan umah terbuka...

Dan Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta Convent terletak di Jalan Tok Sera...
Tok Sera terletak dekat dengan Telok Chempedak dan Istana Sultan Pahang...
Tok Sera adalah kawasan tanah persendirian yg rata2nya tanah sgt mahal... Hanya orang yg benar2 kaya cam menteri dan Datuk Paduka dan seangkatan dengannya je mampu beli....
Rumah di Tok Sera sangat2 besar. Semua banglo dan takde yg takde tingkat...

Sbb reputasi sekolah tu sangat unggul. Kalo ko tak dapat straight A's, semua orang akan pandang ko cam ko ni alien...
Cikgu2 semua best, dan penyayang dan takde sorang pun murid yg akan tercicir...
Walaupun ada sorang dua cikgu yg pilih bulu (dan mereka sangat jahat macam Medusa), tapi kebanyakan cikgu sangat okay...
Pendek kata takde sekolah laen yg lagi best dari sekolah ni...

Tapi, mrid2 skolah tu...
Kebanyakannya anak orang kaya...
Dan anak2 yatim (Rumah ANak Yatin Tengku Ampuan Fatimah kat area situ gak...)
Paling sikit orang cam aku ni la... Tak kaya, tak miskin. Normal jer...
Ada segelintir anak orang kaya yg terlalu suka beli kawan dengan duit..
Pastu sruh buat apa yg dia suruh... 
Nak duit punya pasal, pengikot2 ni turut je perintah... Sanggup ejek kawan baek sendiri semata2 nak jadi geng anak orang kaya...
Wah, kecik2 dah maen politik... Dasyat...

Anis,
Kaklong faham apa yg Anis rasa...
Kaklong pun penah rasa, dan pendam semua tu macam Anis gak...
Sbb tu la Kaklong tak suka berkawan...
Dah banyak kali kena tikam belakang, makin tak percaya pada merka yg mengaku sahabat dgn mata2 yg bercahaya palsu...
Patut la Anis suka judge orang kaya dan orang miskin...
Rupanya persekitaran macam ni la yg Anis lalui...

But, dun worry...
Perit yg ANis rasa hari ni akan jadi ilmu di kemudian hari untuk ANis menilai manusia...
Nanti Anis tau la mana satu senyuman ikhlas, dan mana satu yg palsu...
Mana satu janji yg ikhlas, dan mana janji yg palsu...

Apepun....
Anis pasti akan hadapinya dgn lebih rasional berbanding Kaklong...
Sbb Anis takde sifat Amarah cam Kaklong...
Kaklong bersyukur sbb takde sorang pun adik2 Kaklong ada Amarah ni...
Mungkin ni hikmahnya Allah jadikan Kaklong perempuan, walhal rupa dan sifat Kaklong lebih mirip lelaki...
Takpe, kalo Kaklong dapat semua yg buruk2 pun takpe...
Yg penting semua adik2 Kaklong dapat kelebihan dari apa2 segi pun untuk lalui idop yg mmg ketara sangat TAK BEST....

Chaiyuk!

Wassalam...
:)

Rasa Pelik la...

Salam...

Aku rasa pelik la...
Nape manusia boleh rongak. 
Kenapa gigi manusia boleh berlubang, kemudian jadi buruk dan terus tanggal dari gusi... 
Padahal manusia tu memberus gigi pagi tadi..
Terutama ada sesetengah wanita yg selepas mengandung, gigi dorang makin lama makin memburuk dan tanggal satu persatu...

Dan satu lagi aku pelik, kenapa gigi haiwan takde yg rongak. 
Padahal mereka tak memberus gigi dgn tak guna pun ubat gigi berflourida.
Kenapa gigi mereka okey jer...

Ke haiwan pun rongak juga...
Tak, memandangkan haiwan tak pernah berus gigi, sepatutnya mesti la semua haiwan akan rongak...
Adakah jangka hayat haiwan lebih pendek dari jangka hayat gigi mereka...
Ataupun lapisan enamel meeka jauh lebih tebal so takde la terhakis...
Atau saliva mereka dah ada bakteria yg melawan kuman2 yg merosakkan gigi...
Tak faham la...

Rasa pelik (dan cembru) sgt tgk haiwan2 relax je takyah gosok gigi...

Wassalam...


Blog yg Entry Best Tahap Gaban....

Salam,

Time mula2 start blog ni, sekadar suka2 je.
Tak pernah terfikir ada org boleh termasuk ke blog ni. Mcm blog syok sendiri la. Buka mcm2 citer padahal takde org baca pun.
Smpai skrg pun everytime post topik, tak check ada org komen ke tak. Tu pasal lambat je reply komen.
Dan tak faham knp org suka singgah2 blog orang laen tp tak baca pun blog tu. Dan semua org minta klik iklan. Mmg tak faham.

Kemudian, aku start buat blogshop dan dari situ la aku faham knp org blogwalking tanpa baca entry, knp org follow aku padahal tak pernah jenguk pun blog aku dan kenapa lepas dorang follow, dorg paksa aku follow plak... Mmg terkejut time semua org pun suruh follow. Dan bila aku tak follow, dorang stop following. Tak kesah la.. Bg aku, mmg takde sebab nk follow org kalo takmo baca blog dia...

Dan mula dari sini la aku start baca entry yg bagus2. Contohnya entry yg KOMPLEN:

- blogger yg buat blog syok sendiri dan tak memberi manfaat dan takda motif berblog
- blog yg guna shortform dan tak guna bahasa standard dan ayat tunggang langgang
- blogger yg tak ikot etika berblog (spt blog tak berilmu, blog marah kerajaan, blog citer pasal pi berkelah tadi, blog yg selalu tak update, blog yg tak share knowledge, blog yg asyik2 copy paste takde pun nak wat ayat sendiri, blog yg takde iklan, blog yg takde gambar, blog yg background hodoh, blog yg takde widget
- blogger yg tak reply komen
- blogger yg beratus2 follower tak reply komen takpe sbb tak larat
- blogger yg pos komen tapi bukan under application yg ditetapkan oleh blogger blog tersebut
- blogger yg spelling ada je typing error, tak profesional langsung.

Aku juga kagum dgn blogger yg selalu bagi nasihat kpd blogger lain supaya:
- selalu update entry setiap hari supaya traffic jam
- reply setiap komen supaya follower suka blog anda
- klik2 iklan supaya org lain pun klik iklan anda
- post entry yg bermutu, bukan sekadar tangkap muat sahaja
- blogwalking setiap hari dan spam shoutbox supaya org mai blog anda
- dan mcm2 nasihat berguna

Tapi aku juga tersangat2 kecewa bila blogger yg kuat komplen orang ni melakukan perkara berikut:

- keluarkan kenyataan yg dia tak pernah tgk dashboard (aka notification blog yg dia follow)- jadi apa point dia follow orang sana sini
- Dalam satu hari 10 kali update blog
- dan setiap blog yg diupdate tajuk power giler smpai aku tak sabar2 nk baca. Tp bila dh baca, tersangat la hampeh...
Cth:
Tajuk : Cara Menggunakan Aplikasi Googledotcom Untuk Pencarian yg Lebih Efektif

Caranya ialah anda buka link Google.com (search enjin) dan taip "Pembunuhan Sosilawati". Tekan Enter. Sekarang sila klik "image" dan anda terus nampak gambar pembunuh tu. Selamat mencuba...

Ya, info ni sgt berguna. Cuma ntah kenapa aku rasa kecewa....

- Ayat bukan maen lagi panjang dan skema dan bahasa yg tinggi, tapi isi ciput dan tak detail...
cth:

Malaysia adalah negara yg aman, harmoni, makmur dlm. Demi menjaga kedaulatan negara kita, integriti dalam menjalankna tugas dan tanggngjawab yg dipikul perlu la ada dalam jiwa rakyat Malaysia. Satu Malaysia adalah aspirasi yg menjadi nspirasi setiap rakyat, yg mengharapkan kemakmuran dan kemajuan yg pesat selaras dgn Rancangan Malaysia ke-10 utk mencapaikan Malaysia menjadi negara maju. Namun, aspirasi satu Malaysia ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa jati diri yg kuat dari rakyat Malayais sendiri yg masing2 mengharapkan kemajuan yg pesat dari sehari ke sehari. Sumbangan dari semua rakyat adalah amat perlu untuk memastikan Malaysia sentiasa makmur dan aman. Tanpa kerjasama rakyat Malaysia kemajuan yg kita impikan hanyalah angan2...

Ya, betul. Semua ayat di atas adalah betul dan sangat cantik. Tapi ayat berpusing2 dan takde satu point pun aku jumpa....

- Entry perangkap yg link kan nama2 terkenal (tak tau ape point letak link nama terkenal. Katanya cara ni boleh tarik trafik jam)
cth:

Untuk menjadi blogger yg bagus kita perlula mempunyai pengetahuan ttg apa yg kita blog kan spt blogger terkenal BenQ Sahari (link). Dan template yg menarik dan sedap mata memandang spt The Blue Papa (link). Selain itu follower yg ramai spt Sarjan (link) juga perlu. Untuk mendapatkan tips Cara dapatkan follower yg ramai, sila terjah ke blog Si Punai (link). Selamat Berjaya

Kemudian the next entry:

Saya sangat kagum dgn BenQ Sahari (link) krn beliau sgt berpengetahuan dlm apa yg beliau blog kan. Blog yg paling saya suka kunjungi pula ialah blog The Blue Papa (link) krn templatenya sgt menarik smpai rasa nk makan template tu. Sarjan (link) pula adalah blogger yg paling saya salute kerana follower beliau bagaikan batalion askar yg boleh serang Amerika. Tidak ketinggalan juga Si Punai (link) yg ada berkongsi cara2 dapatkan follower dgn ramai.

Mcm sama je dua entry yg sebelah menyebelah ni...

- Share resepi macam tak ikhlas.
Cth:
Cara Buat Kek Coklat

Pukul telur dan mentega hingga kembang. Masukkan gula dan tepung dan esen vanila. Masukkan serbuk koko. Bakar sehingga masak.. Selamat mencuba...

Komen : Langit - berapa sukatan mentega, telur, gula dan tepung....
Tak reply komen, terus ada entry baru...

- Buat kuiz tapi jawapan haprak...
Cth:

Soalan: Pada pendapat anda apakah hukuman yg wajar dikenakan kpd pembunuh Sosilawati...
Jawapan Langit : Dia bunuh org, so kene gantung sampai mati la yg paling wajar.
Skema Jawapan Dia : Pembunuh seharusnya ditangkap dan dibicarakan seadilnya kemudian hukuman yg setimpal dikenakan.. (Mana jawapannya...)
Pemenang : Kawan baik Dia...

Aku bukan nk ngutuk sape2 (takmo mengaku). Dan hal ni dh lama sgt dah berlaku sampai everytime tgk dashboard, penuh je nama dia dgn tajuk yg GEMPAK GILA BABAS.
Tapi entrynya ada la dua perenggan dan tetiba dah penutup.
Lepas komplen sana sini dan tnjukkan betapa hebatnya dia dlm dunia blog, tetiba keluar kenyataan yg tak serupa bikin (mungkin dlm tak sedar kot).


Apapun, korang jangan bimbang...
Korang bukan salah seorang blogger yg aku maksudkan...
Bloggers tu mmg tak pernah jenguk pun blog ni, walaupun aku adalah pengkomen kedua paling aktif dlm blog dia. (Pengkomen paling aktif mesti la kawan baek dia)..

At least blog dia jauh lebih baek berbanding blog aku ni.
Blog aku mmg tak mencapai piawai mana2 agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Tapi takpe, sbb blog aku mmg takde nilai komersial dan tak berminat utk mengkomersialknnya.
Tak pandai paksa diri update blog...
Ops... blog yg lag satu tu mmg nk komersialkan...
Tapi nk org masuk secara ikhlas... (Iyolah tu...)

Wassalam....






Hal yg Takmo Tau...

Salam....

Takmo cakap byk...
Cuma nk share ape yg aku baca kat umah En. Bujang Kacak tadi...

Betul atau tak; Allahualam...
Aku malas nk kaji selidik dulu sejauh mana kebenarannya...
Memandangkan kat Kuantan ni, kedai mamak takde la byk sgt dan pekeja Indon pun stakat yg buat bangunan je, so tipis la peluang aku nk siasat perkara ni dgn terperinci...

Ape pun, jom la baca dan ungkaikan sendiri misteri tersebut...
Sila jangan tuduh aku sebar fitnah atau cakap aku suka suki je nk sebar khabar angin...
Aku cuma nak share input yg aku dapat dari ntah mana2 yg logiknya amat tinggi walaupun takde bukti kukuh...

Mmg I am not simple minded and I can't ignore something that caught my eyes...
Tapi kalo takmo baca pun takpe gak...
Ignorant is Bliss; dan kita akan lebih gembira kalo tak tau hal ni...

Wassalam...



Selesai... dan Mula...

Salam...

Raya tahun ni aku hepi sgt2...
Sebabnya takde sorang pun tanya "BILA NAK KAWEN"
Wah! Tak pernah rasa segumbira ini...
Riang betul la tahun ni...
Maybe sbb aku dah bagi amaran awal2 kat FB, so dorang takde tanya dah kot...
Huhuhu...

Tapi yg tak best ialah seperti biasa ===> SAKET PERUT
Sbb makanan bercampur baur dlm perut ni dan aku bukan jenis reti makan sket....
Nak2 sedap pulak tu...
Tapi takpe, yg penting hepi...

Dan tahun ni utk pertama kali dlm idop kami tak wat rumah terbuka...
Maybe kami not in the mood kot...
Blank nk masak apa, dan mungkin juga sbb dh berkumpul time family day raya ke-2 aritu...

Okey, raya dah selesai...
So aku kena get back to work... siapkan order keychain yg sebakul tu...
Nk kene anta Jumaat ni, tp order keyring blom smpai2...

Dan aku pun dh tag team ngn adik nak wat komik...
Aku yg terbuti tak pandai melukis langsung ni akan wat storyboard dan skrip...
Adik aku yg terbukti cemerlang dalam lukisan (nama pun art student) akan lukis cantik2..
Kitorang nk anta kat Komik-M...
Try la tgk dpt tak...

Wish me luck will ya...

Wassalam....

Nak Anak Benih Aku, tapi Tak Nak Suami. Boleh Tak...

Salam...

Aku mmg tak suka budak2...
Adik2 aku suma anggap aku manusia paling garang dalam umah ni, dan ayah jatuh number 2...
Aku bukan la garang sgt...
Cuma muka aku bengis, tak suka senyum dan kening asyik berkerut jer (berfikir la konon)...
Tapi kalo korang nmpak aku, korg tak takot punyer...
Jgn bimbang...

Kenapa aku lari topik...
Aku mmg tak suka budak2...
Aku tak suka melayan kerenah kanak2 yg suka merengek2, memaksa2, menghentak2 kaki, meraung2 bila kehendaknya tak dituruti...
Paling menyampah yg buat2 tipu nangis sambil jatuh bergolek...

Biasa kalo adik2 aku camtu, aku jerit kat dia, "Diam! Diam!"
Tapi confirm dia takkan diam. SO aku pun cakap,"Jerit lagi! Kuat lagi! Jangan berhenti!"
Pastu aku sambung wat keje n die pun sambung nangis sambil hentak2 kepala kat lantai...
AKu tak endah pun... 
Saket tak saket, dia yg hentak sendiri... Bukan aku...

Bila dia stop, aku pun buat2 terkejut, "Eh, berhenti dah... Sape suruh berhenti"
Dia pandang aku ngn mata berkaca2 dan tersedu-sedan. Ala, cian...
"Sape suruh berhenti..." aku tanya lagi dgn muka serius gila...
Aku pandang dia tajam, tunggu jawapan...
Dia pun bangun pi kat ibu, dan peluk ibu...
Abes citer...

Haha..
Sampai sudah aku terus jadi org paling garang dalam umah...

Okey, sekali lagi aku lari topik...

Aku tak suka budak2...
Tapi aku nk sangat anak...
Camne ek, caranya kalau nk anak, benih sendiri, tapio tak nak suami...
Ada idea tak...
Cara yg ditanggung halal la...
Huhu..
Wassalam...



Kaler Biru

Salam...

Korang penah tak tgk makanan kaler biru...
Selain nasi kerabu dan Pepsi Blue, makanan apa lagi yg kaler biru...

Wassalam....
Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers