Identiti Blogger yg Hilang

Salam...

Memandangkan identiti aku dah hilang ditelan awan, maka aku ingin mengembalikannya semula!
Hahahaha!

Actually aku kene tag ngn JO

"Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more."

1. Aku anak sulung dari 6 beradik, tak termasuk sorang meninggal
2. Aku duk kat Kuantan, Pahang
3. Aku suka minum Ribena dan Vitagen
4. Aku suka makan ayam goreng dan coklat
5. Ayah aku kacak, dan ibu aku cantik. Tapi aku sorang je yang hodoh dalam adik beradik aku.
6. Aku nak anak tapi takmo suami
7. Hobi aku ialah menjahit felt dan nak buka kedai felt craft satu hari nanti
8. Aku tak minat jadi seorang pekerja
9. AKu tak suka punch card 
10. AKu tak suka gosok baju
11. AKu suka tengok anime dan baca manga, ia buat aku sangat gembira dengan hidup aku
12. AKu tak ramah dan tak pandai berbual kosong, apatah lagi mengumpat
13. Aku teringin nak pelihara serigala, tapi mana boleh
14. AKu suka menyelam dan snorkeling, tapi la n takde duit dh nak melakukan aktivito tersebut... Huhuhu....
15. Aku suka pantai dan bukit
16. AKu benci crowded dan bising-bising
17. Aku suka kaler biru dan hijau
18. Aku seorang yang pemalu dan pendiam
19. Senyuman aku manis, tapi aku susah nak senyum tanpa sebab
20. Aku mencintai seorang lelaki duda yang 20 tahun lebih tua dari aku. Tapi ibu dan ayah tak suka. Jadi aku merana sendiri. Kebetulan lelaki tua tu pun kurang berdaya saing...
21. AKu suka duit, tapi duit macam tak ska je kat aku...
22. Aku suka berangan dan banyak wat story board. Tapi aku tak pandai mengolahnya ke bentuk novel, sebab cepat bosan taip lama-lama.
23. Aku suka lagu2 lama zaman hitam putih. Lagu baru la ni cam takde seni...
24. Aku nak kawen ngn lelaki cam ustaz. Tapi bila aku nampak lelaki berkopiah memotong jalan aku dan park keta dgn gaya yg menyusahkan orang ramai, aku tepaksa berfikir 400kali....
25. Aku suka lelaki yang budiman; tapi mereka seolah2 sudah pupus...

Wah... Penatnya mencari identiti...
Kene tag lagi 25 orang....
Hm... Sape ek...

Jo
Mario
Black_Mel
FRodo
CikLinn
Pojie_Pooh
Lauxurin
Inesen
Nina
Pencari Cinta
ariff
ayie
z.a.m
bujang susah
mello

Dah cukup dh ke....
Alamak, lagi 10...
Sape2 nak, sila la yer...

Wassalam....

5 comments:

  1. no.3 & 4 - suka jugak...

    no.9 - aku pun tak suka punch-card... selalu lupa nak punch, haha

    no.15 - jom la dtg ke tempat aku... ada pantai dan bukit

    no.21 - huhu, terbalik lak dgn aku...

    no.24 - aku tak percaya dgn lelaki mcm ustaz... diorg buat aku rasa ragu2 je

    ReplyDelete
  2. Huhuhu..

    No.21 tu, maybe aku patut tak ska duit supaya mereka suka kat aku (sambil membelai dagu tak berjanggut..)

    Kan...
    Dulu zaman skolah aku slalu jatuh hati kat budak bersongkok. Aku bayangkan leh jad suami mithali. Namun, pengalaman mengubah segala anggapan tersebut...

    ReplyDelete
  3. salam ziarah,

    selamat dtg ke blog sy dan menjadi follower sekali k..

    ReplyDelete
  4. nasib baik aku tak kena...weeee....ekeke

    no9...mana ada mende tu lagi...semua main scan je kan...dulu2 aku suka sbb bole suruh kwn ketik kan...weeee... masa budak2 dulu le...
    serigala mmg best...ekeke

    no 25...ramai lagi...mungkin belum jumpa...huhu

    ReplyDelete
  5. A'ah kan. La ni byk dh guna fingerprint. Tp sama la. Kene rekod waktu msuk n blk keje.

    Dulu aku slalu tunggu pkul 9.09a.m baru punch...
    Kad aku semua merah n waktunya semua 9.09a.m... Suka sgt. Tp bos x suka tgk aku duk depan punch card tggu 9.09am...

    Lelaki budiman kebanyakannya menyorok bila nmpak aku....

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers