Aku, Ayah dan Ikan....

Salam...


Jom aku citer kat korang satu citer best...


Ayah saya sangat baik.
Setiap hari dia bawa balik ikan.
Setiap hari saya makan ikan.
Ikan itu sangat sedap.


Semakin saya remaja, ayah bawa balik lebih banyak ikan.
Saya makan dengan gembira.


Pada suatu hari, saya teringin nak tangkap ikan sendiri.
Saya beritahu hasrat ini kepada ayah.
Ibu kata, "tak payah susah-susah tangkap ikan. Kamu belajar rajin-rajin, dapat kerja bagus-bagus, dapat duit banyak-banyak, kemudian beli saja di market."
Ayah bersetuju dengan ibu.
Oleh itu saya belajar dengan bersungguh-sungguh.


Setelah dewasa, saya berjaya ke menara gading dengan cemerlang.
Tapi saya tidak dapat kerja yang bagus dan tidak dapat duit yang banyak.
Oleh itu saya tidak dapat beli ikan di market.
Ayah masih lagi keluar menangkap ikan dan memberikannya kepada saya setiap hari.
Saya kasihan melihat ayah.


Pada suatu hari, saya dapat kerja yang bagus dan duit yang banyak.
Saya sungguh bersemangat.
Mulai hari itu saya dapat beli ikan di market setiap hari dan ayah tidak perlu membawa pulang ikan kepada saya.
Saya sangat gembira.


~BELUM TAMAT~


Lama kelamaan saya mulai jemu dengan kerja saya.
Dan duit yang banyak itu sebenarnya bukan banyak.
Sekejap sahaja sudah habis.
Saya berhenti kerja kerana tidak suka dengan kerja itu.


Saya ingin menangkap ikan.
Ayah seolah-olah tidak suka, tetapi beliau tidak mahu mengaku.
Ayah membawa saya ke sungai dan minta saya pegangkan bakulnya dan tunggu di darat.
Setiap hari saya mengikut ayah untuk menjaga bakulnya.
Lama kelamaan saya bosan juga menjaga bakul kerana saya masih tidak dapat menangkap ikan.


Saya menyatakan hasrat ingin menangkap ikan seperti ayah.
Ayah berkata, "Pergilah."
"Tapi saya tidak tahu bagaimana," jawab saya.
Ayah tunjukkan joran kecilnya, "Ambil ni, baling dan tunggu ikan makan umpan tu."
Saya mengambil joran itu. "Bolehkan ayah tunjukkan caranya.." mohon saya.
"Tidak. Kamu perlu buat sendiri," ujarnya lalu terus pulang ke rumah.


Saya rasa takut dan cemas.
Saya tak tahu bagaimana untuk melakukannya.
Lalu saya terus baling joran tu ke dalam sungai dan tunggu.
Namun tiada tanda-tanda ikan akan muncul.
Apabila senja tiba, saya berputus asa dan pulang ke rumah.


Sampai di rumah, ayah memandang say dengan kehairanan.
"Mana joran tadi,," tanya ayah.
"Saya baling ke sungai. Tpi ikan tak timbul-timbul, ayah," saya menjawab.
Muka ayah berkerut dan seolah-olah kecewa, atau marah.
"Kenapa ayah.." saya kehairanan melihat reaksi ayah yang kurang baik itu.
Ayah terus berdiam dan pegi ke bilik bacaannya, meninggalkan saya yang terpinga-pinga.
Saya keliru, dan tidak tahu apakah salah saya.


Mulai hari itu, saya mencari jalan untuk menangkap ikan.
Ayah cuma berdiam dan buat tak tahu.
Saya dah mencuba, tapi masih tak tidak dapat menangkap ikan.
Dan ayah masih membawa balik ikan yang sedap untk saya makan.


~DAH NAK TAMAT DAH~


Pada suatu hari, ayah meninggal dunia.


~TAMAT~




Kalo tak faham, maka bersujud dan besyukurlah kerana;
1. Allah menganugerahkan anda seorang AYAH yg sempurna
2. Allah menganugerahkan anda fikiran yang WARAS
3. Ada orang yg inginkan ayah yang sempurna sepeti ayah anda, dan pemikiran yang waras seperti anda.


Wassalam....

4 comments:

  1. haruslah membeli atau membuat sendiri joran itu semula...

    ReplyDelete
  2. mmg best klu dpt tangkap ikan sendiri...baru tau camana susah nak dpt ikan...

    ReplyDelete
  3. kenape tetibe je ayah meninggal....pfffttt....sankut! tapi best :)

    ReplyDelete
  4. Jo: Huhu.. Gud idea...

    Rio: Mmg susah, Rio.. Penat gamaknya ayah usaha dptkan ikan everyday...

    Roq: bila ayah meninggal, saya tak dapat makan ikan lagi lalu saya pun menyertai ayah.. Huhuhu...

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers