Rasa Pelik la...

Salam...

Aku rasa pelik la...
Nape manusia boleh rongak. 
Kenapa gigi manusia boleh berlubang, kemudian jadi buruk dan terus tanggal dari gusi... 
Padahal manusia tu memberus gigi pagi tadi..
Terutama ada sesetengah wanita yg selepas mengandung, gigi dorang makin lama makin memburuk dan tanggal satu persatu...

Dan satu lagi aku pelik, kenapa gigi haiwan takde yg rongak. 
Padahal mereka tak memberus gigi dgn tak guna pun ubat gigi berflourida.
Kenapa gigi mereka okey jer...

Ke haiwan pun rongak juga...
Tak, memandangkan haiwan tak pernah berus gigi, sepatutnya mesti la semua haiwan akan rongak...
Adakah jangka hayat haiwan lebih pendek dari jangka hayat gigi mereka...
Ataupun lapisan enamel meeka jauh lebih tebal so takde la terhakis...
Atau saliva mereka dah ada bakteria yg melawan kuman2 yg merosakkan gigi...
Tak faham la...

Rasa pelik (dan cembru) sgt tgk haiwan2 relax je takyah gosok gigi...

Wassalam...


6 comments:

  1. sbb haiwan tak makan gula2... hahahha.. boleh tak jawapan tu?

    huwaaaaaa gigi ciklinn pun dah mula nak jarang2.. hadoiii

    ReplyDelete
  2. haiwan gigi dia leh tumbuh bnyk kali kot...

    ReplyDelete
  3. Haiwan herbivor spt arnab, lembu, kerbau dan kambing tanggal gigi susu sebaik saja lahir dan tumbuh dgn gigi kekal. Gigi diorg tak rongak atau kena serang bakteria sebab selalu makan makanan yg ada fiber tinggi (rumput dan sayuran).

    Haiwan rodensia spt tikus sentiasa menghasilkan enamel pd permukaan gigi dan ini menyebabkan gigi diorg sentiasa kuat. Manusia berhenti hasilkan enamel sebaik saja gigi mula membesar.

    Anjing dan serigala mempunyai kandungan pH yg tinggi dlm air liur diorg yg boleh menahan gigi drpd hilang mineralnya.

    Reptilia kerap tanggal gigi. Buaya berganti gigi setiap bulan. Penyu dan kekura takde gigi lgsng.

    Kebykan haiwan lain boleh tumbuh gigi byk kali. Ada juga manusia yg berganti gigi tapi tak pernah rongak. Adik lelaki aku sorang nie tak pernah gigi berlubang atau rongak... skg umur dia dah 24 thn.

    ReplyDelete
  4. Ciklinn: Ha.. Jawapan yg sama ngn sy. Tp xtau betul ke tak...

    Black_Mel: Boleh ek... Bestnya kalo boleh tumbuh byk kali...

    Jo: Pergh.. Lengkap betul. 10 markah utk anda. Maybe manusia yg mkn makanan yg berfiber tinggi akan mempunyai gigi yg lebih kuat. Pernah juga dgr, pengambilan flourida yg terlalu byk dan kerap boleh mengakis lapisan luar gigi. Tp tak sure hal ni...

    Tp aku nk sgt gigi boleh tumbuh byk kali. Baru best...

    ReplyDelete
  5. raya haji nanti byk gigi lembu yg bole ko buat kajian...mana tau bole tukau ke...ekeke

    errr...besau tu...wakaka
    sampai kesitu kajian ko langit...bagus2...hehe

    ReplyDelete
  6. Amboi...
    Sampai gigi lembu pun ko nk sedekahkan kat aku ek...

    Tukau gigi ngn lembu.. Alamak, aku dh start imagine.
    Sgt kreatif...Bagus2.. Huhu...

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers