Bukan Kebetulan...

Salam...

Bila difikirkan kembali, aku dapati semua ini bukan kebetulan...
Putus cinta dgn ramai pakwe...
Cinta yg tak berbalas...
Cinta yg tak kesampaian...
Hati aku rosak dibinasakan jantan durjana...

Kenapa Allah sgt kejam kpd aku...
Kenapa Allah tak mudahkan idop aku cam org laen...
AKu tgk org laen hodoh sgt pun dapat pasangan idop...
Org yg buruk giler perangai pun dapat pasangan idop...
Nape aku punya turn tak sampai2 lg, padahal aku bukan hodoh sgt dan perangai aku pun bukan buruk sgt....

Aku selalu terbaca ttg kesah2 para nabi dan wali Allah...
Bagaimana mereka menangis2 dlm doa kerana merindui Allah...
Bagaimana mereka sanggup bgn tgh2 mlm utk berkhalwat bersama Allah semata2 krn rindu kp-Nya...

Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu...
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu..
Tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir...
Tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga...

Sesungguhnya walau kukutip semua permata di dasar lautan..
Sesungguhnya walau kusiram dgn air hujan dari 7 langitmu...
Namun cinta takkan hadir, namun rind tak akan berbunga...
Jika tidak mengharap rahmatmu...
Jika tidak menagih simpati pada-Mu, Ya Allah...

Kucuba menghulurkan sebuah hadiah kepada-Mu..
Tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri...
Kucuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga...
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga Kauthar..

Aku rasa pelik...
Macam mana nk cinta pada Allah sedangkan tak pernah melihat-Nya dan tidak merasai kehadiran-Nya...
Macam mana nk rindu kalo tak cinta....

Dan aku berdoa, Ya Allah tunjukkan la aku cinta itu dan tunjukkan la rindu itu....
Tapi aku tak sedar, rupa2nya Dia dah tnjukkan, tapi aku yg lambat pick-up...

Apakah perasaan yg aku alami kini....
Aku sgt rindu...
Rindu sgt dgn suami aku yg masih belom muncul hingga kini...
Rindu sgt sehingga sakit seluruh ruang paru2 aku...
Rindu sangat sampai setiap kali aku memikikannya tak dapat aku sekat air mata yg mengalir tak sudah2 ini...

Kenapa aku mesti rindu... sedangkan aku tak tau siapa dia dan tak pernah sekali pun dia muncul....
Kenapa aku mesti rindu sgt sgt ni....

Adakah perasaan rindu ini yg dirasai oleh para nabi kepada Allah..
Walaupun tidak pernah melihat, tapi mereka merasai kehadiran-Nya setiap masa...
Walaupun tidak pernah muncul, tetapi mereka percaya akan cinta yg Allah curahkan itu...

Ya Allah...
Aku selalu rasa malu nk berdoa dan meminta sesuatu...
Sebab Kau telah berikan aku segala-galanya...
Walaupun aku tidak sempurna di mata masyarakat, tetapi deep inside aku tau cukup 20 sifat yg kau pinjamkan...

Semua penderitaan yg aku lalui kerana cinta bukan la satu kebetulan...
Tapi adalah sebuah perjalanan utk Kau memberitahu aku apa itu "CINTA DAN RINDU YG DIRASAI OLEH PARA NABI TERHADAPMU." Walaupun mungkin apa yg aku rasakan ini adalah tidak seagung itu, tapi sedikit sebanyak aku faham perasaan itu...

Ibu dan ayah tak kesah kalo aku tak kawen pun..
Ibu mcam tak percaya yg aku ni ditakdirkan berkahwin... Tapi adik aku pulak, ibu mcm nk sruh dia kawen cepat2...
Adakah krn aku ni mmg takde ciri2idaman lelaki, maka ibu tak kesah sgt psl aku...
Ibu lebey suka aku jadi independent woman yg tak perlukan lelaki...
Kerana aku seorg yg cekal... Kata ibu....

Ibu....
Ibu macam tak kenal anak ibu ni...
Secara luaran aku mmg kelihatan cekal dan independent...
Ak tak takot buat apa2 dan pergi mana2 sorg diri...

Hakikatnya ibu, aku tak mau buat segala2nya seorg diri... Aku nk org jaga aku,,..
Sorry, kalo ibu kecewa...
Secara semulajadinya aku mmg nk mendampingi seorg lelaki yg akan buat segala2nya utk aku...
Aku nk mendampingi seorang lelaki dan mengikotnya ke mana sahaja dia mau...
Menyokong lelaki yg kucintai ini dan meringankan beban di bahunya dan dan memecahkan kesunyian hatinya...

Selama ni aku buat segalanya seorang diri, sebenarnya aku langsung tak suka...
Aku nk org amik berat ttg diri aku...
Aku nk org hiburkan hati aku...
Aku nk hiburkan hatinya kembali...
Aku nk bersamanya melalu kehidupan ini dalam susah dan senang...
Aku tak nak harungi seorang diri kerana ia amat memenatkan dan amat sunyi....

Tak kesah la aku merepek byk2 pun...
BUkan org paham...
Bukan org baca pun...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
LilySlim Weight loss tickers
LilySlim Weight loss tickers